24 June 2005

Alhamdulillah Sudah Meningkat Satu Tahun Lagi Umurku

Alhamdulillah! Hari ini aku sudah mencecah umur 28 tahun. Bersyukur kepada Tuhan memberikan aku kekuatan dan redhanya agar aku dapat sampai ke umurku sekarang. Apabila dilihat dan dimuhasabahkan kembali kehidupan aku selama 28 tahun ni. Banyak perkara yang sudah aku lakukan. Daripada zaman aku kanak-kanak, sekolah rendah, menengah, universiti hinggalah ke zaman kerja. Daripada zaman bujang penuh songsang hinggalah ke zaman berumah tangga yang lebih tersusun. Aku berharap kesemuanya ini memberikan sumbangan kepada saham akhiratku. Aku bersyukur aku sampai ke tahap aku sekarang. Namun begitu ini tidak bererti aku akan berhenti ke tahap ini sahaja. Aku akan terus mencabar diriku agar lebih berusaha menjadi yang lebih baik. Bekerjalah seperti hidup seribu tahun lagi, beribadahlah seperti akan mati sekejap lagi. Kepada ayah dan mama, terima kasih di atas kasih sayang yang diberikan kepadaku selama aku hidup di dunia. Banyak yang mereka berikan kepadaku, dan tak mampun aku membalasnya. Mama! Harapanmu untuk melihat anakmu menggapai segulung ijazah InsyaAllah aku akan cuba tunaikan. Namun begitulah aku sedikit masa untuk mengejar cita-citaku. InsyaAllah aku pastikan impianmu menjadi kenyataan. Ayah! Engkaulah orang yang paling penyabar di dunia. Menghadapi kerenah mama dan aku. Walaupun aku tak pernah menyatakan aku sayang padamu, percayalah dikaulah idola hatiku. Kepada isteriku, terima kasih kerana memahami diriku. Walaupun ku tahu engkau kadangkala tertekan dengan kesibukanku, dikau sentiasa menyokongku. Ku doakan agar rumah tangga kita sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat. Memang dikaulah anugerah terbesar kepada ku dan aku amat bersyukur mendapatmu sebagai permaisuriku. Terima kasih sayang. Kepada anakku Iqbal Nu'aim dan yang bakal lahir Februari 2006 ni. Ayah amat gembira dan terharu melihat telatah dan keletahmu. Tak sangka ayah dah jadi seorang ayah. Ayah berharap anak-anak ayah semuanya menjadi insan soleh ataupun solehah. Pejuang kegemilangan Islam, mujaddid fisabilillah. Ya Allah berikanlah rahmat dan keberkatan kepada keluargaku. Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana menjadi rakan dan sahabat yang baik. Menjadi check & balance kepada diriku. Mungkin ada salah silapku, maafkanlah aku. Kadangkala aku terlepas cakap dan terlebih buat. Kesemuanya atas salah dan kelemahan diriku. Kepada staff-staff yang berada dan pernah bekerja di bawah pentadbiranku. Terima kasih kerana sudi bekerjasama denganku. Teruskanlah perjuangan agar kita sama-sama dapat meneruskan perjuangan memandaikan anak bangsa kita dengan bahasa kita. Kitalah barisan yang memastikan pendidikan kita menjadi sehebat bangsa-bangsa lain. Inilah coretanku buat diriku dan semua. Kepada yang sudi melawat blogku ini, terima kasih kerana sudi menyoroti kehidupan ku dan keluarga. Kalau ada salah dan silap mohon maafkan. Jika ternampak apa-apa yang perlu ditegur, tegurlah. Kita sama-sama tergur menegur. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin Ya Rabbal Alamin

4 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir Abg Fauzul. Moga2 dirahmati Allah senantiasa dan moga2 diberi hidayah secukupnya kepadamu. Emm...sibuk-sibuk abg Fauzul jgn lupa matlamat utama kehidupan seorg Islam. Mencari keredhaan Allah. Kiranya materialistik yg kita kejar, maka berpatah baliklah. Dan kiranya wang dan ringgit menjadi habuan, jadikanlah wang itu sebagai alat utk kita mencapai keredhaan Allah. Moga2 usahamu ke arah kebangkitan empayar Islam diredhai Allah. Ameen

abuiqbalnuaim said...

Terima kasih Naguib. InsyaAllah selagi hidup dan hayat dikandung badan, selagi itu perjuangan akan diteruskan. Semoga Allah tetapkan pendirian dan prinsip kita.

Angie said...

Dah genap 28 tahun dah hang no.... happy birthday. maaf terlambat ucap. semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki. semoga berbahagia dan berjaya didunia dan akhirat.
hang kata nak amik degree lagi? bidang apa pulak? kat mana? kali ni mesti cemerlang punya, dah banyak ilmu dan pengalaman ni. anyway, wish you and your family all the best. May Allah bless you all.

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Black sabbath t shirts a a smart popup blocker Levitra do for men Tenuate sources