29 May 2005
Imbasan memori mengandung anak pertama...Nu'aim' (Bahagian 1)
Khabar gembira kami sekeluarga
Kalau nak cerita pengalaman mengandung ni mmg banyak... best sangat, kelakar pun ada. Maklumla masa tu first time mengandung...
Aku dan suami menerima berita gembira tentang anak sulung ni selepas sebulan kami bernikah... syukur pada Tuhan. Dan memang antara matlamat bernikah adalah mahu mendapatkan zuriat.
Atas nasihat mak mertua aku yang tak sabar nakkan cucu tu, kami tidak dibenarkan merancang sebelum mendapat anak sulung. Dan memang kami sendiri pun tak mahu merancang walaupun ada sesetengah orang suka merancang dahulu kononnya nak honeymoon berdua...
Hafal doa mengandung
Antara perkara pertama yang aku lakukan adalah beli buku hafal doa mengandung.... Satu hari tu aku dan suami pi koperasi buku UM. Kat situ aku beli sebuah buku dan aku hafal doanya... Setiap selepas sembahyang dan bila-bila masa aku ingat, aku akan baca doa tu...moga2 anak aku sihat tubuh badan, fizikal dan mental, bijak, jadi anak yang soleh dan taat pada ibu ayahnya..
Buang pewangi ke dalam tong sampah
Awal mengandung iaitu bulan pertama, aku memang tak mabuk pun...releks je....sedap makan... masuk bulan kedua aku dah muntah-muntah, tiada satu bau pun yang wangi...semuanya busuk..pewangi kereta aku buang ke dalam tong sampah, suami aku tak buleh pakai pewangi lagi apa tah lagi aku sendiri, bedak pun aku tak pakai, bawang langsung tak buleh bau tengok pun nak muntah, semua jenis makanan aku tak buleh telan...hanya roti dan nestum je ok sikit...
Time rehat kat opis aku lari jauh-jauh
Bangun pagi letih dan rasa tak larat nak pegi kerja... aku gagahi juga.. masak langsung tak buleh... "Kesian abang...maaf ye." Mujoq suami memahami... Tiap2 pagi aku bawa bekal ke opis. Antara bekalan ku nestum, roti dan buah. Time rehat orang semua makan aku lari jauh-jauh...Tak nak bau makanan yang depa makan..."Eee..busuknya." Kadang-kadang tengah buat kerja nak termuntah sbb bau apa ntah.. Misah, pembantu rumah puan Ainon kata, "Akak, saya takut nak kawin dan nak mengandung tengok akak macam ni." Sian pulak kat si Misah tu... Takkan la baru tengok aku mcm ni dah takut. Tak nak rasa sendiri ke?
Antara penasihat aku semasa mengandung...
Ramai penasihat aku masa tu...antaranya sudah tentu mak aku sendiri, mak mertua, kakak dan juga Kak Zana (kawan sepejabat). Setiap masalah yang aku hadapi aku cerita kat diorang semua ni.. Kak zana antara penasihat aku masa tu.. semua benda aku tanya kat dia... aku anggap dia ni mcm kakak aku sendiri... Alhamdulillah aku dikurniakan orang-orang yang prihatin dan dapat membantu aku semasa peringkat awal bergelar ibu... Terima kasih semua.. Ini ucapan khusus untuk insan tercinta, "Terima kasih abang kerana banyak memberi sokongan dan memahami diri ini... I Love U."
Bersambung......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Keep up the good work
Edmunds car reviews Imitrex buy online Imitrex pregnant adderall consultation doctor online order prescrip Celebrex settlement http://www.yasmin-5.info/Yasmin2.html Fireball board game buy imitrex patent date of expiration http://www.hotels-3.info Term life ins rates Elie saab wedding gowns airline tickets Imitrex glaxosmithkline Pharmacy schools online in fioricet Fico credit score range
This is very interesting site... New procedure in cosmetic dentistry Engines porsche data lcd projector sony wellbutrin drug Carla collins breast implants
Post a Comment