17 March 2005
Skrip Hidup Yang Perlu Diubah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Aku selalu dijemput memberikan ceramah dan bengkel penulisan di seluruh Semenanjung Malaysia. Rasanya sudah lebih daripada 40 bengkel yang aku kendalikan secara bersendiri ataupun berkumpulan. Antara segmen yang aku paling suka adalah pada part motivasi penulisan. Ini betullah jiwa aku. Di sini aku ingin mengambil salah satu isi untuk dikongsi bersama iaitu mengenai skrip hidup.
Teringat aku semasa aku mendapat makluman mengenai keputusan paper Electronics 2 semasa di UM dahulu. Ketika itu aku cukup berdebar-debar sebab paper inilah penentu penerusan pembelajaran aku di UM. Killer paper yang sudah membunuh ramai orang. Aku sudah kali tiga kali ambil paper tu dan ini kali keempat. Jika aku gagal dalam paper tersebut maksudnya aku akan bergelar bekas mahasiswa yang ditendang daripada UM. Mengapa boleh begitu? Paper ini adalah paper wajib jabatan Kejuruteraan Letrik dan sesiapa yang tidak lulus paper ini selepas mengambil 4 kali dia akan ditendang keluar. Semasa aku berjalan ke tingkat atas jabatan, aku berdoa agar aku sekurang-kurangnya lulus. Ini adalah harapan ayah dan mama aku.
Berjalan dengan penuh debaran memang menyeksakan. Aku ke notice board di mana terletaknya keputusan peperiksaan akhir semester lepas. Hati luluh apabila melihat bahawa aku mendapat F sekali lagi. Aku ni bukanlah bodoh sangat. Pada ketika itu CGPA ku 2.95. Satu pencapaian yang aku rasa boleh dibanggakan sebab aku ni memang aktif berpersatuan. Kalau tak aku yakin boleh dapat sekurang-kurangnya 3 pointer. Apa kan daya, itulah nasib aku. Adakah dengan keputusan yang aku dapat itu merupakan pengakhir kehidupanku. Adakah aku perlu memutuskan pertunangan yang sudah terikat lebih kurang 3 bulan yang lalu. Adakah aku ..... Adakah aku.... Adakah aku......? Apabila aku menceritakan perkara ini kepada ayah dan mama aku. Mereka tidak banyak bercakap cuma mereka berharap aku dapat bersabar. Dan aku tahu mereka kecewa dengan keputusan itu. Anak sulong mereka yang dahulunya diharap-harapkan mendapat ijazah akhirnya kecundang dalam perjuangan. Apa yang mereka harus ceritakan kepada adik beradik mereka apabila ditanya 'Fauzul bila grade'. Ramai yag tahu bahawa aku ni pelajar cemerlang semasa di sekolah rendah dan menengah. Jadi mereka tentu tak dapat menerima apabila aku ini diketahui direject keluar UM. Bersambung.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment