17 June 2005
Melayu Perlu Tolong Melayu
Semalam aku bertemu dengan seorang pakar motivasi yang terkenal di kalangan ibu bapa, guru dan murid sekolah. Beliau ini seringkali memberikan input melalui TV3, RTM dan radio IKIM. Dr. Tengku Asmadi merupakan pengasas kepada idea Motivasi Alihan Pelajar. Setiap minggu dia berikan ceramah kepada para pelajar sekolah, dan boleh dikatakan programnya setiap bulan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Apabila melihat kedatangan di white board di pejabatnya dekat Wisma Belia bersebelahan Wisma MCOBA, boleh katakan setiap minggu sudah penuh. Kehadiran setiap program dihadkan kepada 200 orang sahaja. Alhamdulillah! Seronok apabila melihat seorang Melayu mendapat tempat yang baik dalam masyarakat.
Perbincangan kami yang memakan masa hampir 3 jam itu, banyak perkara yang dibincangkan daripada mengenai penulisan buku hinggalah kepada menolong orang melayu. Dr. Tengku Asmadi memang seorang yang tidak lokek ilmu dan sering menolong orang Melayu dalam kesusahan. Dalam perbincangan yang kami buat, tidak pernah dibincangkan soal keuntungan yang dia dapat apabila menulis dengan PTS. Apabila dibangkitkan berkenaan beberapa hal yang aku minta pandangannya, terus dia bagi cadangan bernas dan apa yang boleh dibantu oleh network yang dia ada terus dihubungi orang yang boleh membantu aku. Dalam hal ini memang aku angkat tabik kepada dia.
Dia beritahu aku, dalam urusan bisnes ataupun apa-apapun. Melayu ataupun lebih spesifik Islam sesama Islam perlu membantu antara satu sama lain. Jangan menganggap orang lain sebagai saingan. Sebagai contoh, dia semasa zaman muda dia melihat dirinya sebagai lapisan pelapis kepada barisan Dato' Dr. Fadzillah Kamsah, Dato' Dr. Hasan Ali dan Dr. Shukri Abdullah. Kemudian sekarang ada pula individu yang satu masa dahulu menghadiri kursusnya ketika pelajar, sekarang sudah mula membuat program motivasi sendiri. Dan ada ibu bapa memaklumkan dia anak-anaknya, berceramah motivasi sepertimana dia berceramah. Dia amat bersyukur sebab ilmunya digunakan dengan sebaiknya oleh anak didik dia. Pada pandangannyam rezeki adalah daripada Allah, bukan manusia. Jika kita membuat kebaikan keoada orang lain, InsyaAllah ada rezeki yang kita tidak tahu daripada sumber mana yang diberikan Allah.
Seharusnya memang Islam sesama Islam perlu bantu membantu. Namun begitu kadangkala kita ni ada PHD (Perasaan Hasad Dengki) yang melampau. Apabila kedai kita bersebelahan dengan kedai orang Islam yang lain. Kemudian orang datang membeli barangan yang tidak dijual di kedai kita, kita kata barangan itu tak ada di kawasan kita itu. Sedangkan di kedai sebelah memang ada barangan itu. Mengapa tidak kita minta orang yang membeli tu pergi ke kedai sebelah dan membelinya di sana. Apabila begitu, bukan sekadar kita sama-sama untung dapat juga kita menjalinkan persaudaraan dan ukhuwwah yang mantap antara satu sama lain.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sudah melancarkan Blue Mosque Maternity bagi mengadakan rangkaian jalinan (network) yang baik antara peniaga Islam. Ini satu pendekatan yang baik bagi memastikan kita sesama Islam dapat membantu bagi menaikkan bisnes orang Islam. Dr. Tengku Asmadi adalah salah seorang penggeraknya di Perak. Aku pun seringkali dijemput oleh setiausaha kerja PPIM, Dato Nazim Johan bagi mengikuti program di bawah Blue Mosque ini. Marilah sama-sama kita menolong bagi memastikan orang Islam seluruh Malaysia berada setaraf dengan bangsa lain di Malaysia dan juga di antarabangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Looking for information and found it at this great site... » » »
Post a Comment