14 May 2005

Apa Itu Cantik?

Cun, cute, gempak, anggun, comel, dan banyak lagi. Kesemuanya adik beradik. Haaa! Topik ni menarik apabila dibincangkan. Tentu ramai yang mempunyai definisi tersendiri. Pada pandangan peribadiku, apa sahaja yang menyebabkan seseorang itu tertarik hati itulah sebenarnya dikatakan sebagai cantik. Jadi cantik ini berasal daripada siapa? Apa kayu ukur cantik ni? Cantik kayu ukurnya bergantung kepada yang melihat, mendengar dan merasa. Cantik boleh didengar dan dirasa? Ya! Apabila menggunakan definisiku tadi, cantik memang boleh didengar dan dirasa. Pernah tak kita mendengar radio ERA? Tentu ramai yang mendengarnya setiap pagi selain daripada IKIM dan Light & Easy. Cuba kita dengar suara beberapa penyampai ERA, kadangkala kita merasakan satu tarikan untuk mendengarnya. Kemudian dengan kuasa tarikan tersebut kita memandang orang yang menyampaikannya itu cantik walaupun sebenarnya tak cantik. Itulah yang dikatakan sebagai cantik dengan mendengar. Cantik merasa? Cuba kita lihat dan bertanya kepada orang-orang buta. Apakah yang didefinisikan sebagai cantik bagi mereka? Mereka mengatakan kecantikan adalah hembusan bayu yang nyaman, lukisan yang dirasakan dengan tangan dan banyak lagi. Kesemuanya tidak pernah dipandang oleh mereka. Jadi apa yang mendefinisikan kecantikan mereka, tentulah deria rasa. Jadi cantik melalui rasa memang wujud. Jadi cantik ini bergantung kepada apa yang orang itu suka apabila melihat, mendengar dan merasa. Nanti kita bincang lagi mengenai kecantikan sosial, akhlak, haiwaniah dan insaniah. Panjang ni bila dibincangkan bab cantik ni. Tunggu...... bersambung.
Cantik tak dia ni? Tentu anda ada kayu ukur sendiri. Walau apapun gelapnya Dihah! Kena guna krim pencerah ni. Kalau orang nak menengok pun kena tunda 2 bulan bagi cerah balik. Posted by Hello