23 April 2005
Perjuangan Oh Perjuangan...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur muncul lagi. Ini adalah tahun keempat pihak PTS menyertai pesta buku di Putra World Trade Centre (PWTC) ini. Seingat aku daripada tahun pertama PTS mengambil satu booth takdak buku, tahun kedua satu booth mula nampak buku, tahun ketiga dua booth dah mula penuh dan tahun ini tiga booth juga makin berlambak buku. Alhamdulillah itulah hasil perjuangan murni PTS. Dahulu semasa tahun pertama daku di dalam PTS, sesiapa melihat PTS semuanya senyum sinis. Ada banyak faktor yang menyebabkan begitu :
Faktor 1
Mereka melihat PTS ini membuat kerja gila, sebab menerbit buku-buku ilmu Melayu yang pada pandangan umum tiada market value. Kata mereka tak lama PTS ni, tengoklah setahun dua lagi pasti tutup
Faktor 2
Mereka melihat para eksekutif masa tu semuanya muda-muda. Takda pengalaman dalam dunia penerbitan buku. Macam aku pada masa tu, dahlah budak'engine' tak habih mengaji. Pegi jumpa diorang heret satu beg hitam dan naik motor kapcai.
Faktor 3
Mereka melihat PTS sebagai penerbit picisan sebab kecik, kata diorang PTS tak mampu nak menerbitkan buku-buku profesor sebab kecik. Seingat aku satu peristiwa pada tahun pertama bersama PTS, aku mengejar satu appointment di Universiti Malaya. Dahlah naik kapcai, hujan lebat, basah kuyup dan buku-buku yang ada dalam beg pun basah. Harapan menggunung untuk mendapat manuskrip bagi tujuan penerbitan. Apabila masuk sahaja ke dalam bilik seorang perofesor, dengan pandangan sinis dihalau keluar daripada bilik sebab dikatakan kami memang tak layak untuk menerbit karyanya sebab dia mempunyai karya yang pasti hit. PTS penerbit kecik dan picisan. Masa tu, sebak tuhan sahaja yang tahu.
Itulah realiti hidup, Alhamdulillah berkat kesabaran semua tenaga di dalam PTS, kami mengorak langkah. Dengan tekad memperjuangkan Bahasa Melayu untuk memandaikan bangsa sendiri dan memastikan input Islam sebagai bahan panduan utama umat manusia. Sekarang PTS sudah mula menjadi sebutan di kalangan penulis, pembaca, penerbit dan penjual buku. Rak-rak buku Melayu di kedai-kedai buku besar Malaysia seperti MPH, Kinokuniya, Popular, Rhythm dan yang terbaru Borders sudah dimasuki oleh buku-buku PTS.
Tahun pertama, kedua dan ketiga PTS hanya ada satu anak syarikat sekarang sudah ada empat, dahulunya staf hanya enam orang sekarang sudah ada dua puluh lapan. Itulah nama perjuangan, selagi kita percaya kita membuat perkara baik. InsyaAllah Tuhan memberikan kejayaan dan keredhaanNya. Yakinlah bahawa itu memang janji Tuhan.
Sekarang ini PTS sudah dijemput-jemput masuk ke dalam bilik pensyarah, dalam maktab, IPT dan sebagainya. Sekarang penulis sudah tersenyum kepada PTS berbanding menyinga apabila PTS bertemu. Hai Perjuangan Oh Perjuangan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
PTS setahu saya buku2 dia cover sgt menarik, lain dari yg lain. nampak exclusive. isi pun berani. penulisan merangkumi pelbagai bidang. tak nampak mcm buku text book walaupun kebykn buku2 adalah sama tajuk mcm textbook sekolah. tak tahu pulak PTS ni sykt kecik. yg saya nampak dari cover buku, tajuk buku, isi buku, PTS mcm buku bertaraf international.
Terima kasih di atas komen membina ini, ia memberikan semangat meneruskan perjuangan ini. InsyaAllah pihak PTS akan berusaha menaik taraf lagi produk di bawahnya. Terima kasih sekali lagi
Excellent, love it! Sale nexium Spam blocker k9 Plastic surgery mistakes connecticut Ii want to see the effexor rx tablet Swimwear calender breast enlargement malpractice and negligence law enforcement Low bad cholesterol and loose weight Acne races 345 tires My57 diet pill fire alarm wire How to lose unwanted arm fat
Post a Comment