21 March 2005

Isteriku dan anakku. Keduanya membuat aksi yang berbeza. Tanpa melihat kepada kamera. Posted by Hello
Gambar kami sekeluarga, aku dan Kak Pah. Buat memori bersama di Alamanda Putrajaya Posted by Hello
Anakku dan anak Kak Pah berseronok dalam kereta dua stereng. First Time aku tengok kereta dua stereng. Gembira sunggu mereka berdua. Posted by Hello
Ini Sudin yang ku katakan tu. Memang tuhan dah bagi brainwave yang sama untuk kami bertemu di sini selepas setahun lebih tidak bertemu. Posted by Hello
Ini Kak Pah, Kakak angkatku yang terbaik di dunia. Dia nilah yang banyak memberikan aku perangsang semasa aku di MPP dahulu. Semasa orang lain meletakkan aku di bawah, dia nilah yang membantu aku bangkit meneruskan perjuanganku. Terima kasih kak! Jasamu ku kenang sampai bila-bila. Dia alhamdulillah bahagia di samping sahabatku Sudin. Diorang berdua ni pernah jadi AJK projek aku dulu dan bertemu jodoh di situ. Sudah beranak dua. Posted by Hello
Ramai juga hadirin yang menyinggah ke tapak program kami hari semalam. Alhamdulillah! Posted by Hello
Eh eh! Itu nampaknya macam kenal ye. Ini masa aku mengendalikan forum Remaja Aktif di Alamanda Putrajaya. Yang sedang memberi ceramah, Saudara Ahmad Fadzli Yusoff penulis prolifik yang menghasilkan buku terlaris PTS, 55 Petua Orang Berjaya. Di sebelah kiri aku, Saudara Ahmad Naim Jaafar, juga seorang penulis yang prolifik. Kedua-duanya adalah diibaratkan Siti Nurhaliza Kumpulan PTS. Posted by Hello
Inilah produk terbaru syarikatku ReAktif (Produk Remaja Aktif). Ia direka khas untuk memenuhi citarasa pembaca di kalangan remaja Posted by Hello
Buku-buku PTS yang mendapat display baik di sana. Eh? Macam ku kenal nama yang tertulis pada buku di rak paling atas. Tapi di mana ya? Posted by Hello
MPH Alamanda Putrajaya. Di hadapannya lah berlangsung program semalam. Posted by Hello
Staff-staff PTS sedang meniup belon bagi perhiasan tempat. Pam Noorol pam! Yang seronoknya budak-budak Posted by Hello
Persiapan tempat sebelum bermulanya majlis di MPH Alamanda Putrajaya. Semua orang bekerjasama, yang dalam PTS dan yang luar PTS Posted by Hello

20 March 2005

JODOH PERLU DICARI

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini aku nak ambik masa sikit untuk berblog. Lepas ni aku nak terus ke MPH Alamanda Putrajaya bagi pelancaran buku besar-besaran Kumpulan PTS. Sesiapa sempat bolehlah bersama kami di sana. Semalam aku seharian berjalan bersama isteri, Nuaim dan Fatimah (Senior Editor merangkap kawan SeKARISMA Isteriku) ke sebelah Selatan. Kami menghadiri kenduri kahwin kawan serumah Isteriku di sana. Dalam perjalanan tersebut aku ditemani suara mentor saya Dato' Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah Al-Jawa i. (Maaf Dato'). Dia memberitahu mengenai perlunya mencari jodoh. Pelbagai ayat orang lama yang kita dengar "Jodoh pertemuan di tangan Tuhan""Kalaulah jodoh tak ke mana""Takkan lari gunung dikejar" dan banyak lagi. Ini semua ayat-ayat yang menjadi pegangan masyarakat kita. Semuanya ayat subsidi. Kita takleh menafikan memang jodoh Tuhan dah tentukan. Namun begitu adakah ia akan datang tanpa berusaha? Adakah memang Tuhan nak kita ni jadi masyarakat subsidi hinggakan kita hanya perlu menunggu sahaja semua Tuhan bagi. Ini yang tidak betul! Jodoh tidak akan datang tanpa berusaha. Kita perlu menjadi orang yang mencari jodoh. Baik lelaki baik perempuan. Bagaimana nak mencari? Itu kena guna kepandaian dan strategi sendiri. Pada masa dahulu, kita tidak banyak masalah ANDALUSIA (anak dara lewat usia) sebab ibu bapa banyak berperanan dalam menentukan jodoh anak-anaknya. Dalam zaman terkini, ibu bapa sudah melepaskan tanggungjawab mencari jodoh ini kepada anak-anaknya. Dan ini yang anak-anak kurang sedar ataupun tak sedar bahawa mereka bertanggungjawab menentukan jodohnya. Saya pernah bersembang dengan salah seorang sahabat saya yang juga seorang penulis di PTS, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom seorang pakar psikiatri yang juga Ex-Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM). Ini pun mentor saya dalam perjuangan. Dia kata begini " Fauzul, semasa kelahiran anak-anak perempuan saya, saya akan terus berdoa agar mereka ini dipermudahkan mendapat jodoh. Sekarang ini kita bukannya kekuarangan lelaki tetapi kita kurang lelaki baik. Jadi kita perlu berdoa agar mereka ini mendapat lelaki yang baik" Jadi kawan-kawanku, mari kita cari joran dan mata kail terbaik untuk mencari jodoh. Lupakan pepatah lama "Perigi mencari timba" dan sebagainya. Mari kita cari lubuk dan ikannya. Namun begitu satu persoalan. ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENDAPAT JODOH? ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENERIMA CINTA? Fikirkanlah sendiri
Semua kawan serumah isteri aku semasa di USM. Secara detailnya nanti isteri aku akan terangkan siapa mereka.Terutamanya yang berminat nak isi borang mencari jodoh ;-) Posted by Hello
Inilah kedua-dua mempelai. Kawan isteriku Fidah dan suaminya. Kedua-duanya pendidik di Johor. Alhamdulillah tertunai untuk membina istana bahagia Posted by Hello
Anak aku membuat projek busuk, biasalah fitrah alam dan manusia Posted by Hello
4 sekawan berjumpa kembali. Gembira sungguh isteriku dapat bertemu rakan-rakan lamanya. Posted by Hello
Uya dan Fatimah. Fatimah ikut sekali rombongan kami. Kedua-duanya masih bujang. Sure marah Fatimah tengok ayat ni Posted by Hello
Anakku, isteriku dan ex-kawan serumah isteriku dahulu. Mereka ni datang dari segenap negeri dan berkumpul di N9. Ramai di kalangan mereka masih bujang. Sesiapa berminat minta borang dengan aku. Boleh aku kenenkan Posted by Hello
Ini suasana kenduri di Negeri 9. Makcik-makcik United berpakaian seragam. Aku dan isteriku pergi ke kenduri kahwin kawan serumah Isteriku semasa di USM Posted by Hello