29 March 2005

Daku bersama mentorku Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah yang banyak memberikan semangat kepada perjuangan ku. Orang yang pada pandanganku antara yang paling positif di Malaysia Posted by Hello
Aku bersama mentorku Dato' Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah. Seorang yang baik dan paling positif pernah daku jumpa Posted by Hello
Dato' dalam aksi tersendiri. Ini masa sesi brainstorming antara kami Posted by Hello
Ini sesi saya dan Naim bertemu dengan Dato Dr. Fadzillah Kamsah semalam. Perbincangan mengenai buku yang ingin diterbitkan di bawah brand Dato' FAdzillah Posted by Hello

27 March 2005

Keretaku yang sederhana harganya dan kereta lotus yang mahal harganya. Aku rasa aku lebih memilih keretaku sebab dia boleh bawak lebih ramai orang dan lebih banyak barang Posted by Hello
Cantik memang cantik, mahal memang mahal. Tapi satu je yang tak best, hanya boleh duduk dua orang je Posted by Hello
Dakupun taknak melepaskan peluang ini. Gambar ini diambil baru sebentar tadi semasa kami singgah di McD Genting Sempah dalam perjalanan balik dari kampung Posted by Hello
Ummu Nuaim & Nuaim di sebelah kereta berharga suku juta. Lotus Elise, antara kereta terbaik dunia. Milik Proton, syarikat Malaysia Posted by Hello
Jendela berjaring besi. Mana ada dah rumah macam ni sekarang. Unik dan hebat Posted by Hello
Lihatlah ukiran awan larat di bumbungnya. Aku ingat apabila dah tua dan ada duit sikit. Aku nak buat sebiji rumah kampung sebegini Posted by Hello
Inilah rumah warisan turun temurun keluargaku sebelah Bukit Aping. Sekarang ia diduduki oleh Toksu ku. Seni binaannya memang klasik habis Posted by Hello
Ummu Nuaim memberikan kasih sayang kepada anak ayam yang dahagakan belaian ibunya. Sungguh pengasih Ummu Nuaim Posted by Hello
Nuaim menunjuk ke arah anak ayam. Kok..Kok..Kok! Itulah bunyi yang keluar daripada mulut manis anakku ini Posted by Hello
Inilah nenek Nuaim, merangkap maktok kepada isteriku dan juga maktok saudara aku. Suaminya dan maktokku dua beradik. Ini menjadikan daku dan isteriku dua pupu Posted by Hello
Anak ayam yatim piatu, kasihan dia ye! Posted by Hello
Pokok durian nan sebatang. Suasana di ladang durian antara yang terbaik di negeri Kedah. Anugerah diberikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah Posted by Hello
Nuaim sedang menukar saluran televisyen, Ummu Nuaim merenung suasana kampungnya yang sudah lama tidak dikunjunginya. Posted by Hello
Nuaim di rumah Neneknya di Bukit Aping, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Neneknya merangkap MAktok kepada Ummu Nuaim dan juga merangkap Nenek Saudara ku. Posted by Hello

24 March 2005

Daku terkejut apabila diberitahu oleh salah seorang guru bahawa 5 daripada setiap pelajar dalam satu darjah adalah buta huruf. Siapa harus disalahkan? Pelajar? Ibu Bapa? Guru? Bangau oh bangau mengapa engkau kurus..... dan habiskan nyanyi Posted by Hello
Demi Masa! Manusia dalam kerugian, kecuali berbuat amal soleh. Saling berpesan-pesan dengan kebenaran, saling berpesan-pesan dengan kesabaran. (Al-Asr) Posted by Hello
Ini gambar yang daku ambil semasa Talk yang kendalikan oleh sahabat lama aku, Mohd Fitrri Shukri di SK Janda Baik semalam. Apakah masa hadapan mereka di negara kita ini cerah ataupun gelap sepertimana 80 ribu penganggur daripada kalangan graduan U? Masa akan menentukan Posted by Hello

21 March 2005

Isteriku, anakku dan 'Aum!!' yang Nuaim kacau semalam Posted by Hello
Anak aku yang sukakan harimau model Maybank. Dia ni berani sungguh. Orang lain ada juga takutnya. Inilah anakku Posted by Hello
Beliaulah orang yang berjaya membawa saya masuk ke dalam PTS dengan satu perbuatan dan perkataan. Salah satu kata-kata beliau yang sehingga hari ini takkan lupa. Ketika itu saya masih lagi pelajar tahun 1 Kejuruteraan Letrik UM. Saya masa tu sudah memegang jawatan sebagai Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 1997/98. Kata-katanya "Saudara! Saudara adalah seorang pemimpin, banyakkanlah 'social insurance'. Social insurance saudara adalah banyakkan kawan. Kita tidak tahu apa yang akan jadi kepada kawan-kawan kita sepuluh tahun akan datang. Mungkin jadi businessman, lawyer, menteri dan sebagainya. Mereka inilah yang akan membantu saudara di masa hadapan". Kata-kata tersebut sudah dibuktikan sekarang. Posted by Hello
Inilah Bonda PTS, Puan Ainon Mohd. Beliau menyampaikan bagaimana ingin menjadi penulisa berjaya Posted by Hello