14 March 2005

Bisnes Umpama Naik Basikal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Semasa dalam perjalanan daripada rumah ke pejabat pagi ini, aku melintas sekumpulan manusia yang menunggang basikal dengan pakaian lengkap racing bike. Ada yang tua ada yang muda, rasa aku diorang ni satu konvoi ke satu tempat. Ada yang menuggang berdua, ada yang seorang. Menarik memang menarik. Teringat kembali zaman kanak-kanak dahulu, aku pun ada mempunyai beberapa basikal. Bukannya beli sekaligus tetapi berperingkat-peringkat. Daripada basikal ketika aku kecil hinggalah semasa aku darjah enam. Dulu kalau dapat basikal BMX dah kira hebat. Pusing keliling kampung seperti mengisyhtiharkan bahawa aku lah yang terhebat di dunia. Pengalaman naik basikal ni seumpama membuat bisnes. Mengapa aku kata begitu? Cuba kita tengok balik bagaimana kita belajar naik basikal. Ketika kecil, ayah belikan kita basikal kecil roda tiga. Masa tu kita pun tak tahu bahawa itu basikal. Banyak istilah yang digunakan. Motosikal, motor Gaban, motor ayah cik (Anak aku guna istilah ni). Kita sorong basikal tu, kalau naik pun sekadar tolak guna kaki untuk bergerak. Kemudian kita mula nak letakkan kaki atas pengayuh basikal. Kaki tu mulalah menekan-nekan pengayuh kadangkala bergerak sedikit ke depan dan ada yang ke belakang. Mulanya kita tak letak tangan atas pemegang. Masa itu basikal tu kalau bergerak pun tak tahu ke mana. Kemudian dah mula reti memandu pemegang ke kiri dan ke kanan. Dah mula biasa, kita sudah pandai mengayuh ke depan. Ke dapur, ke laman hadapan, kemudian dan ke taman permainan. Bila sudah biasa, si ayah ataupun datuk pergi ke kedai belikan basikal besar sedikit. Masih ada dua roda kecil kat sebelah. Masa itu barulah kita tahu itu basikal. Naik pun tak tahu lagi, kadangkala naik kita jatuh, naik menghadap ke belakang dan sebagainya. Kemudian kita mulakan balik belajar basikal besar pula. Kadangkala tumbang hingga berdarah kaki, tidak mengapa sakit menangis tapi naik balik. Kemudian bila dah boleh mengayuh dengan baik, kita buang satu tayar kecil. Dah boleh berjalan dengan tayar kecil satu, buang balik satu lagi. Tayar tinggal dua. Masih berlaku lagi jatuh daripada basikal walaupun sudah mahir. Kemudian apabila dah yakin dengan keupayaan diri anaknya, si ayah membeli basikal yang lebih besar dan hebat. Apabila kita melihat kronologi basikal ini, sebenarnya dalam menjalankan bisnes pun lebih kurang sama dengan naik basikal. Kita kena mulakan dengan cara kecil-kecilan, tetapi kena terjun dahulu dalam dunia bisnes dahulu. Ramai yang mendefisikan pengalaman sebagai kena bekerja dahulu dalam dunia bisnes baru terjun. Ini pada pandangan saya salah. Dia umpama kita belajar berenang, kena terjun dalam air dahulu. Kalau hanya belajar berenang di atas katil tak jadi. Begitu juga dalam kes ini, kena naik basikal dahulu baru tahu belajar basikal. Kalau tidak kita hanya sekadar belajar teorinya sahaja. Ini yang menyebabkan ramai pensyarah bisnes hanya pandai memberikan teori tetapi secara praktikalnya takdak. Jadi belajar bisnes umpama belajar basikal... nanti kita teruskan perbincangan