
Inilah anak Yati dan Ali. Yati adalah sedara sepupu kami berdua. Ali yang berketurunan Arab adalah lelaki yang gigih dalam mencari teman hidupnya. Mengapa saya kata begitu? Sebab dia datang ke Malaysia semata-mata hendak melamar Yati yang pada masa itu tinggal di Manjong, Perak. Mereka hanya berkenalan melalui chatting aje. Ali juga adalah daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik sama ada dari sudut agama mahupun pelajaran.
Ali datang seorang diri tanpa ditemani keluarganya untuk merisik dan meminang sekali gus. Tetapi setiap hari sepanjang berada di Malaysia, dia akan melaporkan berita dan perkembangannya kepada ibu dan keluarganya di sana melalui telefon. Semasa hari perkahwinan mereka, hampir semua saudara Ali turun ke sini. Cerita mereka sangat menarik untuk dikongsi. Tak sempat nak cerita semua. Yang pasti anak mereka, Sumayya tu sangat comel dan gebu...eeee gerammmmmm. Nak cubit-cubit pipi dia.
1 comment:
Keep up the good work http://www.lottery-result-7.info charleston southern soccer Clothes couture juicy maternity Crest white strips expiration date
Post a Comment