12 March 2005

Definisi Keluarga Yang Makin Sempit

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Apabila disebut keluarga, apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai keluarga? Apabila dicari definisi di dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terbitan 1992. Family diberikan pelbagai definisi dan rasanya terbaik adalah keluarga turun temurun. Apabila kita melihat kepada poster-poster kempen yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, apabila menyebut mengenai keluarga. Mereka menggambarkan keluarga sebagai suami, isteri dan anak dua orang. Adakah itu je keluarga yang ada? Mengapalah sempitnya definisi keluarga yang diberikan. Ke mana perginya ibu dan bapa saudara sebelah ibu dan ayah? Ke mana perginya datuk dan nenek? Ke mana perginya sepupu sepapat? Apabila kita mendefinisikan keluarga ini kecil, ini yang menyebabkan anak-anak kita lupa kepada keturunan sendiri. Mereka tidak tahu siapa nenek moyang mereka. Hingga akhirnya mereka tidak tahu jati diri bangsa mereka dan paling teruk lagi tidak tahu mana asal usul agama mereka. Yang terakhir ini kita takut. Kita semuanya lahir daripada dua pasangan Adam dan Hawa yang mendapat hidayah tuhan RabbulJalil. Jangan pula kita lupa itu Marilah kita mendefinisikan semula keluarga........