25 June 2005

25 Jun 2005 : KLIA

Hisham menunggu kami di KLIA. Kak Nor Hazizam dan Zaharin ke sana menggunakan kereta. Jadual penerbangan kami jam 11.40 pagi waktu Malaysia. Ini bukanlah kali pertama aku ke Jakarta, Oktober tahun lalu aku dan Arief pernah ke sana bagi melawat Indonesian Book Fair yang diadakan di Senayan Convention Centre, Jakarta. Ketika itu kami tidak mengenali sesiapa pun di sana. Memang adventure betul. Cuma suasananya sekarang berbeza. Kami sudah ada rakan-rakan daripada Mizan yang menunggu kami di Lapangan Terbang Jakarta. Dah lain dah. Dulu memang berdikari betul, sekarang dah ada yang nak bawa berjalan. Kami membawa bersama beberapa kotak buku sebagai hadiah kepada Mizan Publishing House. Kesemua buku tersebut adalah antara tajuk-tajuk yang ingin dicadangkan bagi dilesenkan oleh Mizan Publishing House. Sebelum ini sudah ada 8 judul yang mereka minat untuk melesennya daripada syarikat aku, PTS Millennia Sdn Bhd.