30 May 2005
Anak Adalah Juga Nikmat & Ujian
Pada masa aku mula-mula berkahwin dengan isteriku, soalan pertama yang ditanya. "Bila dapat anak?" Soalan cepu emas ni memang menjadi soalan lazim bagi pasangan berkahwin. Anak ini adalah rezeki Allah, apabila Allah ingin memberi dengan berkata "Kun Faya Kun!" maka jadilah ia. Kita hanya perlu berusaha dan berdoa. Ibuku selalu berpesan kepada pasangan baru berkahwin agar jangan sekali-kali merancang sebelum dapat anak pertama. Takut tak dapat langsung. Itupun salah satu daripada usaha. Alhamdulillah aku berjaya mendapat seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Iqbal Nu'aim.
Kemudian, apabila aku mendapat berita gembira kelmarin, berita akan hadirnya seorang lagi ahli keluarga. Menjadi bakal bapa kepada anak yang kedua. aku terus melihat kembali kepada diriku. Adakah aku sudah menjalan tugas-tugasku sebagai seorang hamba yang Allah yang baik? Adakah aku sudah melakukan apa yang disuruh dan meninggal apa yang dilarang? Nikmat yang diberikan kepada diriku amatlah banyak dan adakah aku tergolong dalam kelompok bersyukur? Nikmat anak ini adalah satu kebanggaan dan impian semua suami dan isteri. Astaghfirullah! Ya Allah! Ampunilah dosaku, dosa isteriku, dosa kaum keluargaku, saudara maraku, sahabat taulanku, jiran-jiranku dan muslimin muslimat keseluruhannya. Kami ini kadangkala terlalai, berilah hidayah dan inayah Mu Ya Allah!
Apabila persoalan anak dibangkitkan. Aku berasa amat insaf, anak adalah talian yang mengikat antara dua hati pasangan suami isteri. Anak adalah syurga apabila disuburkan dengan benih iman, anak adalah neraka apabila disuntik api amarah. Bagi pasangan berkahwin, anak adalah titian penting yang menjadi pautan abadi kasih sayang berdua. Ramai di kalangan sahabat-sahabatku yang sudah lama berkahwin, hingga ke hari ini masih belum mempunyai anak. Aku bersyukur di atas kurniaan Nya Yang Maha Kuasa aku tidak menghadapi keadaan tersebut. Harap-harap berterusanlah hingga ke akhir hayat.
Ada kawanku yang sudah berkahwin tiga tahun masih belum mendapat anak. Ada yang berkahwin sebulan dua, mendapat positif mengandung, keguguran. Ada yang sudah mengandung tujuh bulan tetapi anak tidak panjang hayatnya. Juga mengalami nasib yang sama. Mereka inilah orang yang diuji Allah dengan cara tersebut. Aku yakin mereka diuji kerana Allah sayang kepada mereka. Mungkin jika aku berada di tempat mereka aku tak dapat menahan ujian yang mencabar itu. Semoga mereka ini sentiasa diberikan ketabahan oleh Allah. Amin!
Tidak pelik dan hairan apabila soal anak ini dibangkitkan dalam hubungan suami isteri. Soal anak ini jugalah menyebabkan wanita yang tidak mendapatnya menjadi stress dan terlebih cemburu. Soal anak jugalah kadangkala berlaku konflik dan pergolakan rumah tangga. Kadangkala soal anak jugalah yang menjadi alasan seorang lelaki mahu mencari isteri satu lagi. Soal anak jugalah yang menjadi perbualan di kedai kopi, pejabat, sekolah, padang permainan dan sebagainya. Semua disebabkan anak.
Aku dan isteri, Alhamdulillah! Sudah diberikan seorang cahaya mata dan yang kedua dalam perjalanan, InsyaAllah tiada aral melintang Januari ataupun Februari tahun hadapan hadirlah dia. Inipun satu ujian. Bagaimana untuk mencorakkan kain yang putih agar menjadi warna yang harmoni dengan corak takwa. Cabaran di zaman Islam dihina, hukumnya dilempar, maksiat berleluasa. Satu cabaran kepada ibu bapa Islam moden. Ujian ini perlu diatur dengan penuh strategi, memilih resipi terbaik, perencah terbaik, kuali terbaik, tukang masak terbaik dan dapur terbaik. Agar hasilnya nanti adalah suatu masakan yang berencahkan iman, beraroma takwa, berserikan hidayah, berlapikkan redha Allah yang Maha Kuasa.
Ya Allah! Jadikanlah kami ibu dan bapa yang dipandu dengan stereng Islam, agar kereta yang dibawa tidak terbabas ke lembah hina. Ya Allah! Jadikanlah kami ibu bapa yang sabar dan tabah dengan ujian dunia agar dapat membesarkan anak dengan rencah ditetapkanMu. Ya Allah! Berkatilah keluarga kami, redhailah komuniti kami agar mereka menjadi pemangkin suasana harmoni dan kondusif buat tumbesaran anak kami. Ya Allah! Berikanlah rezeki mendapat anak kepada rakan-rakan kami yang masih mengharap kurniaanmu itu. Berikanlah mereka kekuatan, kebahagiaan dan ketabahan dalam kehidupan sebagai suami isteri sepanjang hayat. Ya Allah! Banyak lagi yang ingin kami pinta, rasanya engkau lebih memahami hati kami daripada kami sendiri. Perkenankanlah doa kami ini! Amin!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Very cool design! Useful information. Go on! http://www.bextra-and-side-effects.info/Bextra_drug_valdecoxib.html 169 lcd tv http://www.family-divorce-child-custody-adoption.info/new-malpractice-class-action-suit-listing.html Aluminum chair folding rocking Quit smoking with acupuncture Affiliate program gift baskets Laser tooth whitening ogden http://www.mesotherapy-8.info/Blue-springs-great-american-gymnastics-express.html Moore chrysler hayden honda motorcycle ringtones nextel Nissan quest tent Timberland sunglasses for hiking south dakota bextra recall Nascar car cover &aposs Crest white strips plus
Post a Comment