14 March 2005
Beza Antara Lelaki dan Perempuan 1
Assalamualaikum,
Aku nak citer sedikit pengalaman petang tadi. Tadi sebaik sahaja aku keluar daripada bilik mandi, aku lihat atas katil anak aku ada kain baju yang berlipat. Aku terus mengambil sehelai kain pelekat dan baju pagoda. Sekarang ni malam panas betul jadi baik pakai baju nipis. Walaupun malam-malam ada pendingin hawa, masih panas. Semasa aku memakai kain pelekat tersebut terus ditegur oleh isteri aku "Bang! Bukan kain pelekat tu yang abang pakai semalam?" "Rasanya camtu" Jawab aku. "Cubalah cari dalam almari tu, pasal pa ambik kat kain baju yang baru berlipat" balasnya pula. Aku tersenyum dan terus memakai kain pelikat tersebut dan baju pagoda aku. Situasi ini menggambarkan bezanya seorang lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, apa yang dipakainya tak menjadi masalah, walaupun dia sudah pakai malam sebelumnya. Namun begitu perempuan begitu terperinci, sebolehnya mereka tidak akan memakai baju yang sama dua hari berturut-turut. Ini cukup penting bagi mereka. Bagi lelaki semua itu takdak makna. Baju adalah baju, tak kiralah dipakai berulangkali setiap malam pun. Kita sambung di bahagian lain......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment