27 April 2005

Inferiority Complex.... Aku Pun Dulu Macam tu...

Ada adik-adik mentee aku bercerita berkenaan inferiority complex ataupun dalam bahasa Melayunya rasa rendah diri yang amat sangat. Aku teringat kembali masa aku muda-muda (masih muda lagi sekarang ni), masa aku berada di tingkatan satu hingga tingkatan lima. Masa tu aku sendiri tak mengenal apa itu estim diri dan motivasi. Tak pernah aku baca buku berkenaan meningkatkan diri dan sebagainya. Naif betul aku masa tu. Pada masa tu aku melihat kawan-kawan aku lain mempunyai banyak kelebihan. Hensem, badan tough, glamor, banyak kakak angkat, banyak adik angkat, banyak awek angkat (ada ke istilah tu?) dan pelbagai keistimewaan lagi. Aku pula gemuk, tak pandai bercakap, tak berkepimpinan, takdak peminat, hodoh, tak hensem dan sebagainya. Perbandingan yang dijadikan kayu ukur ni menjadikan aku merasa amat rendah diri. Apabila melihat kelemahan diri tersebut aku selalu bertanya kepada Tuhan, adakah aku ni tak layak menjadi seperti mereka. Pada masa itu pula ramai kawan-kawan aku yang diberikan jawatan pelbagai. Ada yang dilantik menjadi pengawas, ketua kelab, ketua persatuan dan banyak jawatan hebat lain. Aku? Aku mana adalah pegang jawatan. Paling tinggi pun ketua unit je. Pada masa itu pelbagai persepsi negatif kepada keadaan dan takdir. Namun begitu, aku berusaha untuk buktikan bahawa aku sebenarnya boleh sama dengan mereka. Aku berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran, main bola keranjang untuk sekolah dan pelbagai lagi. Namun begitu masih tak menjadi. Aku tetap tidak dipandang oleh mereka. Aku cuba mengubah pendirian aku selepas habis SPM, semasa transisi zaman persekolahan daripada Sekolah Menengah Sains Machang ke zaman praU, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Aku ingin mengubah diri aku. Ketika itu aku berfikir untuk membuat keputusan bagi kemasukan ke U. Aku menilai dan mencongak di Universiti mana aku nak sambung belajar. Borang UPU masih tidak di isi. Kemudian aku melihat satu artikel mengenai seorang bekas tokoh pemimpin mahasiswa yang hebat iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Artikel tersebut membakar semangat aku, dan aku memilih untuk masuk ke Universiti Malaya. Pada masa itu ramai kawan aku yang tak mahu masuk UM. Kata diorang susah nak masuk UM dan kalau masuk memang mudah nak kena tendang. Sejarah silam memang begitu. Ah! Aku kata, ini cabaran kepada diri aku. Terus aku memilih UM sebagai pilihan pertama dan Alhamdulillah aku dapat masuk ke sana. Dua minggu selepas minggu orientasi (kami panggil Minggu Haluan Siswa), aku didatangi oleh seorang abang senior yang merupakan titik perubahan kepada diri aku. Ia menjadi salah satu faktor penggalak kepada aku sekarang. Nak tahu lanjut? Tunggu........