08 June 2005

Berjuang Kerana Islam Bukan Kerana...

Aku tertarik apabila membaca wawancara Utusan Malaysia dengan Tuan Guru Dato' Hj. Nik Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS juga Menteri Besar Kelantan. Antara intipati yang menarik hati aku adalah semua pejuang dalam PAS perlu jadi pejuang Islam bukannya pejuang PAS. Bagi aku, ini dapat membetulkan balik persepsi dan minda para pejuang kita mengenai apa sebenarnya erti perjuangan mereka. Ramai yang terlupa apakah objektif perjuangan mereka disebabkan asabiyyah berpersatuan ataupun berorganisasi. Apabila begitu kita semua mendabik dada, kitalah yang benar dan orang lain salah. Apabila kita mempunyai niat yang betul, dan jelas objektif kita. Maka kita akan mengikut prinsip sebenar perjuangan. Meraikan perjuangan orang lain yang sinonim dengan kita. Islam adalah agama perpaduan dan tidak membenarkan perpecahan. Islam juga agama Hikmah dan Hasanah yang meraikan perbezaan pendapat asalkan tidak lari daripada ajarannya. Marilah kita berfikir dan membuka minda, mengkaji semula perjuangan dan niat kita. InsyaAllah ada redha Allah di situ

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, adik Fauzulnaim
Minda Islam akan membebaskan kita daripada pengaruh kebendaan, prejudis,kepuakan dan nilai yang salah. Sebaiknya ia mendorong kita terus gigih, dan sentiasa berusaha mencari peluang memberikan sumbangan walau dengan apa cara, membantu kita apabila bertemu di muara yang pelbagai, mendidik fikrah alaminya Islam, Rabbaninya tarbiyyah, dan syumulnya panduan. Pengalaman silam bekerja untuk Islam baik sewaktu di kampus ataupun selepas alam pengajian akan menjadi guru yang akan membentuk dan mematangkan pemikiran kita dari masa ke semasa.

nna
UK
p.s Pistol ada lagi?

abuiqbalnuaim said...

Terima kasih kerana sudi melawat blog kami dan terima kasih juga di atas pandangan. Betul Islam membebaskan minda kita daripada kekangan jumud dan jahil. Harapannya agar semua berusaha mengkaji dan membuka minda. InsyaAllah Islam bersatu dan harmoni ke seluruh alam. Boleh tak perkenalkan diri. Nak tahu gak sapa yang komen.

Anonymous said...

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab ra katanya:"Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:"Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat(pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan."

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » »