28 April 2005
PTS Sebesar Kumpulan Karangkraf Sepuluh Tahun Lagi ? InsyaAllah!!
Apabila melangkah tahun demi tahun, daripada pesta buku ke pesta buku tahun yang seterusnya. Perkembangan PTS amat memberangsangkan. Namun begitu walau seberangsang mana PTS berkembang. Masih lagi ketinggalan jauh di belakang Kumpulan Karangkraf. Tahun ini, Karangkraf mempunyai 33 buah booth berbanding PTS hanya 3 booth di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Aku bertekad satu masa nanti PTS akan menjadi sebesar ataupun lebih besar daripada Karangkraf. Itu visi dan misi aku sepuluh tahun daripada sekarang.
Ini adalah gambar kenangan aku semasa berkunjung ke Karangkraf membawa staff-staff PTS yang lain tahun lepas. Dalam gambar kelihatan dari kiri Kak Sri Diah, Kak Sharah Ibrahim kedua-duanya editor pengurusan di Kumpulan Karangkraf. Siapa tak kenal Sri Diah, novelis terkenal Alaf 21, Kemudian Ketua Pengarang Kumpulan Karangkraf En. Abdul Jalil Ali, Aku dan Faris, pegawai promosi PTS. Ya Allah, berikan rahmat dan keberkatan kepada perjuangan kami ini. Amin!
27 April 2005
Inferiority Complex 2 (Macam Cerita Buli Pulak Ada 1 dan 2)
Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan Kolej Kediaman Kelima (Asrama Dayasari) adalah langkah pertamaku mengenal erti kehidupan. Dahulu aku tak kenal apa itu makna hidup siswa sisiwi, disko, keluar malam, maple (Makan Place) dan sebagainya. Di sini juga aku kenal apa itu usrah yang sebenar, sebelum ni aku cuba tubuhkan usrah kat Sains Machang, Alhamdulillah berjalan. Masa itu aku jadi Ketua Unit Usrah dan Dakwah Persatuan Pelajar Islam (PPI), hanya sekadar ambik modul usrah dan jalankan. Ia dibuat tanpa belajar dengan sesiapapun.
OK berbalik kepada cerita yang lalu mengenai abang senior bertemu dengan aku tu. Nama abang senior ni Muhammad Nawar Ariffin, Presiden Jawatankuasa Bersama Pusat Pelajar 1995/96. Persatuan yang menaungi pelajar-pelajar Pusat Asasi Sains. Aku tak pernah kenal dia sebelum ni, tapi mungkin sebab kami ni sama-sama orang utara jadi kami mudah menjadi mesra. Beliau datang ke bilik aku di Kolej Kediaman Kelima (5th RC) UM. Aku ketika itu tinggal di tingkat 4 dan dia tinggal di tingkat 2. Namun begitu aku takdak, dan dia tinggalkan pesanan pada roomate aku Nazri untuk ke biliknya. Apabila balik dan menerima mesej tersebut, aku terus ke biliknya.
Nawar ni tinggal bersama seorang senior yang lain, Mohd Nizam Sahad namanya. Nizam ni glamor sebab jadi striker 5th RC. Kira striker ganaslah pada masa tu. Dia ni mahasiswa Tahun 3 Usuluddin Akademi Pengajian Islam UM. Ada cerita menarik juga antara aku dan Nizam ni. Itu kita citer kemudian. Nawar menawarkan aku menjadi pengarah projek terbesar Pusat Asasi Sains UM iaitu Malam Emas Asasi. Ait! Aku pun terkejut, mengapa boleh dia memilih aku sebagai pengarah sedangkan dia sendiri tak kenal aku? Aku pun bertanya dengan dia soalan tu. Dia beritahu bahawa instinct (firasat) dia mengatakan aku ni orang yang paling sesuai untuk jadi pengarah projek tu. Macam ada 6th sense pulak dia ni. Aku bertanya dengan dia berapa kos projek tu dan siapa tanggung kos? Dia beritahu, projek itu kosnya RM 15 K dan Pusat Asasi hanya menanggung RM 3k je.
Cuba bayangkan pada masa tu apa yang bermain di hati aku? Seorang yang tak pernah pegang jawatan besar masa di sekolah, tak pernah kenal projek U, tak pernah kendalikan organisasi besar diberikan tanggungjawab sebesar tu. Aku menarik nafas panjang pada masa itu. Senyap tanpa bicara. Kemudian aku meminta masa untuk berfikir dan akan memberikan jawapan dalam masa 3 hari. Nawar bersetuju.
Sambung.....
Inferiority Complex.... Aku Pun Dulu Macam tu...
Ada adik-adik mentee aku bercerita berkenaan inferiority complex ataupun dalam bahasa Melayunya rasa rendah diri yang amat sangat. Aku teringat kembali masa aku muda-muda (masih muda lagi sekarang ni), masa aku berada di tingkatan satu hingga tingkatan lima. Masa tu aku sendiri tak mengenal apa itu estim diri dan motivasi. Tak pernah aku baca buku berkenaan meningkatkan diri dan sebagainya. Naif betul aku masa tu.
Pada masa tu aku melihat kawan-kawan aku lain mempunyai banyak kelebihan. Hensem, badan tough, glamor, banyak kakak angkat, banyak adik angkat, banyak awek angkat (ada ke istilah tu?) dan pelbagai keistimewaan lagi. Aku pula gemuk, tak pandai bercakap, tak berkepimpinan, takdak peminat, hodoh, tak hensem dan sebagainya. Perbandingan yang dijadikan kayu ukur ni menjadikan aku merasa amat rendah diri. Apabila melihat kelemahan diri tersebut aku selalu bertanya kepada Tuhan, adakah aku ni tak layak menjadi seperti mereka. Pada masa itu pula ramai kawan-kawan aku yang diberikan jawatan pelbagai. Ada yang dilantik menjadi pengawas, ketua kelab, ketua persatuan dan banyak jawatan hebat lain. Aku? Aku mana adalah pegang jawatan. Paling tinggi pun ketua unit je.
Pada masa itu pelbagai persepsi negatif kepada keadaan dan takdir. Namun begitu, aku berusaha untuk buktikan bahawa aku sebenarnya boleh sama dengan mereka. Aku berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran, main bola keranjang untuk sekolah dan pelbagai lagi. Namun begitu masih tak menjadi. Aku tetap tidak dipandang oleh mereka.
Aku cuba mengubah pendirian aku selepas habis SPM, semasa transisi zaman persekolahan daripada Sekolah Menengah Sains Machang ke zaman praU, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Aku ingin mengubah diri aku. Ketika itu aku berfikir untuk membuat keputusan bagi kemasukan ke U. Aku menilai dan mencongak di Universiti mana aku nak sambung belajar. Borang UPU masih tidak di isi. Kemudian aku melihat satu artikel mengenai seorang bekas tokoh pemimpin mahasiswa yang hebat iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Artikel tersebut membakar semangat aku, dan aku memilih untuk masuk ke Universiti Malaya. Pada masa itu ramai kawan aku yang tak mahu masuk UM. Kata diorang susah nak masuk UM dan kalau masuk memang mudah nak kena tendang. Sejarah silam memang begitu. Ah! Aku kata, ini cabaran kepada diri aku. Terus aku memilih UM sebagai pilihan pertama dan Alhamdulillah aku dapat masuk ke sana.
Dua minggu selepas minggu orientasi (kami panggil Minggu Haluan Siswa), aku didatangi oleh seorang abang senior yang merupakan titik perubahan kepada diri aku. Ia menjadi salah satu faktor penggalak kepada aku sekarang. Nak tahu lanjut? Tunggu........
26 April 2005
Mari Kita Jaga Booth....
Isteriku bersama Adilah di booth PTS. Tahun ni PTS ambik tiga booth. 3012, 3013 dan 3014. Pihak PTS tempoh hari ingin menambah satu lagi booth bagi memudahkan aktiviti dijalankan di dalam booth. Di samping itu memudahkan meletakkan buku-buku PTS dan Mizan Publishing House Indonesia partner penerbitan kami di Indonesia. Tapi nak buat camna. Booth dah penuh.
Promosi Baik Tapi....
Bengkel Training Of Trainers Modul Kesihatan Reproduksi Remaja.... Aku nak jadi trainer berjaya dalam bidang ni
Ini semasa aku menghadiri TOT Modul Kesihatan Reproduksi Remaja anjuran Wanita JIM pada 23 dan 24 hb. April lalu. Dr. Harlina Halizah Siraj sedang memberikan input di hadapan. Ini program pertama aku selepas menjadi ahli JIM. Aku sudah bertekad untuk berjuang atas platform ini disebabkan ia selari dengan apa yang aku ingin lakukan iaitu dakwah. Selama ini aku mencari platform yang betul-betul memenuhi tujuan ini. Selama ini aku berperang dengan diri untuk berjuang.
Semasa aku menjadi ahli Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) aku sering berperang pendirian dan pemikiran. Aku nampak bahawa PMIUM tidak mementingkan dakwah kepada muslim dan Non Muslim. Semasa aku menjadi Pengerusi Biro Perpaduan dan Kemasyarakatan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 97/98 aku menganjurkan beberapa program besar bagi mendekatkan diri PMUM dan PMIUM dengan masyarakat. Tujuan utamanya adalah dakwah. Pendakwah tidak boleh hanya sekadar berada dalam kelompok sendiri. Tentu ada yang marah dengan pernyataan ini. Itu realiti yang perlu ditelan oleh semua ahli. Tidak ada satu modul pun dalam usrah PMIUM yang bercakap mengenai dakwah Non Muslim. Kebanyakannya hanya bertujuan meraih sokongan.
Ini menyebabkan aku membawa beberapa pendekatan baru semasa aku menjadi Exco MPMUM 97/98. Ini membawa satu konflik antara aku dengan kepimpinan PMIUM masa tu Zaharudin Abdul Rahman. Hinggakan aku tidak dipilih lagi bagi sesi kedua walaupun aku masih lagi layak sebab aku baru tahun dua masa tu. Bukanlah aku kecewa tidak terpilih. Ia bukan perjuangan aku. Kalau sekadar nak jadi ketua banyak lagi tempat lain. Apa yang aku kesalkan kerana pandangan yang berbeza boleh menyebabkan cantas mencantas. Lebih kurang sama aja dengan politik UMNO.
Jadi aku rasa JIM adalah wadah yang terbaik bagi aku. Selama aku membuat kajian kepada gerakannya, selama aku muhasabah diri. Aku mendapatkan banyak pandangan daripada sahabat-sahabat terutamanya mereka yang membuat dakwah. Aku berkawan dengan Dr, Danial, Kak Har (Dr. Harlina), Prof Hatta dan beberapa tokoh dalam JIM. Aku rasa ini jiwa aku. Dan aku sudah memilih.
Namun begitu perjuangan aku dalam jemaah dulu masih aku teruskan. Jangan susah hati rakan-rakan seperjuanganku. Aku tetap teruskan selagi ada hayat dan selagi nadi berdenyut.
Sambutan Anniversary lagi
Daku dalam keadaan penuh selamba. Selama Rock kata orang. Masa ni kami perlu menguruskan author's talk kat MPH Alpha Angle. Jadi mencuri masa ke selepas program di Restoran Johnny di Jaya Jusco Alpha Angle. Itulah nasib orang berjuang dan buat bisnes. Kerja 7 hari seminggu. Mujurlah ada isteri yang memahami.
Sambutan Anniversary di Restoran Johny Alpha Angle Wangsa Maju
23 April 2005
Perjuangan Oh Perjuangan...
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur muncul lagi. Ini adalah tahun keempat pihak PTS menyertai pesta buku di Putra World Trade Centre (PWTC) ini. Seingat aku daripada tahun pertama PTS mengambil satu booth takdak buku, tahun kedua satu booth mula nampak buku, tahun ketiga dua booth dah mula penuh dan tahun ini tiga booth juga makin berlambak buku. Alhamdulillah itulah hasil perjuangan murni PTS. Dahulu semasa tahun pertama daku di dalam PTS, sesiapa melihat PTS semuanya senyum sinis. Ada banyak faktor yang menyebabkan begitu :
Faktor 1
Mereka melihat PTS ini membuat kerja gila, sebab menerbit buku-buku ilmu Melayu yang pada pandangan umum tiada market value. Kata mereka tak lama PTS ni, tengoklah setahun dua lagi pasti tutup
Faktor 2
Mereka melihat para eksekutif masa tu semuanya muda-muda. Takda pengalaman dalam dunia penerbitan buku. Macam aku pada masa tu, dahlah budak'engine' tak habih mengaji. Pegi jumpa diorang heret satu beg hitam dan naik motor kapcai.
Faktor 3
Mereka melihat PTS sebagai penerbit picisan sebab kecik, kata diorang PTS tak mampu nak menerbitkan buku-buku profesor sebab kecik. Seingat aku satu peristiwa pada tahun pertama bersama PTS, aku mengejar satu appointment di Universiti Malaya. Dahlah naik kapcai, hujan lebat, basah kuyup dan buku-buku yang ada dalam beg pun basah. Harapan menggunung untuk mendapat manuskrip bagi tujuan penerbitan. Apabila masuk sahaja ke dalam bilik seorang perofesor, dengan pandangan sinis dihalau keluar daripada bilik sebab dikatakan kami memang tak layak untuk menerbit karyanya sebab dia mempunyai karya yang pasti hit. PTS penerbit kecik dan picisan. Masa tu, sebak tuhan sahaja yang tahu.
Itulah realiti hidup, Alhamdulillah berkat kesabaran semua tenaga di dalam PTS, kami mengorak langkah. Dengan tekad memperjuangkan Bahasa Melayu untuk memandaikan bangsa sendiri dan memastikan input Islam sebagai bahan panduan utama umat manusia. Sekarang PTS sudah mula menjadi sebutan di kalangan penulis, pembaca, penerbit dan penjual buku. Rak-rak buku Melayu di kedai-kedai buku besar Malaysia seperti MPH, Kinokuniya, Popular, Rhythm dan yang terbaru Borders sudah dimasuki oleh buku-buku PTS.
Tahun pertama, kedua dan ketiga PTS hanya ada satu anak syarikat sekarang sudah ada empat, dahulunya staf hanya enam orang sekarang sudah ada dua puluh lapan. Itulah nama perjuangan, selagi kita percaya kita membuat perkara baik. InsyaAllah Tuhan memberikan kejayaan dan keredhaanNya. Yakinlah bahawa itu memang janji Tuhan.
Sekarang ini PTS sudah dijemput-jemput masuk ke dalam bilik pensyarah, dalam maktab, IPT dan sebagainya. Sekarang penulis sudah tersenyum kepada PTS berbanding menyinga apabila PTS bertemu. Hai Perjuangan Oh Perjuangan....
15 April 2005
Pengajaran Hidup: Hikmah & Pengajaran Tersembunyi
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Lama betul aku tak menulis dalam ni, bukan taknak tetapi pelbagai kekangan berlaku. Semalam berakhir Kem Penulisan Remaja Intensif 1 (KEMPRIT1). Kem ini aku wujudkan sebagai aktiviti tahunan PTS Millennia Sdn Bhd bagi membina satu kumpulan mujahid dan mujaddid pena di Malaysia. Pelbagai perisitiwa dan cerita digambarkan di dada-dada akhbar mengenai situasi remaja sekarang. Pada pandanganku kita tidak boleh seratus peratus meletakkan kesalahan kepada para remaja terhadap apa yang berlaku. Kesalahan ini patut ditanggung oleh semua.
Pada pandanganku kesemua terjadi disebabkan hilangnya cinta dan kasih sayang di hati umat Islam sekarang. Dalam hadis yang disampaikan oleh Nabi Muhammad "Kasihilah diri sahabatmu sepertimana dikau mengasihi diri sendiri" Hadis ni kurang dikaji oleh para Umat Islam. Masing-masing menjaga kepentingan diri sendiri tanpa mengira apa yang berlaku kepada orang lain.
Itu yang aku katakan kita sudah hilang cinta dalam hati kita. Islam adalah agama percintaan di mana kita semua disuruh bercinta dan berkasih sayang. Cinta kepada tuhan, cinta kepada rasul, cinta kepada kekasih, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada anak dan sebagainya. Kesemuanya disuruh oleh Tuhan, namun begitu apabila bercerita berkenaan dengan cinta semuanya memandang serong. Katanya dah mula hilang akal dan sebagainya.
Itu yang aku ingin melawan arus bagi memastikan dakwah melalui cinta ini dijalankan. Aku sudah meletakkan tekad ku sendiri bagi menghasilkan sebanyak mungkin bahan sebagai panduan orang bercinta Sasaranku dua buku pada bulan Jun 2005. Kedua-duanya bercerita persoalan cinta. Terima kasih wahai isteriku kerana memahami perjuangan daku ini. Aku kadangkala sedar bahawa masa aku banyak disumbangkan kepada perjuangan dan terlupa tanggungjawab aku sebagai suami dan ayah. Namun begitu isteri yang memahami adalah sinar mentari yang menyinari perjuangan suaminya. Sokongan isteri ku amat aku hargai, tanpanya siapalah aku.
Penulis muda yang dihasilkan melalui KEMPRIT 1 diharapkan dapat meneruskan usaha dakwah terutamanya kepada para remaja. Mereka ini adalah harapan negara dalam membanyakkan bahan yang dapat dijadikan panduan oleh remaja. ISh! Apsal aku ni dah mula ngarut. Mata dah mula mengantuk, badan memanggil untuk direhatkan. 4 hari 3 malam lepas betul-betul menyerap segala tenaga dan minda aku. InsyaAllah aku harapkan penat lelah ini akan membuahkan hasil yang baik dan berkualiti. Stoplah dulu! Nak releks mata dan otak. Wasalam
14 April 2005
Mencuri Masa dalam Kesibukan
Lama betul aku tak posting dalam laman ni, petang tadi baru habih program Kem Penulisan Remaja Intensif. OKlah aku nak posting balik. Ini gambar isteriku dan anakku semasa konsert kat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Masa ni tengah makan kat kantin. Pada paginya aku mengendalikan bengkel penulisan untuk Persatuan Bekas Mahasiswa Lepasan Timur Tengah. Inilah mencuri masa membawa keluarga untuk menonton konsert Hijjaz di malam harinya. Aku merasakan ini masih tak cukup, namun begitu realitinya perjuangan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)