21 July 2005
Terkenang Masa Dulu
Semalam, Alhamdulillah aku dapat bertemu kembali dengan bekas naqib usrah aku suatu ketika dahulu Abang Anwar Ridzwan Zakaria. Dalam dunia kemahasiswaan dahulu aku pernah mengatakan kepada rakan-rakanku dalam kampus bahawa dalam UM aku hanya akan mendengar fatwa daripada dua orang sahaja. Pertamanya, Zainol Azizi Mat Zain abang angkatku dan kedua Anwar Ridzwan Zakaria naqib usrahku.
Abang Anwar masih seperti dahulu seorang yang tenang dan mesra. Kata-katanya penuh hikmat dan aku bersyukur kerana kembali bertemu dengannya yang ku anggap sebagai mentorku. Zaman abang Anwar sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) adalah zaman yang ku lihat banyak perubahan dilakukan. Perubahan daripada sistem tarbiyyah, sistem pentadbiran dan sebagainya. Pada zamannya jugalah Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya kembali ke tangan golongan pro Islam. Memang karismatik dia ini walaupun tubuhnya kecil tetapi kecil-kecil cili padi. Zaman itu sebut sahaja Ustaz Anwar Ridzwan berceramah ataupun berkuliah, pasti ramai yang akan hadir. Lebih kurang seperti MAWI AF3 versi PMIUM lah. Jangan marah ye abang Anwar!
Banyak cerita dan perkara yang dibincangkan, pandangan, perspektif semasanya tetap seperti dahulu. Seorang reformis dalam stailnya tersendiri. Aku rasa bangga menjadi anak usrahnya dan menteenya. Diharapkan Tuhan memberikan rahmat dan redhanya kepada abang Anwar. Semoga perjuangan semakin marak, azam semarak agama, bangsa dan negara. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
dah lama sangat tak dengar ceramah ustaz anwar ridhuan. kami siswi ni pun anak didik dia jugak. bila dia ada buat usrah ka ceramah ka, hang jemput la kami sama fauzul..
Keep up the good work » » »
Post a Comment