Daku bersama mentorku Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah yang banyak memberikan semangat kepada perjuangan ku. Orang yang pada pandanganku antara yang paling positif di Malaysia
29 March 2005
27 March 2005
24 March 2005
21 March 2005
Beliaulah orang yang berjaya membawa saya masuk ke dalam PTS dengan satu perbuatan dan perkataan. Salah satu kata-kata beliau yang sehingga hari ini takkan lupa. Ketika itu saya masih lagi pelajar tahun 1 Kejuruteraan Letrik UM. Saya masa tu sudah memegang jawatan sebagai Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 1997/98. Kata-katanya "Saudara! Saudara adalah seorang pemimpin, banyakkanlah 'social insurance'. Social insurance saudara adalah banyakkan kawan. Kita tidak tahu apa yang akan jadi kepada kawan-kawan kita sepuluh tahun akan datang. Mungkin jadi businessman, lawyer, menteri dan sebagainya. Mereka inilah yang akan membantu saudara di masa hadapan". Kata-kata tersebut sudah dibuktikan sekarang.
Subscribe to:
Posts (Atom)