20 March 2005

JODOH PERLU DICARI

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini aku nak ambik masa sikit untuk berblog. Lepas ni aku nak terus ke MPH Alamanda Putrajaya bagi pelancaran buku besar-besaran Kumpulan PTS. Sesiapa sempat bolehlah bersama kami di sana. Semalam aku seharian berjalan bersama isteri, Nuaim dan Fatimah (Senior Editor merangkap kawan SeKARISMA Isteriku) ke sebelah Selatan. Kami menghadiri kenduri kahwin kawan serumah Isteriku di sana. Dalam perjalanan tersebut aku ditemani suara mentor saya Dato' Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah Al-Jawa i. (Maaf Dato'). Dia memberitahu mengenai perlunya mencari jodoh. Pelbagai ayat orang lama yang kita dengar "Jodoh pertemuan di tangan Tuhan""Kalaulah jodoh tak ke mana""Takkan lari gunung dikejar" dan banyak lagi. Ini semua ayat-ayat yang menjadi pegangan masyarakat kita. Semuanya ayat subsidi. Kita takleh menafikan memang jodoh Tuhan dah tentukan. Namun begitu adakah ia akan datang tanpa berusaha? Adakah memang Tuhan nak kita ni jadi masyarakat subsidi hinggakan kita hanya perlu menunggu sahaja semua Tuhan bagi. Ini yang tidak betul! Jodoh tidak akan datang tanpa berusaha. Kita perlu menjadi orang yang mencari jodoh. Baik lelaki baik perempuan. Bagaimana nak mencari? Itu kena guna kepandaian dan strategi sendiri. Pada masa dahulu, kita tidak banyak masalah ANDALUSIA (anak dara lewat usia) sebab ibu bapa banyak berperanan dalam menentukan jodoh anak-anaknya. Dalam zaman terkini, ibu bapa sudah melepaskan tanggungjawab mencari jodoh ini kepada anak-anaknya. Dan ini yang anak-anak kurang sedar ataupun tak sedar bahawa mereka bertanggungjawab menentukan jodohnya. Saya pernah bersembang dengan salah seorang sahabat saya yang juga seorang penulis di PTS, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom seorang pakar psikiatri yang juga Ex-Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM). Ini pun mentor saya dalam perjuangan. Dia kata begini " Fauzul, semasa kelahiran anak-anak perempuan saya, saya akan terus berdoa agar mereka ini dipermudahkan mendapat jodoh. Sekarang ini kita bukannya kekuarangan lelaki tetapi kita kurang lelaki baik. Jadi kita perlu berdoa agar mereka ini mendapat lelaki yang baik" Jadi kawan-kawanku, mari kita cari joran dan mata kail terbaik untuk mencari jodoh. Lupakan pepatah lama "Perigi mencari timba" dan sebagainya. Mari kita cari lubuk dan ikannya. Namun begitu satu persoalan. ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENDAPAT JODOH? ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENERIMA CINTA? Fikirkanlah sendiri

1 comment:

Angie said...

andalusia? wei, perkataan sensitip tu...takper, tak terasa, kite awet muda. hang dok promote pompuan jer ha, takdak ka kawan laki hang? kot kot la kawan-kawan pompuan adik badik belah sini buleh isi borang sama. hang nak blog hang ni jadi portal cari jodoh ka? mcm idea besh tu.