16 May 2005

Islam Baka Perlu Insaf ! Susah Nak Masuk Islam!

Semalam Alhamdulillah diskusi buku "Kisah Saya Saudara Baru" terbitan syarikatku berjaya diadakan di MPH Mid Valley Mega Mall. Diskusi buku karangan Puan Nuraisyah Chua ni memang panas semalam. Mana-mana orang Melayu yang hadir dalam bengkel semalam tentu tersentak mindanya apabila mendengar pengalaman seorang Cina yang ingin masuk ke dalam Islam. Bukan senang. Pelbagai tanggapan negatif masyarakat Cina kepada masyarakat Melayu yang diberikan semalam. Kalau kerana orang Melayu, memang Cina takkan masuk Islam. Bila sebut Cina minum arak, Melayu pun ada yang minum arak. Apabila sebut Cina rosak akhlak, Melayu pun ada yang rosak akhlak. Ini realiti yang kita bangsa Melayu perlu telan. Sebagai bangsa Melayu yang didefinisi sebagai "Suatu bangsa yang mengamal dengan budaya, adat dan pengalaman Islam dan berbahasa Melayu" ini kita perlu bangun daripada tidur bahawa kita bukanlah model pendakwah yang baik. Aku memang terpanggil apabila mendengar diskusi tersebut. Puan Nuraisyah dan Saudara Ann Wann Seng memang membuka minda kita bahawa memang kita tak banyak berperanan kepada dakwah bukan Islam. Kita ni kepada orang yang baru masuk Islam pun banyak negatif, digelar dengan pelbagai gelaran yang memang tak bagus. Sebagai contoh Cina Muallaf dan sebagainya. Hei!! Kalau nak dibandingkan bangsa Melayu di Malaysia dan masyarakat Cina kat Negara China, kita ni sebenarnya yang muallaf. Sebab apa kata begitu? Mereka di sana mendapat dakwah daripada sahabat nabi, Saad Bin Abi Waqas lebih dahulu daripada kita. Dianggarkan di Negara China ada 136 juta penduduk yang beragama Islam. Jadi gelaran tu yang seumpama itu memang tak patut. Pelbagai lagi perkara dibangkitkan semalam dan pada pandangan aku, semua orang Islam Melayu baka ni perlu baca buku ni. (Promo lah pulak, kalau nak email kat aku fauzuln@gmail.com). Ia memang membuka minda kita terutamanya kepada yang ingin menjadi pendakwah. PTS Millennia, Insya Allah akan menerbitkan lebih banyak buku berkenaan dakwah kepada Non Muslim ni. Kesemuanya bagi membina satu generasi pendakwah yang efektif dan produktif. Terima kasih Ustaz Ann Wann dan tahniah Puan Nuraisyah Chua. Anda berdua banyak membuka mindaku mengenai dakwah!
Ini semasa kami minum di Book Cafe MPH Mid Valley selepas diskusi buku. Saja je ambik buat kenangan Posted by Hello