Sedang menunggu bagasi semasa di Lapangan Terbang Jakarta
25 June 2005
25 Jun 2005 : Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta
Kapal terbang kami dilambatkan penerbangannya selama hampir setengah jam. Mengapa? Ada beberapa penumpang yang mana sudah mendaftar diri dan bagasinya sudah dimasukkan ke dalam kapal terbang tidak muncul-muncul dalam kapal terbang. Mengikut peraturan udara antarabangsa. Kesemua bagasi bagi penumpang-penumpang yang seumpama itu perlu dikeluarkan sebagai langkah keselamatan. Jadi penerbangan kami bertolak daripada KLIA tepat jam 12 tengahari.
Penerbangan ke Jakarta mengambil masa lebih kurang dua jam. Kami tiba di sana jam 2 petang. Alhamdulillah kami selamat dan tiada apa-apa masalah dalam perjalanan. Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta tidak secanggih KLIA. Cuma reka bentuknya amat unik dan klasik. Bagi pencinta seni reka rumah pasti menghargainya. Tempat bagasinya, tempat cop passport dan sebagainya masih menggunakan teknologi lama.
Kami disambut mesra oleh Pak Deden Ridzwan dan Mas Bakar Al-Fagih. PAk Deden adalah General Manager di Penerbit Hikmah dan Mas Bakar adalah Manager di Mizan International. Kedua-duanya adalah anak syarikat Mizan Publishing House. Kami dijemput dengan menggunakan dua kenderaan. Satunya Kijang ataupun kalau kat Malaysia Toyota Unser dan satu lagi KIA CArnival. Alhamdulillah inilah keselesaan yang kami dapati daripada usaha gigih yang lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment