04 May 2005
Nama Fauzul Na'im Dah Glamor di Idealis Mahasiswa
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!
Aku baru je dapat berita daripada salah seorang adik-adik mentee aku yang nama aku dah jadi glamor di laman Idealis Mahasiswa. Sesiapa nak tengok boleh guna URL ni http://www.idealis-mahasiswa.net/editor/suratpelayar601.html.
Hebat sungguh diorang ni. Dapat je hidu mana-mana skop menarik yang nak dibuat. Jawatan aku pun salah diletakkannya. Nampak sangat ingin mencari kesalahan dan peluang. Bagi aku ia tidak menjadi satu masalah besar. Ia adalah adat resam perjuangan. Ada aje yang nak melaga-lagakan pejuang Islam.
Dalam hal ini, aku nak betulkan beberapa persepsi yang timbul selepas membaca laman idealis mahasiswa itu. Ada yang mengatakan Fauzul mesti dah lari daripada perjuangan, Fauzul dah tak wala' kepada pimpinan dan sebagainya. Fauzul dahulu dan Fauzul sekarang masih belum berubah. Masih meneruskan perjuangan Islam dan dakwah Islam.
Konflik yang berlaku antara aku dan PMI bukanlah konflik perjuangan, ia hanyalah persoalan dakwah. Aku yakin dengan perjuangan murni PMI, namun begitu yang aku tak setujunya kurangnya usaha dakwah mendekatkan diri golongan Non Muslim dan yang dikatakan tidak 'Islami' kepada PMI. Dalam silibus usrah pun tiada segmen berkenaan perkara itu. Kita seharusnya mendekatkan diri kepada masyarakat bagi memperkenalkan Islam. Sepertimana yang dibuat oleh Rasulullah dahulu.
Zaman dahulu mana ada perbezaan kelas. Yang Islam dididik cara Islam, yang bukan Islam diajak dekat dengan Islam. Itu sebenarnya aku nak perjuangkan. Jadi perjuangan tetap diteruskan. So aku sedikit sebanyak menjawab persoalan sebenar pertikaian itu. Pendekatan dakwah perlu lebih terbuka dalam hal ini. Kita tidak boleh hanya mementingkan "Kita, kita aje". Semua orang hendak tahu berkenaan ISlam. Jadi apabila pejuang Islam tidak melakukannya di mana lagi letak muka kita sebagai pejuang Islam.
Apabila pejuang Islam tidak menjadi pendakwah, maka bagaimana Islam nak berkembang. Itu yang harus difikirkan. Dalam dakwah pun ada dua prinsip penting iaitu 'hikmah' dan 'hasanah'. Jadi apa-apa pendekatan selagi berada dalam pipeline yang ditetapkan oleh Islam dibenarkan. Nabi Muhammad itu sendiri mempunyai kelebihan itu, hinggakan dengan melihat perwatakan nabi pun orang dah boleh masuk Islam. Sebab apa jadi camtu, kerana Nabi ini social friendly. Jadi sebagai pendakwah kita perlu ikut cara Rasulullah. Jangan kita nak ego bahawa kita ni pejuang Islam selagi tak menjadi pendakwah yang baik.
Dalam satu seminar anjuran JIM Ampang, Seminar Dakwah dalam Masyarakat Majmuk, Brother Shah Kirit ada menyampaikan mesej yang penting kepada semua pendakwah dan pejuang Islam. Begini bunyinya :
"Ibarat orang Islam dan orang bukan Islam adalah seperti ibu bapa dan anak yang tersayang. Cuba bayangkan kita ini seorang ibu ataupun bapa yang ingin membawa anak tunggal kesayangan kita ke satu kawasan pergunungan yang indah. Apabila sampai, kita biarkan anak kita itu berlari-lari di atas kemuncak gunung tersebut. Manakala kita pergi berjalan bersama isteri ke hujung tebing kemuncak tersebut bagi menikmati pemandangan indah itu. Hujung kemuncak itu tidak mempunyai pagar. Kemudian anak kita tadi berlari-lari hingga ke samping kita, tiba-tiba semasa menghampiri tebing dia tergelincir jatuh. Kita pula yang berada di tepi anak itu boleh menyelamatkannya dengan hanya menghulurkan tangan. Jika kita hulur tangan sedikit sahaja anak itu terselamat, namun begitu kita tidak hulurkan tangan. Anak itu terjatuh ke dalam gaung dengan hanya kita melihat sahaja. Ibu bapa itulah kita orang Islam, dan anak itulah golongan bukan Islam ataupun golongan Islam yang tidak dekat dengan Islam"
Marilah kita fikirkan bersama wahai sahabat-sahabatku. Betapa ramai orang di luar sana yang mahukan input Islam yang kita ada, namun begitu kita ini tidak berusaha untuk menyampaikannya. Tidak kiralah biah kita bagaimanapun kita perlu keluar kepada biah perjuangan sebenar iaitu dakwah Islamiyyah. Masyarakat kita sudah banyak yang keliru dengan isu-isu pelbagai yang bernanah dalam jiwa sanubari masyarakat kita. Isu tidak boleh nahi mungkar hanya amar makruf (kes Jeslina Hashim), Imam Wanita (Amina Wadud), azab kubur (Astora Jabat) dan sebagainya.
Jika dakwah tidak sampai kepada mereka ini, bagaimana mereka hendak mendapat input sebenar. Wahai pejuang Islam marilah kita betulkan iktikad dan niat. Kita berjuang bukanlah kerana nama ataupun politik sahaja. Tetapi kerana Islam. Jika semua orang dalam Malaysia ini faham kepada Islam, tidak perlu ada PAS, UMNO, KEADILAN, JIM, ABIM dan sebagainya. Kita bersatu di bawah satu bendera dan perjuangan iaitu Islam. Namun begitu apabila niat itu tidak dibetulkan, maka masyarakat akan lebih keliru dan makin keliru apabila melihat sesama Islam kita tidak bersatu. Marilah kita membawa bendera dan syiar Islam ke seluruh nusantara melalui segala alat yang ada. Pertubuhan NGO, politik, perniagaan dan sebagainya. Niatnya hanya satu kembali kepada Islam, memperhambakan diri kepada Allah.
Walaupun apa berlaku kepada diriku, selagi NADI berdenyut, selagi itu akan ku teruskan perjuangan ini hingga ke hembusan nyawa yang terakhir. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
baru2 ni bila timbul isu inter faith religion, semua NGO muslim di malaysia dah bergabung dalam ACCIN. bila dah timbul isu yg mengancam islam, baru kita bersatu, ada hikmah disebalik semua tu. ACCIN terdiri daripada 14 NGO islam kat malaysia. PAS ada jugak masa tu. semua ada. seminar tu tertutup. hanya pertubuhan yg dapat surat jemputan saja yg pi. dila pi under masjid kat rumah ni.
by the way, isu fauzul terhangat di psaran skrg...heheh.. tak sabar nak tunggu apa pulak yg terjadi seterusnya. bagi nurul, sabar, fauzul dah biasa dgn semua ni, and for u fauzul, face it! i'm with u... hahahaha
Alhamdulillah! Aku bersyukur bila isu menarik minat orang. Ia mungkin menjadi satu titik perubahan kepada perjuangan PMIUM selama ini. Jangan hanya menumpu kepada politik kampus sahaja, isu tarbiyyah dan dakwah perlu diambil kira. Terima kasih Dila kerana memberi sokongan. Kepada sahabat-sahabat lain, biarlah ia menjadi diskusi antara kita. Semoga cahaya Nur Islami bersinar meriah di seluruh alam. Allahu Akbar!
Keep up the good work
acupuncture for stop smoking testimonials on bontril
Post a Comment