01 August 2005
Happy birthday to me... dan tahniah M Qalb
Terima kasih kepada mereka2 yg ingat hari lahirku, khususnya suami tercinta yg tak pernah lupa hari istimewa ku ini...
Tahniah juga kepada abang kerana dapat mengadakan program motivasi yang sulong semalam dengan jayanya di bawah nama syarikat M Qalb... Moga-moga ini adalah permulaan yang baik buat M Qalb dan ia terus mengorak langkah dengan gagah dan dapat memberikan 'sesuatu' kepada agama, masyarakat dan negara kita... Ati akui, abang berbakat sesangat memberikan motivasi, menyelesaikan konflik dan mcm2 lagi kebolehan yang ada... sbb Allah kurniakan abang akal yang bijak, mulut yang petah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Jagalah tutur katamu, akalmu dan hubungan dengan Allah, manusia dan makhlukNya yang lain..... Ati berdoa semoga abang dapat menggunakan nikmat dan kebolehan yang Allah kurniakan kepadamu ke arah jalan yang diredhainya. "Ya Allah, jadikan aku sebagai isteri yang sentiasa menyokong dan membantu kerja2 kebajikan suamiku dan mengingatinya dikala dia kelalaian... Jauhilah kami daripada sifat ujub, angkuh dan sombong serta sifat2 yang dibenci oleh Mu... Redhailah amal kebajikan kami dan permudahkan segala urusan kami... Amin ya rabbal aalamin.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
»
Cool blog, interesting information... Keep it UP » »
Post a Comment