12 May 2005

Ubah Skrip Hidup Untuk Berjaya

Apabila mengatakan mengenai skrip hidup, ramai yang tertanya betulkah kita ini mempunyai skrip hidup. Ya! Memang kita mempunyai skrip hidup. Mengapa saya kata begitu. Dalam surah Al-R'ad, ada menyebut Tuhan tidak akan mengubah sikap, keadaan ataupun keadaan sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri. Jadi daripada mana wujudnya skrip hidup ini. Skrip hidup wujud daripada pengalaman hidup kita sejak kecil Cara kita dibesarkan menerapkan nilai, kepercayaan dan pegangan kepada hidup kita. Kadangkala kepercayaan ataupun nilai itu tidak sesuai dengan zaman, namun begitu disebabkan kita dilatih dengan nilai tersebut kita percaya ia sesuai. Ini yang berlaku kepada masyarakat Melayu kita sekarang di mana kita sudah dilatih dengan cara berfikir dahulu sejak zaman berzaman. Mentaliti dan pegangan kita sejak dahulu menyebabkan kita susah mahu berubah dengan perkembangan zaman. Pegangan-pegangan dahulu yang tidak kontemporari pun masih diamalkan hingga sekarang. Ia sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita sekarang. "Bacalah! Bacalah dengan nama Tuhan Mu!" Tidak menjadi pegangan hidup kita disebabkan segalanya dikaburi dengan adat dan cara berfikir lama. Itulah yang kita melihat ramai masyarakat kita takut untuk berubah. Mereka takut apabila mereka berubah, kita akan kembali susah. "Jangan diubah kerajaan sekarang, nanti susah hidup kita", "Jangan membangkang, nanti bagaimana anak-anak kita nak bekerja". Inilah mentaliti yang wujud daripada skrip hidup yang tidak diubah. Itulah Rasulullah meminta kita berhijrah. Bukan sekadar hijrah fizikal tetapi juga hijrah minda. Kesemua ini disuruh agar kita dapat mengubah skrip hidup kita menjadi lebih baik. Bukan sekadar bergantung kepada sentimental value dahulu. Jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam, jadikanlah hari esok lebih baik daripada hari ini. Itu yang sepatutnya kita buat. Dalam berdakwah pun kita harus mengubah skrip hidup kita. Jangan masih menggunakan cara lama untuk berdakwah. Selagi kita masih menggunakan cara dakwah dulu, susah masyarakat sekarang untuk menerimanya. Mereka sudah mengubah skrip hidup mereka, tetapi kita masi lagi menggunakan skrip hidup dahulu. Dalam berpersatuan kita harus berubah. Berubah mengikut perjalanan masa. Dahulu dengan cara dahulu sekarang dengan cara sekarang. Ramai yang mengatakan jika kita berubah sekarang kita tidak thiqah. Thiqah perlu dilihat dengan cara lebih luas. Sebab itulah kita disuruh berjuang dengan menggunakan konsep hazar. Hazar dalam hal ini adalah berstategi, bukannya bersembunyi atau menyembunyi. Itu yang perlu dilihat dan didefinisikan semula. Tidak semestinya kita berubah kita tidak thiqah. Dalam kehidupan pun kita perlu mengubah skrip hidup daripada skrip gagal kepada skrip jaya. Kita harus berfikiran positif dan positif untuk berjaya. Bukannya sentiasa merasakan diri ini tidak mampu dan ayat-ayat yang tidak bertanggungjawab yang lain. Kita harus bertanggungjawab dengan skrip hidup kita. bersambung.....

No comments: