- Kepercayaan dan pendekatan
- Sistem Sokongan
- Perjuangan abadi
04 June 2005
Aku Menyesal..........!
Dua hari lepas aku duduk bersama dengan rakan karib aku, senior aku, rakan serumah aku dan juga merupakan mentor aku semasa di zaman UM dahulu. Dia ini antara pemimpin mahasiswa yang membawa aku ke alam perjuangan mahasiswa di kampus. Dahulu aku tidak kenal apa itu Majlis Perwakilan Pelajar, dia inilah yang membawa aku ke sana. Dahulu aku tidak tahu apa itu pilihanraya kampus, dia inilah yang memperlihatkan aku realiti itu. Kami bercerita sambil mengorek kembali memori silam zaman mahasiswa.
"Fauzul! Kalau aku tahu bagaimana keadaannya perjuangan dalam kampus, aku takkan masuk PMI dulu!", tersentak aku. "Aku menyesal dengan kehidupan aku dalam kampus!" Itulah keluhan bekas pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UM yang melalui asam garam perjuangan sebagai pemimpin mahasiswa dahulu. Beliau merasakan apa yang dilakukan selama mana menjadi exco MPMUM dahulu sia-sia sahaja. Apabila pandangan agak berbeza dengan para pimpinan PMIUM dipandang pelik. Janji-janji semasa sebelum pilihanraya bagi membantu para pemimpin mahasiswa dalam urusan akademik seharian hanya tinggal janji. Letih, memang letih. Itulah keluhan seorang antara bekas exco tertinggi MPMUM 96/97.
Aku melihat perkara ini dengan pemikiran dan persepsi yang terbuka. Ada beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku begini. Antara faktor yang aku lihat adalah :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Sdr & rakan Sdr,
"Aku juga mendapat segala janji itu, apabila aku jatuh siapa yang datang ke samping? Bertanya khabar? Memancing cerita? Menghulur bantu? TIADA!"
Ini pengalaman yang lumrah Sdr (blogger & temannya itu). Dalam jema'ah2 Islam ini, kata2, harapan & retorik boleh dibeli di kaki2 lima (macam 'pasar karat' juga hehehe), penghayatannya seperti membeli cincin emas untuk isteri.
Ribuan, mungkin puluhan ribu, manusia mengalami kepedihan & khayalan idealisme ini ...
Sudahlah, janganlah berpanjang-panjang kecewa dengan gerakan2 Islam ini.
Majukan diri, tolong bangsa & masyarakat, sumbangkan idea & tenaga. Itu sahaja yang mampu membawa kita bersama ke arah masa depan yang lebih baik.
Oh ya, jangan lupa, baca buku! :)
faomar@yahoo.com Fathi Aris Omar
http://nokgidok.blogspot.com/
NOTA: Tapi saya suka @ tidak kisah Sdr mencatat begini, kurang2 bermanfaat kepada mereka yang sedang berkhayal :)
Wah! Terkejut saya melihat nama Fathi Aris Omar di dalam blog saya. Terima kasih kepada saudara Fathi Aris Omar di atas kesudian melawat blog saya yang tak seberapa ini.
Benar kata saudara, kita perlu terus memberi sumbangan tenaga dan idea kepada masyarakat agar membina masa depan yang lebih baik.
Saya menulis sebegini bukan kerana nama ataupun populariti cuma menampar minda pembaca agar berfikir. Minda yang tertampar akan sedar daripada lamunan dan kembali kepada realiti dunia. Harapan kita semua berjuang kerana Islam dan janji Tuhan hanya orang yang asing (ghurabak) berada di saf yang betul. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.
Where did you find it? Interesting read »
Post a Comment