28 June 2005

Hisyam dan aku Posted by Hello
Suasana sesak di hadapan restoran satay Posted by Hello
Ini ketika kami singgah makan satay di Jalan Wahid Hasyim. Kelihatan dalam gambar Ibu Sari dan Kak NorHazizam Posted by Hello
Di Jakarta malam minggu pun jem Posted by Hello
Mall Chitos lagi Posted by Hello
Ini suasana Mall di Jakarta. Tempat ini dipanggil Chitos. Malamnya kami dibawa oleh rakan kami daripada Mizan, Ibu Sari Mutheia. GM Mizan Pustaka Posted by Hello
Arief, aku dan Nazrul. Berlatarbelakangkan jalan raya Kawasan Kemang. Kelihatan kenderaan yang dipanggil bajai ataupun orang kita panggil tut tut Posted by Hello
Aku dan Arief di hadapan salah sebuah Mall di kawasan Kemang Posted by Hello
Suasana di kawasan Kemang. Di kawasan inilah hotel tempat kami menginap Posted by Hello
Lihatlah betapa penuhnya meja makan. Inilah cara hidangan nasi padang. Diletakkannya penuh di atas meja. Mana piring yang dimakan itulah yang dikira. Tapi memang masakannya sedap. Posted by Hello
Singgah makan di Restoran Sederhana. Di Jakarta kami disambut dan dilayani oleh wakil-wakil daripada Mizan Pustaka. Kelihatan bersama aku dan Arief adalah Saudara Bakar, Pengurus Mizan International Posted by Hello
Pemandangan dalam perjalanan daripada lapangan terbang ke Jakarta Posted by Hello
Kami perlu melalui 3 tol sampai sampai ke Metropolitan Jakarta Posted by Hello
Jangan sangka Malaysia je ada tol Posted by Hello

25 June 2005

25 Jun 2005 : Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta

Kapal terbang kami dilambatkan penerbangannya selama hampir setengah jam. Mengapa? Ada beberapa penumpang yang mana sudah mendaftar diri dan bagasinya sudah dimasukkan ke dalam kapal terbang tidak muncul-muncul dalam kapal terbang. Mengikut peraturan udara antarabangsa. Kesemua bagasi bagi penumpang-penumpang yang seumpama itu perlu dikeluarkan sebagai langkah keselamatan. Jadi penerbangan kami bertolak daripada KLIA tepat jam 12 tengahari. Penerbangan ke Jakarta mengambil masa lebih kurang dua jam. Kami tiba di sana jam 2 petang. Alhamdulillah kami selamat dan tiada apa-apa masalah dalam perjalanan. Lapangan Terbang Soekarno Hatta Jakarta tidak secanggih KLIA. Cuma reka bentuknya amat unik dan klasik. Bagi pencinta seni reka rumah pasti menghargainya. Tempat bagasinya, tempat cop passport dan sebagainya masih menggunakan teknologi lama. Kami disambut mesra oleh Pak Deden Ridzwan dan Mas Bakar Al-Fagih. PAk Deden adalah General Manager di Penerbit Hikmah dan Mas Bakar adalah Manager di Mizan International. Kedua-duanya adalah anak syarikat Mizan Publishing House. Kami dijemput dengan menggunakan dua kenderaan. Satunya Kijang ataupun kalau kat Malaysia Toyota Unser dan satu lagi KIA CArnival. Alhamdulillah inilah keselesaan yang kami dapati daripada usaha gigih yang lalu.
Sedang menunggu bagasi semasa di Lapangan Terbang Jakarta

25 Jun : Air Asia

Kami mengambil penerbangan Air Asia. Air Asia ni ibarat sebuah bas ekspress bagi businessman. Tambangnya murah dan efisien. Pengalaman aku naik Air Asia ni, kita boleh lihat gelagat penumpangnya. Kebanyakannya memang usahawan. Dengan PDAnya, smartphonenya. Cuma dalam Air Asia ni tak dapat makan freelah. Walaubagamanapun, makanan boleh dibeli daripada pramugarinya. Apabila diambil kira kos penerbangan dan makan dalam penerbangan Air Asia memang jauh lebih murah daripada penerbangan Malaysia Airlines (MAS). Aku pun berfikir-fikir untuk membawa keluargaku bercuti ke Jakarta tahun hadapan. InsyaAllah jika ada rezeki. Satu lagi, percaya ataupun tidak. Aku bertemu dengan Tuan Haji Mad Sabu, Naib Presiden PAS dalam penerbangan yang sama. Aku pernah buat program yang mana dia menjadi antara panelis ketika di UM dahulu. Dia pun ingat-ingat lupa. Ya lah! Program tu aku anjurkan dalam Karnival Rakan Muda UM tahun 97. Sekarang sudah 2005. Hampir 8 tahun. Lagipun masa berubah dan bentuk fizikal pun dah berubah.

25 Jun 2005 : KLIA

Hisham menunggu kami di KLIA. Kak Nor Hazizam dan Zaharin ke sana menggunakan kereta. Jadual penerbangan kami jam 11.40 pagi waktu Malaysia. Ini bukanlah kali pertama aku ke Jakarta, Oktober tahun lalu aku dan Arief pernah ke sana bagi melawat Indonesian Book Fair yang diadakan di Senayan Convention Centre, Jakarta. Ketika itu kami tidak mengenali sesiapa pun di sana. Memang adventure betul. Cuma suasananya sekarang berbeza. Kami sudah ada rakan-rakan daripada Mizan yang menunggu kami di Lapangan Terbang Jakarta. Dah lain dah. Dulu memang berdikari betul, sekarang dah ada yang nak bawa berjalan. Kami membawa bersama beberapa kotak buku sebagai hadiah kepada Mizan Publishing House. Kesemua buku tersebut adalah antara tajuk-tajuk yang ingin dicadangkan bagi dilesenkan oleh Mizan Publishing House. Sebelum ini sudah ada 8 judul yang mereka minat untuk melesennya daripada syarikat aku, PTS Millennia Sdn Bhd.

25 Jun 2005: Aku ke Jakarta Indonesia

Alhamdulillah! Tanggal 25 Jun 2005, sehari selepas hari lahirku yang ke 28 aku bersama rombongan PTS bertolak ke Jakarta bagi 2 tujuan utama iaitu melawat Pesta Buku Jakarta dan juga membincangkan soal melesenkan karya Indonesia dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Ini khusus buat penerbitan menjelang Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah beberapa tajuk terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd yang berada di bawah pentadbiran PTS Millennia Sdn Bhd (PTS M), syarikat di bawah pengurusanku sudah dipersetujui bagi diterjemahkan ke Bahasa Indonesia. Langkah pertama buku-buku Kumpulan PTS memasuki pasaran Indonesia. Ini gambarku ketika berada di atas ERL menuju ke KLIA. Aku bersama Arief dan Nazrul menaiki keretanya dan memarkir di rumah Wak Aziz, bapa saudara Arief sebelum dihantar ke stesen terdekat oleh Zain, eksekutif Jualan PTS P&D.

24 June 2005

Alhamdulillah Sudah Meningkat Satu Tahun Lagi Umurku

Alhamdulillah! Hari ini aku sudah mencecah umur 28 tahun. Bersyukur kepada Tuhan memberikan aku kekuatan dan redhanya agar aku dapat sampai ke umurku sekarang. Apabila dilihat dan dimuhasabahkan kembali kehidupan aku selama 28 tahun ni. Banyak perkara yang sudah aku lakukan. Daripada zaman aku kanak-kanak, sekolah rendah, menengah, universiti hinggalah ke zaman kerja. Daripada zaman bujang penuh songsang hinggalah ke zaman berumah tangga yang lebih tersusun. Aku berharap kesemuanya ini memberikan sumbangan kepada saham akhiratku. Aku bersyukur aku sampai ke tahap aku sekarang. Namun begitu ini tidak bererti aku akan berhenti ke tahap ini sahaja. Aku akan terus mencabar diriku agar lebih berusaha menjadi yang lebih baik. Bekerjalah seperti hidup seribu tahun lagi, beribadahlah seperti akan mati sekejap lagi. Kepada ayah dan mama, terima kasih di atas kasih sayang yang diberikan kepadaku selama aku hidup di dunia. Banyak yang mereka berikan kepadaku, dan tak mampun aku membalasnya. Mama! Harapanmu untuk melihat anakmu menggapai segulung ijazah InsyaAllah aku akan cuba tunaikan. Namun begitulah aku sedikit masa untuk mengejar cita-citaku. InsyaAllah aku pastikan impianmu menjadi kenyataan. Ayah! Engkaulah orang yang paling penyabar di dunia. Menghadapi kerenah mama dan aku. Walaupun aku tak pernah menyatakan aku sayang padamu, percayalah dikaulah idola hatiku. Kepada isteriku, terima kasih kerana memahami diriku. Walaupun ku tahu engkau kadangkala tertekan dengan kesibukanku, dikau sentiasa menyokongku. Ku doakan agar rumah tangga kita sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat. Memang dikaulah anugerah terbesar kepada ku dan aku amat bersyukur mendapatmu sebagai permaisuriku. Terima kasih sayang. Kepada anakku Iqbal Nu'aim dan yang bakal lahir Februari 2006 ni. Ayah amat gembira dan terharu melihat telatah dan keletahmu. Tak sangka ayah dah jadi seorang ayah. Ayah berharap anak-anak ayah semuanya menjadi insan soleh ataupun solehah. Pejuang kegemilangan Islam, mujaddid fisabilillah. Ya Allah berikanlah rahmat dan keberkatan kepada keluargaku. Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana menjadi rakan dan sahabat yang baik. Menjadi check & balance kepada diriku. Mungkin ada salah silapku, maafkanlah aku. Kadangkala aku terlepas cakap dan terlebih buat. Kesemuanya atas salah dan kelemahan diriku. Kepada staff-staff yang berada dan pernah bekerja di bawah pentadbiranku. Terima kasih kerana sudi bekerjasama denganku. Teruskanlah perjuangan agar kita sama-sama dapat meneruskan perjuangan memandaikan anak bangsa kita dengan bahasa kita. Kitalah barisan yang memastikan pendidikan kita menjadi sehebat bangsa-bangsa lain. Inilah coretanku buat diriku dan semua. Kepada yang sudi melawat blogku ini, terima kasih kerana sudi menyoroti kehidupan ku dan keluarga. Kalau ada salah dan silap mohon maafkan. Jika ternampak apa-apa yang perlu ditegur, tegurlah. Kita sama-sama tergur menegur. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin Ya Rabbal Alamin

21 June 2005

Minggu Yang Memang Sibuk

Fuhh! Minggu ni memang minggu yang paling sibuk di dunia buat diriku. Nak cari masa bagi mengisi blog ni pun perlu dicuri masa pagi. Walaubagaimanapun Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah kerana dapat melapangkan diri hari Sabtu dan Ahad yang lalu bagi menghadiri bengkel Intensif Perbandingan Agama anjuran Islamic Information & Services Foundation. Bengkel ni memang membuka mata dan mindaku mengenai dunia dakwah kepada Non Muslim. InsyaAllah aku akan berkongsi maklumat dengan para pelawat laman ni mengenai tip-tip dakwah yang aku pelajari. Yang paling menarik adalah bengkel mempelajari bible bagi berdakwah kepada orang Kristian. Memang menarik dan pada pandangan aku semua orang yang ingin menjadi pendakwah perlu ikuti bengkel-bengkel sebegini. Aku tak boleh lama sebab nak ke KL kerana ada 3 temu janji penting. InsyaAllah doakan aku sihat bagi berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain.
Antara peserta-peserta yang menghadiri bengkel IIS tu. Posted by Hello

Bengkel Perbandingan Agama Yang Memang Perlu Buat Para Pendakwah

Sesi Forum bersama pengendali bengkel Perbandingan Agama anjuran Islamic Information & Services Foundation. Dari kanan : Brother Lim Jooi Soon, Brother Shah Kirit, Brother Engku Fauzi dan Brother Sofwan (rasanyalah) Posted by Hello

17 June 2005

Melayu Perlu Tolong Melayu

Semalam aku bertemu dengan seorang pakar motivasi yang terkenal di kalangan ibu bapa, guru dan murid sekolah. Beliau ini seringkali memberikan input melalui TV3, RTM dan radio IKIM. Dr. Tengku Asmadi merupakan pengasas kepada idea Motivasi Alihan Pelajar. Setiap minggu dia berikan ceramah kepada para pelajar sekolah, dan boleh dikatakan programnya setiap bulan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Apabila melihat kedatangan di white board di pejabatnya dekat Wisma Belia bersebelahan Wisma MCOBA, boleh katakan setiap minggu sudah penuh. Kehadiran setiap program dihadkan kepada 200 orang sahaja. Alhamdulillah! Seronok apabila melihat seorang Melayu mendapat tempat yang baik dalam masyarakat. Perbincangan kami yang memakan masa hampir 3 jam itu, banyak perkara yang dibincangkan daripada mengenai penulisan buku hinggalah kepada menolong orang melayu. Dr. Tengku Asmadi memang seorang yang tidak lokek ilmu dan sering menolong orang Melayu dalam kesusahan. Dalam perbincangan yang kami buat, tidak pernah dibincangkan soal keuntungan yang dia dapat apabila menulis dengan PTS. Apabila dibangkitkan berkenaan beberapa hal yang aku minta pandangannya, terus dia bagi cadangan bernas dan apa yang boleh dibantu oleh network yang dia ada terus dihubungi orang yang boleh membantu aku. Dalam hal ini memang aku angkat tabik kepada dia. Dia beritahu aku, dalam urusan bisnes ataupun apa-apapun. Melayu ataupun lebih spesifik Islam sesama Islam perlu membantu antara satu sama lain. Jangan menganggap orang lain sebagai saingan. Sebagai contoh, dia semasa zaman muda dia melihat dirinya sebagai lapisan pelapis kepada barisan Dato' Dr. Fadzillah Kamsah, Dato' Dr. Hasan Ali dan Dr. Shukri Abdullah. Kemudian sekarang ada pula individu yang satu masa dahulu menghadiri kursusnya ketika pelajar, sekarang sudah mula membuat program motivasi sendiri. Dan ada ibu bapa memaklumkan dia anak-anaknya, berceramah motivasi sepertimana dia berceramah. Dia amat bersyukur sebab ilmunya digunakan dengan sebaiknya oleh anak didik dia. Pada pandangannyam rezeki adalah daripada Allah, bukan manusia. Jika kita membuat kebaikan keoada orang lain, InsyaAllah ada rezeki yang kita tidak tahu daripada sumber mana yang diberikan Allah. Seharusnya memang Islam sesama Islam perlu bantu membantu. Namun begitu kadangkala kita ni ada PHD (Perasaan Hasad Dengki) yang melampau. Apabila kedai kita bersebelahan dengan kedai orang Islam yang lain. Kemudian orang datang membeli barangan yang tidak dijual di kedai kita, kita kata barangan itu tak ada di kawasan kita itu. Sedangkan di kedai sebelah memang ada barangan itu. Mengapa tidak kita minta orang yang membeli tu pergi ke kedai sebelah dan membelinya di sana. Apabila begitu, bukan sekadar kita sama-sama untung dapat juga kita menjalinkan persaudaraan dan ukhuwwah yang mantap antara satu sama lain. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sudah melancarkan Blue Mosque Maternity bagi mengadakan rangkaian jalinan (network) yang baik antara peniaga Islam. Ini satu pendekatan yang baik bagi memastikan kita sesama Islam dapat membantu bagi menaikkan bisnes orang Islam. Dr. Tengku Asmadi adalah salah seorang penggeraknya di Perak. Aku pun seringkali dijemput oleh setiausaha kerja PPIM, Dato Nazim Johan bagi mengikuti program di bawah Blue Mosque ini. Marilah sama-sama kita menolong bagi memastikan orang Islam seluruh Malaysia berada setaraf dengan bangsa lain di Malaysia dan juga di antarabangsa.

15 June 2005

Buku PTS di DIDIK!

Buku PTS terpampang di DIDIK Akhbar Kanak-kanak Berita Harian. Berita mengenai Tokoh NILAM 2004. E eh! Macam kenal je nama pada buku Cerita-cerita Motivasi Untuk Pemimpin tu, tapi siapa ya?!

13 June 2005

Pendakwah Tidak Boleh Prejudis Kepada Orang Lain

Prejudis ataupun prasangka tidak boleh wujud dalam diri seorang pendakwah. Semasa aku di universiti sering diapi-apikan perasaan prejudis kepada kumpulan yang lain dan yang dianggap tak sama perjuangannya dengan golongan kami. Pandangan kami pada masa itu mereka lain salah hanya kami yang betul. Mengapakah boleh jadi begitu? Pada pandanganku , perasaan prasangka ini wujud apabila kita tak cuba mengenali siapakah sebenarnya orang yang kita prejudis itu. Seperti kata orang 'Tak kenal maka tak cinta' . Tidak mengkaji kebaikannya, tidak menerima kelemahannya, tidak melihat kesilapan kita. Apabila begitu semua orang dilihat sebagai salah, hanya kita sahaja yang betul. Dahulu aku cukup prejudis kepada sesiapa sahaja bergelar selebriti. Tidak kiralah dia itu penyanyi, pelakon, pelawak hatta penyampai televisyen sekalipun. Pada pandangan aku, semuanya berada dalam dunia hiburan/massa adalah kotor. Keadaan ini berterusan hinggalah aku bertemu seorang insan yang mengubah persepsi aku mengenai hal ini. Siapa dia? Dia itulah Nizal Mohamad, selebriti TV3 yang sering kita lihat dalam Malaysia Hari Ini (MHI). Pertama kali aku bertemu dengannya, tahun lepas bagi tujuan diskusi dua hala PTS dan TV3. Ketika itulah baru aku tahu bahawa Nizal adalah seorang pejuang Islam dalam dunianya. Dia adalah seorang aktivis ABIM sebelum memasuki TV3 dan masih lagi seorang pejuang. Beliau membawa angin baru dunia pernyiaran TV terutamanya di TV3. Mungkin ramai sedar beberapa personaliti TV3 terutamanya penyampai MHI yang berubah daripada tidak memakai tudung kepada memakai tudung. Kesedaran-kesedaran ini antara pemangkinnya adalah abang Nizal. Sekarang dia menjalankan kerja dakwah kepada remaja bermasalah melalui Yayasan Ilham Budi yang diasaskannya dengan beberapa orang rakan lain, di antaranya Ogy Ahmad Daud "Abang Nizal! Saya nak buat satu pengakuan dengan Abang Nizal" kata aku padanya. Ketika itu yang hadir bersamaku Arief, GM PTS dan Faris Hasbullah, editor pemerolehan PTS (pegawai promosi PTS sekarang). "Apa dia?" tanya dia. "Sebelum bertemu dengan abang Nizal malam ni, saya cukup benci dengan abang Nizal". Terkejut abang Nizal mendengar pengakuanku. "E eh, awak benci dengan saya? " Seloroh dia. "Ya! Abang Nizal, saya anggap semua orang macam abang Nizal ni kotor. Abang Nizal sudah membuka minda saya mengenai dunia abang Nizal" Nizal Mohamad tersenyum. Lihat, bagaimana persepsi tanpa penyelidikan menghasilkan tanggapan yang salah. Ia takkan berubah selagi mana orang tidak mahu mengkaji. Aku bersyukur menjadi seorang penerbit dan berkawan dengan semua jenis cerdik pandai. Daripada cerdik pandai agama, perubatan hinggalah kepada pakar motivasi Malaysia. Minda aku menjadi lebih terbuka dan memandang dunia dengan lebih luas. Bukannya sesempit aku di UM dahulu. Dahulu aku melihat perjuangan aku sahaja yang betul, rupa-rupanya ada lagi mereka yang lebih betul daripada aku. Mengapa aku kata begitu? Aku betul dalam kampus berdasarkan ilmu aku yang sempit. Betul aku di luar kampus dengan pengetahuan yang lebih luas. Itu bezanya. Kedua-duanya betul tetapi mengikut had kotak yang disediakan. Kalau kotak itu kecil, kecillah betulnya. Apabila ia besar, besarlah betulnya. Tentu ada yang pening. Biarlah mereka pening. Ini yang dikatakan 'Think Out Of The Box' Dalam kata lain, kita perlu berpandangan luas dan membuka minda. Setiap apa yang berlaku, apa yang ingin dibuat perlu dikaji terlebih dahulu tanpa membuat sebarang tanggapan. Apabila kita membuat tanggapan tanpa kajian, kita mungkin membawa dan mendapat persepsi yang salah. Aku menerima satu email daripada dalam kampus yang menyebabkan aku mengeluhsendiri. Kisah lama, pemikiran lama, cara lama masih tetap berlaku sehingga sekarang. Antara organisasi intrakampus dan interkampus masih ada prejudis antara satu sama lain. Satu organisasi mengatakan bahawa ada organisasi lain mencuri ahlinya. Curi? Aku rasa perkataan curi itu tidak boleh diguna. Mahasiswa dalam kampus bukannya bodoh dan sangap. Semuanya boleh menilai baik dan buruk. Apabila ada orang yang memasuki organisasi satu lagi, tentu ada kelebihan berbanding organisasi kita. Jadi betulkan organisasi kita, jangan kata orang lain salah bagi menunjukkan kita betul. Yang lagi aku sedih, kedua-dua organisasi ini adalah pejuang Islam. Mengapa kedua-duanya tidak dapat menerima antara satu sama lain? Tak perlu aku menyebut organisasi mana. Boleh selidiki sendiri organisasi dan pendirian masing-masing. Macamlah satu pihak tu membawa ajaran sesat dan yang satu lagi tak sesat. Ish! Sedih, memang sedih. Perangai lama pejuang Islam masih ada sampai sekarang. Pada pandangan aku, masing-masing ada kelebihannya. Sepatutnya masing-masing saling memperkuatkan, bukannya saling meroboh. Apabila kelebihan dan kelemahan itu digabung, barulah kita lengkap melengkapi. Aku teringat kata-kata naqib usrah aku yang banyak memberikan panduan dan inspirasi kepada aku, Ustaz Anwar Ridzwan Zakaria " Dalam berbincang ataupun mesyuarat, apabila cadangan dan pandangan kita diterima. Beristighfarlah kerana ia akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Bagi pandangan yang ditolak, bersyukurlah kerana kita tidak akan dibebani pertanggungjawaban pertanyaan Allah." Sepatutnya kita sebagai pejuang Islam harus menghayati kata-kata ini. Dalam membawa perjuangan Islam, selagimana ia dalam had Islam. Semuanya benar dan tiada salah. Ia bergantung kepada kreativiti masing-masing membawa perjuangannya. Seharusnya mana-mana yang mempunyai kekuatan dalam sesuatu hal membantu yang lemah, begitu juga sebaliknya. Prasangka atau prejudis tak harus wujud dalam erti perjuangan Islam. Prejudis jugalah yang menyebabkan kita memandang orang agama lain sebagai musuh. Mereka itup bukannya musuh, tetapi mad'u yang memerlukan dakwah kita. Apabila kita ada prejudis, maka keluarlah cerita-cerita pelik hal holy water, lidah hitam dan sebagainya. Ini yang memarakkan api permusuhan antara agama. Masing-masing menuduh agama orang lain cuba merosakkan agama kita. Islam memang betul, dan akan tetap betul hingga hari akhirat. Cuma, bagaimana kita hendak tonjolkan kebenaran dan kecantikan Islam dengan api kemarahan? Tentu mesej dakwah itu tak sampai. Kita akan mendakwa bukannya berdakwah. Sepatutnya api kemarahan itu ditukar dengan kesejukan kasih sayang. Berikan cinta kepada mereka yang bukan Islam, maka mereka mudah tertarik dan hidayah akan mudah turun kepada mereka. Jangan prejudis dan wujudkan prejudis. Mari kembali kepada konsep hikmah dan hasanah. Bersatulah wahai pejuang Islam, kukuhkanlah saf. InsyaAllah Islam akan kembali hebat dan terus hebat. Allahu Akbar!Allahu Akbar!Allahu Akbar! Walillahilhamd!

12 June 2005

Masjid Ar-Rahman Tidak Sehingar Dahulu!

Jumaat lalu, aku singgah bersolat Jumaat di Masjid Ar-Rahman, Lembah Pantai. Ia bersebelahan dengan pintu masuk ke Universiti Malaya. Aku berjalan di gerai-gerai tepinya yang tetap seperti dahulu. Mungkin agak besar dan barangannya lebih banyak berbanding dahulu. Gerai-gerai makan pun makin besar dan pelbagai jenis juadah tersedia buat pengunjung Jumaat. Barang-barang seperti minyak atar, jam-jam tiruan, ubat-ubatan, taufufah kegemaranku dan banyak lagi juga menggamit sesiapa sahaja yang lalu lalang di situ. Inilah Masjid Ar-Rahman yang mempunyai sejarah panjang. Sepanjang usia perjuangan gerakan mahasiswa di Malaysia. Masjid ini menyaksikan pelbagai demonstrasi diadakan. Daripada demonstrasi (demo) Kriket Israel hinggalah ke Kerinchi Link. Aku pernah terlibat dalam demo-demo tersebut dan yang paling tak boleh dilupakan adalah demo menghalang kehadiran pasukan kriket Israel ke Malaysia. Teringat pedih mataku disimbah gas, sorakan Allahuakbar, suasana huru hara porak peranda FRU mengejar orang ramai, pintu pagar Universiti Malaya dikunci menghalang orang memasukinya. Kenangan-kenangan ini mengajar gerakan mahasiswa erti kematangan, erti perjuangan, erti jihad. Peristiwa-peristiwa inilah yang memandu idealis mahasiswa dan apakah hala tuju perjuangannya. Namun begitu Masjid Ar-Rahman tidak sehingar dahulu. Tiada lagi jeritan laungan AllahuAkbar. Tiada lagi himpunan-himpunan menjana harapan. Tiada lagi FRU bengis menjaja cota. Mahasiswa sekarang tidak seperti dahulu. Adakah sudah hilang taring idealisme mahasiswa? Ke manakah semangat juang mereka memperjuangkan isu-isu rakyat. Adakah ini yang dikatakan matangnya mahasiswa ataupun hanya JUMUD pengertian terbaik? Entahlah, aku terharu apabila mengenang kembali bezanya dahulu dan sekarang. Adakah harapan, hingar Masjid Ar-Rahman seperti dahulu lagi. Entahlah!

09 June 2005

Gerakan Islam Menolak Intima' Diri Yang Melulu dan Didorong Oleh Semangat...

Semasa aku dalam kampus, para pendokong erakan Islam amat digalakkan menjadikan karya Fathi Yakan, "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?" terjemahan Ustaz Alias Othman sebagai rujukan utama. Pagi ini selepas aku menyelesaikan tugasan menyemak laman-laman web kelolaanku Fomula Cemerlang dan Dr. Cinta seawal jam 5 .30 pagi. Aku mengambil buku tersebut dan meneliti kembali isi buku tersebut. Ada satu bahagian yang menarik dalam buku yang menyatakan bahawa "Gerakan Islam juga menolak intima' (penggabungan) diri yang dibuat secara melulu yang didorong oleh semangat, kerana Islam adalah cara hidup yang tegak di atas kefahaman tertentu tentang alam insan dan kehidupan, juga kerana beramal untuk Islam adalah bermatlamatkan untuk melaksanakan method hidup yang dikehendaki oleh Islam dalam masyarakat, pelaksanaan yang lahir dari kefahaman, ketelitian dan secara objektif." Letih juga membacanya sebab takdak titik. Ni kalau sampai kat PTS ni memang nak kena cincang balik ni (Jangan marah ye Ustaz Alias). Aku taknak komen penyusunan ayat ini, itu kerja editor. Yang aku ingin bawakan mengenai intipati ayat ini. Sebagai seorang pejuang Islam kita bukannya berjuang kerana semangat, tetapu disebabkan oleh kefahaman Islam itu sendiri. Apabila hanya semangat sahaja ada, kefahaman tiada kita takkan ke mana-mana. Jadi dalam menjadi seorang pendokong perjuangan Islam kita perlu banyak mengkaji dan meneliti. Selidiki keperluan insan dan Islam. Selarikan apa yang Islam inginkan dengan panduan yang diberi kepada manusia. "kefahaman tertentu tentang alam insan dan kehidupan" yang disebut di atas kadangkala tidak diambil perhatian. Dalam menjadi pendakwah dan penggerak perjuangan Islam, faktor ini amat penting. Dalam kata lain sebagai pendakwah kita perlu fahami psikologi manusia itu. Apa yang diperlukan, apa yang diinginkan, apa yang didambakan. Apabila kita memahaminya barulah kita dapat memandu mereka ke jalan yang betul tanpa mewujudkan prejudis kepada mereka. Apa saja jalan dakwah yang dibuat, kita perlu mengikut 'pipeline' Islam. 'Pipeline' Islam ini sebenarnya luas. Namun begitu kadangkala ada yang cuba mengecilkannya. Islam agama yang mudah dan untuk semua. Jangan jadikannya susah dan untuk 'kita-kita aje'. Selagi mana perjuangan Islam itu mengikut 'pipeline' yang ditentukan ia tak menjadi masalah. Itulah yang dikatakan Bil Hikmah dan Bil Hasanah. Aku masih lagi cuba mengunyah kata-kata harapan Tuan Guru Dato' Hj. Nik Aziz Nik Mat kepada kepimpinan baru yang dilihat dapat mengubah cara perjuangan PAS. Menjadikan PAS adalah gerakan Islam yang mendekatkan bukan Islam kepada Islam. Bercerita keindahan dan kecantikan Islam kepada semua. Banyak menjalan dialog kepada Non Muslim. Inilah yang aku perjuangkan selama ini, mendekatkan bukan Islam kepada Islam. Namun begitu ramai yang masih prejudis dan melihat apa yang diperjuangkan itu hanya retorik. Yakin dan percaya apabila orang bukan Islam tahu apa itu Islam, bukan sekadar mereka tertarik dengan Islam, tetapi juga menyokong Islam. Semoga sinar hidayah menusuk ke kalbu mereka selepas itu. Suasana politik sekarang menyebabkan kita ini menjauhkan bukan Islam kepada Islam. "Dalam Islam pun berpecah, bagaimana nak kata Islam itu cantik!" ini antara tanggapan yang diberikan apabila melihat perpecahan antara Melayu, kaum terbesar di Malaysia disebabkan politik. Kaum yang mewakili Islam di tanah air ini. Mengapa kita tidak buang prejudis dan buruk sangka kita serta bersatu dalam hal berkaitan Islam. UMNO dengan caranya, PAS dengan caranya. Yang lain mengikut di belakang. Itu yang kita perlu betulkan. Aku teringat salah satu kata-kata Dato' Nik Aziz satu masa dahulu. "Kalau UMNO ikut cara Islam, kita bubarkan PAS". Maksudnya jelas perjuangan kita adalah Islam bukannya PAS ke UMNO ke. Jadi marilah kita kasih mengasihi dan tegur menegur antara satu sama lain dengan Hikmah dan Hasanah. "Demi masa! Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Saling berpesan-pesan dengan KEBENARAN dan saling berpesan-pesan dengan KESABARAN" (Al-Asr: 1-3)

08 June 2005

Berjuang Kerana Islam Bukan Kerana...

Aku tertarik apabila membaca wawancara Utusan Malaysia dengan Tuan Guru Dato' Hj. Nik Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS juga Menteri Besar Kelantan. Antara intipati yang menarik hati aku adalah semua pejuang dalam PAS perlu jadi pejuang Islam bukannya pejuang PAS. Bagi aku, ini dapat membetulkan balik persepsi dan minda para pejuang kita mengenai apa sebenarnya erti perjuangan mereka. Ramai yang terlupa apakah objektif perjuangan mereka disebabkan asabiyyah berpersatuan ataupun berorganisasi. Apabila begitu kita semua mendabik dada, kitalah yang benar dan orang lain salah. Apabila kita mempunyai niat yang betul, dan jelas objektif kita. Maka kita akan mengikut prinsip sebenar perjuangan. Meraikan perjuangan orang lain yang sinonim dengan kita. Islam adalah agama perpaduan dan tidak membenarkan perpecahan. Islam juga agama Hikmah dan Hasanah yang meraikan perbezaan pendapat asalkan tidak lari daripada ajarannya. Marilah kita berfikir dan membuka minda, mengkaji semula perjuangan dan niat kita. InsyaAllah ada redha Allah di situ

07 June 2005

Di Manakah Letaknya Bahagia?

Jumaat baru-baru ni aku duduk bersama mentorku, Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah di pejabatnya menguruskan projek terbaru kerjasama PTS M dengan beliau. Dalam perbincangan itu kami ada berbincang mengenai pengertian bahagia. Dato' mengambil kata-kata seorang deejay radio yang berbunyi "Jangan dicari bahagia, kebahagiaan itulah pintunya". Pelikkan bunyinya. Bahagia wujud pada bahagia, tanpa bahagia tak wujud bahagia. Lagi pening! Bahagia wujud di dalam diri dan berlaku pada realiti hidup kita sekarang. Kita boleh berbahagia apabila kita merasai kewujudannya dalam realiti sekarang. Maksudnya apa? Dalam hidup dan diri kita sudah ada bahagia itu, cuma bezanya kita merasainya ataupun tidak. Bahagia wujud apabila kita menghargai apa yang kita ada sekarang. Jangan pula kita menjadikan faktor bahagia itu perkara yang kita tak ada. Sebagai contoh kita berkata "Engkau takpalah bahagia sebab engkau ada rumah besar, kereta besar, isteri cantik" Tanya balik, adakah kita bahagia apabila mendapat semua perkara itu? Kalau ya pun, berapa lama kita ambil masa bagi mendapatkan semua itu? 10 tahun, 11 tahun, 20 tahun? Jadi dalam tempoh masa tu adakah kita tidak bahagia? Prof. Dr. HAMKA dalam bukunya Tasauf Moden, bahagia ini amat subjektif. Ia mengikut apakah definisi individu mengenai bahagia. Dan tiada definisi spesifik mengenai bahagia. Bagi orang miskin, definisi bahagianya kaya. Bagi orang cacat anggota badan, definisi bahagia mendapat kembali anggota badan. Islam menggariskan kebahagiaan dengan mudah. Apabila melihat mengenai perkara dunia, lihatlah kepada yang lebih susah daripada kita. Maka kita akan merasa bahagia dengan apa yang kita ada. Namun begitu dalam urusan akhirat, perlu lihat yang lebih hebat. Barulah kita berusaha lebih. Carilah bahagia dalam apa sahaja yang kita ada.

06 June 2005

Pelancaran 2 Buku PTS Millennia di MPH Alpha Angle Wangsa Maju

5 Jun 2005, Ahad jam 3 hingga 5 petang diadakan majlis pelancaran 2 buku Pantun & Gurindam untuk Majlis Rasmi dan Perkahwinan dan Koleksi Pantun Buat Majlis Persandingan yang diterbitkan bawah PTS Millennia Sdn Bhd diadakan di MPH Alpha Angle Wangsa Maju. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Sasterawan Negara A.Samad Said sebagai perasmi. Pelbagai acara diadakan antaranya persembahan bacaan gurindam En. Arifin Said, penulis bersama kedua-dua buku, bacaan sajak Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said dan nasyid daripada anak-anak Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak. Alhamdulillah pelancaran buku berjaya. Tahniah buat perancang utama program Ustaz Faris Hasbullah dan konco-konconya.
Alhamdulillah acara sudah selesai Posted by Hello

Perarakan Masuk Kedua-dua Buku! Bukan Mempelai!

Berarak anak membawa dulang, pemenuh acara majlis gemilang Posted by Hello

Deklamasi Sajak Dato' A. Samad Said Mempesona Hadirin

Hadirin ramai terpesona mendengar kata puitis Sasterawan Negara

Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said Perasmi Majlis Pelancaran Buku PTS Millennia

Dato' A Samad Said perasmi acara, membuka minda semua, warisan bangsa Melayu zaman berzaman, semoga kekal ke masa hadapan.

Pemula Perjuangan PTS Turut Hadir, Juga Penulis Bersama

Turut kelihatan Prof. Abdullah Hassan dan Puan Ainon Mohd

Ariffin Said Bermadah Berseloka Bergurindam Berpantun

En. Arifin Said antara penulis bersama buku.

Bacaan Doa oleh Saudara Nazrul Samsudin

Doa barakah redha ilahi, semoga majlis sentiasa diberkati

Para VIP Majlis

Tetamu kehormat bertandang menyeri majlis gilang gemilang

Pengacara Majlis Pemeriah Suasana

Dua beradik pengacara majlis menyampai pantun penyeri majlis