18 July 2005
Kesan Bahasa Melayu Di Dalam Sistem Perundangan
Ramai yang melihat isu bahasa ini sebagai isu pendidikan sahaja. Namun begitu sebenarnya ia lebih daripada itu. Ia melibatkan politik, ekonomi, budaya, perundangan dan banyak lagi. Betul ke? Mesti orang bertanya begitu. Baiklah, aku akan mula membuka lembaran demi lembaran dalam blog ini bagi menyingkap satu persatu kesan penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita. Walau apapun aku tidak menafikan keperluan penggunaannya sebagai alat penting dalam bidang-bidang tertentu seperti bisnes, pendidikan dan sebagainya. Cuma kita ingin menjadi agak kritis kepada isu penukaran bahasa dalam sistem pendidikan keseluruhan yang orang pandang ia tidak akan menjejaskan jati diri Melayu.
Dalam satu seminar anjuran sebuah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), Prof. Dr. Syeikh Nor Alam Dekan Fakulti Linguistik dan Bahasa Moden Universiti Putra Malaysia (UPM) menerangkan kesan penggunaan bahasa Inggeris di dalam mahkamah berbanding bahasa Melayu. Prof. Syeikh Nor Alam adalah juga seorang peguam (by training). Dalam satu kes mengenai tuntutan seorang anak perempuan bagi menyaman seorang ayah kerana si ayah tidak membenarkannya berkahwin dengan lelaki pilihan. Kes ini dibicarakan dalam mahkamah yang menggunakan bahasa Inggeris. Keputusan mahkamah tersebut membenarkan si anak menyaman anak dan dalam kata lain si anak menang.
Kemudian kes tersebut dirayu oleh si ayah dan dibawa pula ke mahkamah yang menggunakan bahasa Melayu. Di mahkamah tersebut si ayah menang kes dan saman si anak ditolak. Mengapa boleh jadi begini? Dalam bahasa Inggeris tidak ada perkataan patuh kepada ayah. ISh! Betul ke? Mesti orang berkata begitu, habis tu perkataan 'obey' bukan bermaksud patuh ke? Tunggu dulu, 'obey' bermaksud perlu mengikut perintah. Namun begitu dalam kes ayah dan anak bukan bermaksud mengikut perintah tetapi patuh kepada kehendak permintaan ayah. Si ayah adalah wali kepada anak tersebut, jadi mengikut Islam perkataan patuh adalah ketetapan agama.
Jadi apa yang boleh kita gambarkan bahawa, bahasa Melayu ini bukannya hanya bahasa tetapi sebenarnya menunjukkan agama Islam itu sendiri. Namun begitu apabila kita menggunakan bahasa lain yang tidak ada unsur dan nilai Islam. Maka urusan kita seharian hanya sekadar urusan biasa. Sudah hilang nilai dan moral yang diajarkan oleh Islam. Ini baru satu faktor. Nanti kita bincangkan faktor yang lain pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! Pay bill for time warner cable akron ohio visualization penis enlargement Premium electric baseboard heaters credit card online payments allegra drums american home mortgage online payment
Post a Comment