Ini aku petik daripada laman web kendalianku Formula Cemerlang.Com. Ada persoalan mengenai memilih organisasi ataupun pertubuhan. Perlu dihayati oleh semua orang yang mengatakan ingin berjuang untuk Islam. Ramai pejuang Islam mendabik dada bahawa merekalah pejuang Islam sejati dan pertubuhan merekalah yang harus diikuti. Ikutilah jawapan Dr. Danial Zainal Abidin kepada persoalan yang diutarakan ini.
Soalan yang diutarakan :
Assalamualaika Dr. Danial,
Sy ni tertanya-tanyalaah, mana satu kumpulan yang membawa ke arah kebenaran yakni Islam yang perlu saya sertai. Yelah kalau tgkkan ada usrah, Tabligh dan sebagainya. Macam saya semua org ajak saya pergi aje tapi saya musykil, adakah saya perlu tetap pada satu perkumpulan atau bagaimana? Soalan kedua, ada kemantapa sesuatu perkumpulan itu menjadi kayu ukur? Emm..kalau ada soalan nanti saya postkan. Wassalam
Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin
Assalamualaikum,
Perkara yang paling asas yang wajib dilakukan ialah berdakwah kepada diri sendiri dengan melaksanakan perintah Allah serta menjauhi perkara yang dilarangnya. Pada masa yang sama pertingkatkan potensi dan kekuatan diri. Antara kekuatan yang diperlukan ialah seperti yang disebutkan oleh Imam Abul Laith As-Samarqandi dalam kitab Tanbihul Ghafilin, iaitu: “1- Ilmu. 2- Keikhlasan. 3- Kasih sayang dan kelembutan. 4- Kesabaran. 5- Mengamalkan apa yang disampaikan.” JIka kita sudah berkeluarga, jangan lupa untuk membimbing keluarga sendiri kepada kebaikan. Kekuatan-kekuatan ini akan membantu kita ketika berdakwah kpd umum.
Serentak dengan usaha untuk membetulkan diri sendiri & keluarga, kita hendaklah berperanan dalam masyarakat dengan mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, Nabi bersabda, “Demi Allah hendaklah kamu mengajak kepada makruf dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan berbentuk seksaan daripada Allah dalam masa yang terdekat dan ketika itu kamu semua akan berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu.” Imam Tirmizi berkata, hadis ini bertaraf hasan.
Sebaik-baiknya aktiviti dakwah hendaklah dilaksanakan dalam bentuk berorganisasi agar ia lebih tersusun dan berkesan. Dalam surah Al-Maidah ayat 2 Allah berfirman yang bermaksud, “Hendaklah kamu bertolong-tolongan dalam perkara birr (kebaikan) dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.”
Iktibar yang paling penting dari ayat ini ialah kesemua aktiviti “birr dan takwa” hendaklah dilakukan secara tolong-menolong. Tolong-menolong biasanya melibatkan ramai orang dan aktiviti yang melibatkan ramai orang memerlukan sistem yang mantap dan sistem yang mantap hanya dapat wujudkan melalui organisasi yang bersistem.
Anda boleh menganggotai mana-mana organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunah sebagai landasannya. Setiap organisasi mempunyai fokusnya serta kekuatan dan kelemahannya. Aspek yang penting yang perlu anda ingat ialah, ORGANISASI HANYALAH ALAT DAN BUKANNYA MATLAMAT. Matlamat yang sebenarnya ialah Allah dan Islam. Anggotailah mana-mana organisasi ini dengan ilmu dan kefahaman di samping akhlak dan persaudaraan. Dengan itu anda akan menghormati orang / organisasi lain dan tidak bongkak dengan mengatakan bahawa organisasi anda saja yang hebat. Jika itu berlaku cepat-cepatlah beristighfar kerana ketika itu anda sudah terbabas. Semoga dipelihara Allah.
Dr. Danial Zainal Abidin
(M.B.Ch.B; Universiti Alexandria)
Pengamal Perubatan 20 Tahun,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Motivator Radio Mutiara FM Pulau Pinang,
Penulis 10 buah buku, Kolumnis Majalah i,
Pemudah Cara Pelbagai Korporat
3 comments:
Assalamualaika Abg. Fauzul,
Lor tak sangka laah pulak posting saya kat Formula Cemerlang mendapat tempat di blog tinta pasangan bahagia ni. Waduhh...
Ini bagi membuka minda yang membaca. Bagus soalan ni, sebab tu ia dinaikkan di sini. Soalan yang memang selalu bermain di kepala orang yang nak masuk ke gerakan Islam
What a great site transamerica+life+assurance
Post a Comment