26 April 2005

Bengkel Training Of Trainers Modul Kesihatan Reproduksi Remaja.... Aku nak jadi trainer berjaya dalam bidang ni

Ini semasa aku menghadiri TOT Modul Kesihatan Reproduksi Remaja anjuran Wanita JIM pada 23 dan 24 hb. April lalu. Dr. Harlina Halizah Siraj sedang memberikan input di hadapan. Ini program pertama aku selepas menjadi ahli JIM. Aku sudah bertekad untuk berjuang atas platform ini disebabkan ia selari dengan apa yang aku ingin lakukan iaitu dakwah. Selama ini aku mencari platform yang betul-betul memenuhi tujuan ini. Selama ini aku berperang dengan diri untuk berjuang. Semasa aku menjadi ahli Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) aku sering berperang pendirian dan pemikiran. Aku nampak bahawa PMIUM tidak mementingkan dakwah kepada muslim dan Non Muslim. Semasa aku menjadi Pengerusi Biro Perpaduan dan Kemasyarakatan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 97/98 aku menganjurkan beberapa program besar bagi mendekatkan diri PMUM dan PMIUM dengan masyarakat. Tujuan utamanya adalah dakwah. Pendakwah tidak boleh hanya sekadar berada dalam kelompok sendiri. Tentu ada yang marah dengan pernyataan ini. Itu realiti yang perlu ditelan oleh semua ahli. Tidak ada satu modul pun dalam usrah PMIUM yang bercakap mengenai dakwah Non Muslim. Kebanyakannya hanya bertujuan meraih sokongan. Ini menyebabkan aku membawa beberapa pendekatan baru semasa aku menjadi Exco MPMUM 97/98. Ini membawa satu konflik antara aku dengan kepimpinan PMIUM masa tu Zaharudin Abdul Rahman. Hinggakan aku tidak dipilih lagi bagi sesi kedua walaupun aku masih lagi layak sebab aku baru tahun dua masa tu. Bukanlah aku kecewa tidak terpilih. Ia bukan perjuangan aku. Kalau sekadar nak jadi ketua banyak lagi tempat lain. Apa yang aku kesalkan kerana pandangan yang berbeza boleh menyebabkan cantas mencantas. Lebih kurang sama aja dengan politik UMNO. Jadi aku rasa JIM adalah wadah yang terbaik bagi aku. Selama aku membuat kajian kepada gerakannya, selama aku muhasabah diri. Aku mendapatkan banyak pandangan daripada sahabat-sahabat terutamanya mereka yang membuat dakwah. Aku berkawan dengan Dr, Danial, Kak Har (Dr. Harlina), Prof Hatta dan beberapa tokoh dalam JIM. Aku rasa ini jiwa aku. Dan aku sudah memilih. Namun begitu perjuangan aku dalam jemaah dulu masih aku teruskan. Jangan susah hati rakan-rakan seperjuanganku. Aku tetap teruskan selagi ada hayat dan selagi nadi berdenyut. Posted by Hello

5 comments:

Angie said...

hang dah convert JIM rupanya fauzul... double platform ka? takkesah la.. asalkan kerja2 dakwh berjalan..lagi satu, awat bubuh nama depa depa tu terang-terangan? tak bahaya ka?

abuiqbalnuaim said...

Menggunakan dua platform ni dah diamalkan sejak dulu lagi. Banyak ahli-ahli PAS juga ahli JIM, begitu juga sebaliknya. Jadi tiada sebarang conflict Of Interest sebab masing-masing berjuang untuk Islam dan berlainan cara. Nak takut apa nak bubuh JIM, JIM bukannya JI. Nak bahaya sebab apa? JIM adalah pertubuhan yang sah dan memang ditubuhkan untuk tujuan dakwah. Jadi tak perlulah nak takut melampau.

Angie said...

yg dila kata bahay atu sbb hang dok bubuh nama senoir2 kita terang-terangan. bukan bahaya join jemaah tu.
pasal join double platform tu biasa la, dila skrg lebih prefer perkenalkan diri sbg ahli IIS (islamic information services), dakwah kepada non muslim dan islah kepada yg dah sedia muslim.
asalkan matlamat sama, tapi cara skit berbeza, kira ok la.

Angie said...

p/s: byk kesilapan ejaan dlm dilah nyer typing, sori, mata rabun..hehe

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. northwest airline com Venlafaxine hcl energy Wfree baccarat system Bondage directory.com Bicyclette peugeot Swingers group sex cuckold Please cum on my face buy levitra online free pics bdsm Ventless stackable washer dryer Filthy mom blowjob Web+cam+software lexapro beer