09 June 2005

Gerakan Islam Menolak Intima' Diri Yang Melulu dan Didorong Oleh Semangat...

Semasa aku dalam kampus, para pendokong erakan Islam amat digalakkan menjadikan karya Fathi Yakan, "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?" terjemahan Ustaz Alias Othman sebagai rujukan utama. Pagi ini selepas aku menyelesaikan tugasan menyemak laman-laman web kelolaanku Fomula Cemerlang dan Dr. Cinta seawal jam 5 .30 pagi. Aku mengambil buku tersebut dan meneliti kembali isi buku tersebut. Ada satu bahagian yang menarik dalam buku yang menyatakan bahawa "Gerakan Islam juga menolak intima' (penggabungan) diri yang dibuat secara melulu yang didorong oleh semangat, kerana Islam adalah cara hidup yang tegak di atas kefahaman tertentu tentang alam insan dan kehidupan, juga kerana beramal untuk Islam adalah bermatlamatkan untuk melaksanakan method hidup yang dikehendaki oleh Islam dalam masyarakat, pelaksanaan yang lahir dari kefahaman, ketelitian dan secara objektif." Letih juga membacanya sebab takdak titik. Ni kalau sampai kat PTS ni memang nak kena cincang balik ni (Jangan marah ye Ustaz Alias). Aku taknak komen penyusunan ayat ini, itu kerja editor. Yang aku ingin bawakan mengenai intipati ayat ini. Sebagai seorang pejuang Islam kita bukannya berjuang kerana semangat, tetapu disebabkan oleh kefahaman Islam itu sendiri. Apabila hanya semangat sahaja ada, kefahaman tiada kita takkan ke mana-mana. Jadi dalam menjadi seorang pendokong perjuangan Islam kita perlu banyak mengkaji dan meneliti. Selidiki keperluan insan dan Islam. Selarikan apa yang Islam inginkan dengan panduan yang diberi kepada manusia. "kefahaman tertentu tentang alam insan dan kehidupan" yang disebut di atas kadangkala tidak diambil perhatian. Dalam menjadi pendakwah dan penggerak perjuangan Islam, faktor ini amat penting. Dalam kata lain sebagai pendakwah kita perlu fahami psikologi manusia itu. Apa yang diperlukan, apa yang diinginkan, apa yang didambakan. Apabila kita memahaminya barulah kita dapat memandu mereka ke jalan yang betul tanpa mewujudkan prejudis kepada mereka. Apa saja jalan dakwah yang dibuat, kita perlu mengikut 'pipeline' Islam. 'Pipeline' Islam ini sebenarnya luas. Namun begitu kadangkala ada yang cuba mengecilkannya. Islam agama yang mudah dan untuk semua. Jangan jadikannya susah dan untuk 'kita-kita aje'. Selagi mana perjuangan Islam itu mengikut 'pipeline' yang ditentukan ia tak menjadi masalah. Itulah yang dikatakan Bil Hikmah dan Bil Hasanah. Aku masih lagi cuba mengunyah kata-kata harapan Tuan Guru Dato' Hj. Nik Aziz Nik Mat kepada kepimpinan baru yang dilihat dapat mengubah cara perjuangan PAS. Menjadikan PAS adalah gerakan Islam yang mendekatkan bukan Islam kepada Islam. Bercerita keindahan dan kecantikan Islam kepada semua. Banyak menjalan dialog kepada Non Muslim. Inilah yang aku perjuangkan selama ini, mendekatkan bukan Islam kepada Islam. Namun begitu ramai yang masih prejudis dan melihat apa yang diperjuangkan itu hanya retorik. Yakin dan percaya apabila orang bukan Islam tahu apa itu Islam, bukan sekadar mereka tertarik dengan Islam, tetapi juga menyokong Islam. Semoga sinar hidayah menusuk ke kalbu mereka selepas itu. Suasana politik sekarang menyebabkan kita ini menjauhkan bukan Islam kepada Islam. "Dalam Islam pun berpecah, bagaimana nak kata Islam itu cantik!" ini antara tanggapan yang diberikan apabila melihat perpecahan antara Melayu, kaum terbesar di Malaysia disebabkan politik. Kaum yang mewakili Islam di tanah air ini. Mengapa kita tidak buang prejudis dan buruk sangka kita serta bersatu dalam hal berkaitan Islam. UMNO dengan caranya, PAS dengan caranya. Yang lain mengikut di belakang. Itu yang kita perlu betulkan. Aku teringat salah satu kata-kata Dato' Nik Aziz satu masa dahulu. "Kalau UMNO ikut cara Islam, kita bubarkan PAS". Maksudnya jelas perjuangan kita adalah Islam bukannya PAS ke UMNO ke. Jadi marilah kita kasih mengasihi dan tegur menegur antara satu sama lain dengan Hikmah dan Hasanah. "Demi masa! Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Saling berpesan-pesan dengan KEBENARAN dan saling berpesan-pesan dengan KESABARAN" (Al-Asr: 1-3)

3 comments:

Anonymous said...

Kefahaman Islam adalah lebih berharga daripada ilmu Islam. Bukan nk kata ilmu tak penting cumanya kalau timba byk ilmu tapi faham tak juga, tak guna juga. Betui tak? Terasa saya nk geleng kepala bila umat Islam marah dan sedih apabila al-Quran diflash di lubang tandas. Bukan nk kata takleh marah, boleh. Cumanya, pada masa-masa kita leka ni takder org nk sedih bila ramai umat Islam tak tahu isi kandungan al-Quran. Tak memahami tafsir dan terjemahan dia. Di manakah fiqh aulawiyat kita? Kehidupan di dunia ini hendaklah bermatlamat mencari redha Allah. Itu gaya Islam. Bagi sayakan abg Fauzul, bab UMNO dan PAS ini saya tarik diri laah. Malas nk kata. Tapi yg penting janganlah kita menjadi manusia yang bodoh sombong. Kepada Allah kita mentaatiNya

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site...
» »

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! »