05 September 2005
Lama Tidak Menjengah
Lama betul aku tak menjengah blog aku ni. Pasti kenalan yang melawat ke sini tertanya-tanya ke mana perginya diriku ini? Masih hidup ke? Dah mati ke? Sihat ke? Sakit ke? Alhamdulillah Tuhan masih memberikan kekuatan kepada diri ini dan dipanjangkan umur hingga hari ini.
Aku bukannya tidak teringat kepada laman ini, cuma kesibukan semenjak dua menjak ini membekukan langkah tangan ini untuk memetik ke sini. Namun begitu Alhamdulillah hari ini berjaya juga sampai ke sini.
Sebenarnya aku sekarang ini amat sibuk membina beberapa laman baru. Laman yang sudah berjalan lancar aku tinggalkan kejap seperti Dr. Cinta dan Formula Cemerlang. Sekarang ini aku membina dua lagi laman baru iaitu Laman Interaktif PTS Millennia Sdn Bhd : laman interaksi dua hala syarikatku dengan semua masyarakat dan juga satu lagi REAKTIF.Com : Xpressi Minda Remaja. Kedua-dua laman ini berjaya juga dinaikkan, cuma tengah nak perelokkan lagi persembahan dan pengisiannya.
Sebenarnya hobi membuat laman ini baru sahaja terdetik dalam beberapa tahun ini. Sebelum ini aku banyak memerhatikan sahaja sahabat baik aku Arief Hakim membuat laman-laman web ini. Ada juga terlintas mahu belajar, cuma kesibukan lain pada masa itu mengekang keinginanku. Alhamdulillah selepas mengambil alih jawatan sebagai pengurus di PTS, keinginan itu diterjemahkan dengan membuat beberapa komuniti bagi tujuan menyebar ilmu. Yang mula-mula sekali adalah kerjasama di antara aku dengan Dr. Danial Zainal Abidin membangunkan laman Formula Cemerlang September 2004. Alhamdulillah hingga hari ini sudah setahun laman itu hidup. Sambutannya amat menggalakkan.
Kemudian diteruskan dengan Dr. Cinta.Com, seterusnya PTSMillennia.Com dan yang terbaru ReAktif.Com. Ini yang aku kata kalau nak tunggu ada pengalaman baru nak buat, sampai bila pun tak buat. Aku ni banyak cuba dan musnah. Laman Formula Cemerlang tu dah beberapa kali rosak dek tangan ini. Hinggalah jadi elok seperti sekarang ini. Kena cuba try test baru tahu camner nak buat. Kalau sekadar berteori tak payahlah. Alhamdulillah pula sekarang aku dibantu oleh seorang bekas mahasiswa Mesir yang kreatif dan berkredibiliti dalam bidang grafik juga sudah menjadi eksekutif penerbitan di syarikat aku.
InsyaAllah akan terus mewujudkan lebih banyak portal untuk menyebarkan sebanyak mungkin ilmu dan dakwah kepada masyarakat. Aku berdoa agar terus diberikan kekuatan dan rezeki bagi meneruskan jihad siber ini. Amiiin!
Aku juga perlu berterima kasih kepada keluarga tersayang terutamanya isteri yang memahami dan memberikan sokongan sentiasa. Aku ni balik je ke rumah, selepas selesai segala tanggungjawab lain seperti makan dan solat terus naik ke pejabat mini aku ni bagi membuat kerja. Kalaulah tak mempunyai isteri yang memahami tentu susah aku. Terima kasih sayangku, engkaulah sumber inspirasiku. Semoga rumahtangga dan keluarga di bawah sinar Mawaddah Wa Rahmah Yang Maha Kuasa. Amiin!
Subscribe to:
Posts (Atom)