01 June 2005

Orang Melayu Memang Hebat!

Semalam aku mempunyai temu janji dengan seorang animator yang berminat bagi bekerjasama dengan PTS M dalam menerbitkan buku-buku berbentuk komik. Alhamdulillah perbincangan kami masak dan masing-masing bersetuju bagi melihat lebih mendalam kerjasama di antara kedua pihak. Aku bertemu dengannya dalam pejabat yang diuruskan oleh beliau. Beliau mempunyai lebih daripada 15 orang staff, ada yang sepenuh masa dan ada yang separuh masa. Aku dibawa melawat ke dalam ruang produksi mereka dan aku terpegun. MEMANG ORANG MELAYU HEBAT!. Produksi mereka ini sedang dalam proses bagi menerbitkan satu siri kartun berjiwa melayu yang penuh dengan aksi silat Melayu. Namun begitu mereka membuatnya bagi pasaran luar negara, bukan untuk Malaysia. Segala Artwork yang ditunjukkan, pilot project dalam bentuk sinopsis animasi memang mengagumkan aku. Mereka ini jugalah yang terlibat dalam pembikinan kartun animasi "Anak-anak Sidek". Tentu ramai yang kenal kartun ini. Merekalah pengasasnya, namun begitu disebabkan pengurusan yang tidak strategik ramai yang keluar daripada syarikat Sidek Brothers itu dan masuk ke dalam syarikat lain. Kartun-kartun animasi yang diperlihatkan kepada aku memang tidak terkalah apabila dibandingkan dengan kartun-kartun Walt Disney dan Anime Jepun. Dan ada sesetengahnya memang terlibat secara tidak langsung dalam pembikinan kartun yang aku sebut di atas. HAAA! Tentu ada yang tidak percaya. Percayalah! Memang hebat bukan. Ada salah seorang animator yang aku temui semalam terlibat dalam pembikinan kartun Dragon Ball Z, kartun Jepun tu. Sebenarnya kebanyakan kartun yang dihasilkan oleh pembikin kartun besar dunia diambil daripada merata tempat terutamanya di rantau kita ini. Cuma kita je yang tak tahu. Namun begitu masalah utamanya kurang sokongan daripada industri animasi kita sendiri. Kita tak dapat memberikan dana yang secukupnya termasuk ruangan lebih kepada animator-animator kita untuk berkembang. Masalah yang sama dihadapi oleh syarikat penerbitan seperti Kumpulan PTS sekarang. Orang-orang kaya Melayu tak berminat untuk membantu anak bangsa kita, kebanyakanya mengatakan ia risiko tinggi. Sekarang ini kumpulan tersebut bekerja dengan bantuan syarikat cina. Orang Cina juga yang tahu bagaimana nak menggunakan kebolehan yang ada pada orang Melayu. Saya melihat contoh animasi yang pernah dibuat dalam bentuk kartun dan iklan TV. Saya terkejut! Rupa-rupanya mereka inilah yang membuat iklan-iklan dalam TV seperti nutrigen, miko dan banyak lagi. Melayu kita yang buat! Bukannya bangsa lain! Memang sebenarnya Melayu kita ada banyak bakat yang tidak dibawa ke tengah. Sepatutnya pihak kerajaan memberikan sokongan kepada Melayu yang berbakat ini bagi mengembangkan lagi kebolehan mereka. Kerajaan kita banyak melabur kepada projek yang ada kepentingan sendiri sahaja. Lebih spesifik kepentingan kroni sendiri. Bakat-bakat terpendam ini kalau digilap dengan baik, nama Melayu akan naik, nama Malaysia juga harum. Sayang memang sayang. Orang lain lebih menghargai kebolehan orang Melayu berbanding Melayu sendiri.

2 comments:

Angie said...

pelukis tidak dilihat profesional. bakat melukis tidak dilihat sebagai bakat yang boleh mendatangkan keuntungan. kerja melukis selalu dilihat hanya kerja-kerja buang masa dan kerja-kerja jalanan. menjadi pelukis bukan lah cita-cita yang baik kerana masa depan pelukis tak pasti. sebab tu takde yang nak mengambil risiko melabur dalam bidang animasi atau lukisan. selain sikap pelukis yang biasanya melukis hanya utk syok sendiri dan hanya suka kerja ikut mood dan mengikut apa yg kami suka.

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Projector throw ratio calculation autumn wedding flower Uk fridge freezers Thumbnails upskirts Tuscan kitchen tiles play keno Decision support system for a fitness center Macgyver sound track tv show diet pills Vaginal infection impotence impotence all-health-4u.info