18 May 2005

Mencari Cinta

Aku suka mengambil salah satu artikel yang aku dapat daripada Dr. Danial. Artikel ni aku sudah terbitkan dalam laman Dr. Cinta.Com mengenai mencari cinta. Ia relevan dengan gambar-gambar di bawah ini. Marilah kita hayati, artikel ni:

Zaman muda dan remaja adalah zaman yang amat istimewa bagi kita. Ketika itu kita cergas, gagah, bercita-cita tinggi lagi aktif. Inilah zaman yang amat mencabar dan zaman ini akan dipertanggungjawabkan oleh Allah. Nabi bersabda, "Tidak akan berganjak seseorang hamba di hari Kiamat melainkan sesudah dia ditanya tentang 4 perkara:

Tentang umurnya, di mana dihabiskannya.

Tentang waktu mudanya, apa yang telah dilakukan dengannya.

Tentang hartanya, dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakannya.

Tentang ilmunya, apa yang telah dilakukan dengannya. (Hadis Tirmuzi)

Nikmat keremajaan dan kemudaan seharusnya disyukuri. Orang muda mudah dilamun cinta. Kasih dan cinta pula adalah perasaan yang fitrah bagi manusia. Allah menceritakan tentang perasaan ini dalam Al-Quran dengan firmannya, “Dihiaskan bagi manusia KECINTAAN kepada perkara-perkara yang diingini nafsu berbentuk perempuan-perempuan, anak pinak, harta benda yang banyak dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternakan dan kebun tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia sedangkan di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya.” (Surah Ali-Imran ayat 14)

Cinta sesama manusia seringkali membawa kepada kekecewaan dan kedukacitaan. Justeru, dalam banyak cinta, cinta kepada Allah itulah yang lebih utama. Cinta Ilahi inilah yang sepatutnya menjadi suluhan kepada cinta-cinta yang lain, apatah lagi cinta antara lelaki dan perempuan. Apabila cinta lelaki-perempuan mengatasi cinta terhadap Allah, jadilah khalwat, zina, rogol, pergaulan bebas dan seumpamanya. Sebagai contohnya kajian Kementerian Belia dan Sukan ke atas 5860 remaja dalam lingkungan umur 13-21 tahun pada tahun 1994 mendapati bahawa 28% daripada mereka telah terlibat dengan seks bebas.

Laporan akhbar pada 1-11-95 pula menyebutkan tentang kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia berhubung satu kajian yang telah dibuat ke atas sekumpulan remaja berumur 16-18 tahun di Wilayah Persekutuan. Hasil kajian ini mendapati 50% daripada mereka telah mengadakan hubungan seks, termasuk dengan melanggan pelacur-pelacur.

Inilah manifestasinya apabila nafsu mengatasi iman. Sebaliknya mereka yang benar-benar beriman akan memastikan agar segala tindakan mereka dikawal oleh batas-batas syariat. Sebagai contoh, di dalam kitab Al-Hilyah, diceritakan tentang Ummu Sulaim yang pernah dilamar oleh Abu Talhah, sebelum beliau (Abu Talhah) menganuti Islam. Abu Talhah ketika itu cukup kacak dan kaya raya. Namun jawapan Ummu Sulaim jelas melambangkan keperibadian yang tinggi:”Aku cintakan kamu. Orang seperti kamu tidak akan ditolak. Tetapi kamu seorang kafir dan saya tidak boleh berkahwin dengan orang kafir.”

Itulah tindakan hasil suluhan iman dan takwa. Cinta tidak akan menyebabkan dia menggadaikan maruah, harga diri, agama dan kebenaran.

Ewah! Berjalan macam pasangan berkahwin. Dah berkahwin kot? Aku rasa tak lagi. Sebab kedua-duanya masih hingusan. Marilah sayang kita menghayati keindahan Mid Valley Mega Mall ni. (Gambar diambil ketika berada di Mid Valley Mega Mall,KL tempoh hari) Posted by Hello

3 comments:

Anonymous said...

best regards, nice info
»

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »

Anonymous said...

This is very interesting site... video editing programs