21 May 2005
Bercuti Daripada Hari Ini Hingga Ke 24 Mei 2005
Assalamualaikum,
Hari ini daku mengambil kesempatan bercuti panjang bagi bersama keluarga, InsyaAllah jam 8 pagi ini kami bertolak ke utara. Sudah lama aku ingin bercuti namun tidak berkesempatan. Daku ni bekerja 7 hari seminggu, memang itulah cabaran menjadi seorang businessman yang baru nak bertapak di dalam dunia perniagaan. Namun begitu itu bukanlah alasan yang terbaik agar kita tidak bersama keluarga.
Bagi seorang suami ataupun anak, kita harus menghargai anugerah keluarga yang diberikan oleh Allah kepada kita. Anugerah itu tidak ternilai dan hanya dapat dikecapi ketika mereka masih ada. Selepas mereka tiada, ketika itu mereka dipanggil kenangan hidup. Sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka selama mereka ada. Janganlah guris hati mereka, sayangilah mereka dan tunjukkan kasih sayang itu. Mereka memerlukannya. Aku membuat keputusan agar ibu bapaku tinggal denganku pun atas dasar itu. Biarlah mereka berada di hadapan mata aku. Sakit dan demam mereka biarlah di dalam penjagaan aku. Selama 28 tahun aku hidup di dunia, mereka sudah berkorban banyak buat aku. Mengapa aku tidak berkorban untuk mereka. Aku tidak mahu menyesal di kemudian hari, bersedih di atas perkara yang sudah pergi. Biarlah sekarang aku menikmati saat-saat bahagia bersama mereka.
Isteriku, dikau anugerah Allah yang tiada tolok bandingnya. Tanpamu siapalah aku. Daku tahu kadangkala kesibukan ini menyebabkan aku agak terlalai, namun begitu engkau sentiasa mengingatkanku. Itulah yang aku selalu ceritakan, seorang suami ataupun lelaki memerlukan wanita menyokongnya. Wanita itu perlu mempunyai sifat-sifat supportif dan sentiasa inginkan lelaki kesayangannya mengembangkan bakat pada dirinya. Mereka melengkapkan kelemahan diri suaminya, membantu jatuh bangun suaminya, menaikkan semangat perjuangan suaminya. Dan aku mempunyai isteri seperti itu. Dikau sentiasa menyelimutiku dan berusaha memahamiku. Alhamdulillah terima kasih Tuhanku.
Blog ini ke akan dorman buat sementara waktu, InsyaAllah aku akan membawa bingkisan hasil daripada percutian yang agak panjang ini. Mengasah minda , mengusik hati, pencerah jiwa. Agar percutian ini memberikan kedamaian kepada kami sekeluarga dan sentiasa di bawah lembayung redhaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Alhamdulillah...anda dikurniakan isteri yang baik
oleh itu janganlah menyimpan niat...nak cari isteri baru merangkap pa!!!
saya doakan isteri anda kekal as 'd one n only'
amin!
Assalamualaikum,
Terima kasih di atas nasihat yang baik tu. Isteri adalah tangan kanan dan kiri suami, tanpanya siapalah suami. Itulah kelebihan orang yang berkahwin berbanding yang sudah berkahwin. InsyaAllah segala nasihat akan diingati. Cuma satulah! Siapa ye Anonymous ni? Kalau boleh perkenalkanlah diri agar boleh memanjangkan ukhuwwah dan perhubungan diri.
Post a Comment