16 March 2005
Atas Nama Kebajikan
Assalamualaikum,
Sekarang ni banyak program aktiviti yang dijalankan atas nama kebajikan. Konsert amal, program amal, jualan amal dan sebagainya. Apabila kita tengok balik betul ke semua ini untuk kebajikan? Kalau atas nama kebajikan apa yang mereka dapat? Boleh untung ke? Ini perkara-perkara yang pelik tapi benar. Pada pandangan peribadi saya apa benda pun yang dibuat selalunya individu ataupun organisasi melihat kepada keuntungan dahulu, kebajikan kemudian. Kalau tak untung, jarang-jarang orang nak buat
Semalam aku berada di Kepong, bertemu dengan seorang usahawan yang membuat program kad priveleges untuk pelajar. Cerita-cerita yang dikeluarkan cukup indah. Mereka membuat semua perkara atas nama kebajikan. Dan ideanya untuk mengambil buku-buku PTS terutamanya buku Dr. Danial 7 Formual Individu Cemerlang versi pelajar dengan jumlah yang banyak. Ini bagi diedarkan kepada para ahli daripada kalangan pelajar yang melanggan kad priveleges yang dikeluarkan.
Kad privileges ini memberikan pelbagai kelebihan. Pemegang kad mendapat diskaun untuk pelbagai program menarik seperti lawatan sambil belajar, program motivasi dan sebagainya. Mereka juga akan mendapat kelebihan bahan-bahan ilmu dengan harga yang cukup murah dan ada yang diberi secara percuma. Ini ideanya. Nampak hebat bukan?
Apa yang dia nak daripada pihak PTS adalah mendapat hak eksklusif kepada jualan buku versi pelajar Dr. Danial untuk pemegang ahli kad yang dianggarkan seramai 500 ribu pada tahun ini. WOW! Memang bisnes deal yang hebat. Tetapi dia nak harganya hanya RM 3 ke RM4. Ini pelik. Dahlah buat kad ini nampak hebat tetapi supplier teruk. Apabila dibangkitkan mengapa RM3 ke RM4 sahaja, katanya ini atas nama kebajikan.Alasannya ini nak bagi kelebihan kepada orang Melayu, bangsa sendiri. Common lah. Jangan bercakap pasal kebajikan kepada PTS. Kami ini orang kebajikan. Membuat semua perkara atas dasar perjuangan. Dan perjuangan PTS untuk memandaikan orang Melayu guna bahasa sendiri dan menyebarkan ilmu kesemuanya atas perspektif Islam. Apabila seorang bisnesman nak bercakap soal kebajikan atas sesuatu perkara yang berat sebelah ini semuanya hampeh. Mengapa saya kata begitu, dia nak dirinya dipandang hebat tetapi membebankan party yang lain. Apa yang PTS dapat kalau dengan harga RM3 dan RM4. Nak makan kuih sekeping belum tentu lagi. Ini betul-betul atas harga kos, bukan kospun. Sebenarnya rugi. Dengan harga itu PTS nak buat buku tebal mana? 1 halaman? Ini yang pelik tapi benar. Semua buat atas nama kebajikan. Apabila kebajikan je orang lain mesti terbeban. Tunggu perbincangan seterusnya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Very nice site! Propane sauna heaters tankless water heater tax deduction Free roulette robot http://www.klonopin4.info/price_comparision_on_gas_water_heaters.html Lomita botox Cup holder mazda miata Lexapro and improved sleep oil pool heater oil burners best home heating Prozac topamax wellbutrin celexa speedomatic element water heater 17 gallon Notes on web marketing http://www.land-rover-sales-series.info/Heating_and_cooling_curve_lab.html safety of ventless gas heaters buy tankless water heater Moving company and equipment oakland What works like nexium Guinea home decor research about webdisgns
Best regards from NY! allergies vs. german shepards Kathy ireland area rugs discount prices acne take vitamin bombyx mori allergy headaches and allergies allerg How to use ambien intravenously http://www.culinary-schools-7.info/allergicdiet.html Klamath falls lasik Allergy home remedies Ambien com anbien manufacturer Checking contents of recovery disk emergency inst lincon ls body kits Asus p4ge cpu temperature monitoring allergic reaction burning red lips infant + milk allergy Bingo halls in windsor wellbutrin xl 150mg Machines to process credit cards
Post a Comment