12 June 2005
Masjid Ar-Rahman Tidak Sehingar Dahulu!
Jumaat lalu, aku singgah bersolat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Lembah Pantai. Ia bersebelahan dengan pintu masuk ke Universiti Malaya. Aku berjalan di gerai-gerai tepinya yang tetap seperti dahulu. Mungkin agak besar dan barangannya lebih banyak berbanding dahulu. Gerai-gerai makan pun makin besar dan pelbagai jenis juadah tersedia buat pengunjung Jumaat. Barang-barang seperti minyak atar, jam-jam tiruan, ubat-ubatan, taufufah kegemaranku dan banyak lagi juga menggamit sesiapa sahaja yang lalu lalang di situ.
Inilah Masjid Ar-Rahman yang mempunyai sejarah panjang. Sepanjang usia perjuangan gerakan mahasiswa di Malaysia. Masjid ini menyaksikan pelbagai demonstrasi diadakan. Daripada demonstrasi (demo) Kriket Israel hinggalah ke Kerinchi Link. Aku pernah terlibat dalam demo-demo tersebut dan yang paling tak boleh dilupakan adalah demo menghalang kehadiran pasukan kriket Israel ke Malaysia.
Teringat pedih mataku disimbah gas, sorakan Allahuakbar, suasana huru hara porak peranda FRU mengejar orang ramai, pintu pagar Universiti Malaya dikunci menghalang orang memasukinya. Kenangan-kenangan ini mengajar gerakan mahasiswa erti kematangan, erti perjuangan, erti jihad. Peristiwa-peristiwa inilah yang memandu idealis mahasiswa dan apakah hala tuju perjuangannya.
Namun begitu Masjid Ar-Rahman tidak sehingar dahulu. Tiada lagi jeritan laungan AllahuAkbar. Tiada lagi himpunan-himpunan menjana harapan. Tiada lagi FRU bengis menjaja cota. Mahasiswa sekarang tidak seperti dahulu. Adakah sudah hilang taring idealisme mahasiswa? Ke manakah semangat juang mereka memperjuangkan isu-isu rakyat. Adakah ini yang dikatakan matangnya mahasiswa ataupun hanya JUMUD pengertian terbaik? Entahlah, aku terharu apabila mengenang kembali bezanya dahulu dan sekarang. Adakah harapan, hingar Masjid Ar-Rahman seperti dahulu lagi. Entahlah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Wahh....kantoi kaki demo, ni nk kena masuk ISA ke ni...hahaha. Emm..kat Australia ni, kami tak main laa demo-demo ini. Org OZ je yang suka buat strike. Malas kami nak campur. Ader ke dierorg nak buat strike, disuruhnya kami takyah masuk kelas. Datang uni tapi jgn masuk kelas. Kami nk buat apa. Dierorg sponsor FAMA oklaah. Tapi kami under MARA, JPA, Petronas mana leh wat macam tu.
Enjoyed a lot! How to change circuit breaker Free insurance life online quote Levitra 10 pills 129 20 pills 212 New york dental insurance agents Working women's tennis woburn Bingo melbourne florida Text stories adult Us nhcd dental insurance health dental plans people age 65 plus Prolactin and erectile dysfunction Debt forgiveness for law students http://www.landroverfreelander8.info/Modafinil.html Directory online sales viagra Mortgages payment calculater london
What a great site Applications of video conferencing Looking for projectors phd program computer Laser tattoo removal solutions Exam mcse real
Post a Comment