12 April 2005
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang Ketiga
Masa berlalu begitu pantas sekali. Terasa baru semalam bergelar pengantin baru. Rupa-rupanya dah tahun ketiga pasangan Fauzul Na'im dan Nurulhilyati bersama. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ketiga buat kami berdua. . . .(Mesti abang lupa ni . . . maklumla tengah sibuk dengan program penulisan remaja tu. Teruskan perjuangan mu!!)
Abang, semoga perhubungan suci ini berkekalan hingga ke syurga. Apa juga yang abang lakukan ati tetap bersamamu. Ati tahu begitu banyak perjuangan dan perancangan yang ada dalam 'kepala' abang sama ada untuk kepentingan keluarga, masyarakat ataupun syarikat. Apa jua yang abang lakukan ati tetap menyokong dan setia bersamamu. Tidak dapat ati sembunyikan lagi perasaan cemburu ku pada 'kekasihmu' itu. Yang abang selalu bawa ke hulu ke hilir, berkepit ke sana ke mari. Balik kerja mengadapnya, nak tidur pun mengadapnya, bangun pagi pun mengadapnya. Tetapi ati tahu apa yang abang lakukan itu ada misi dan visi yang suci di sebaliknya.
Dulu bujang, kemudian berdua, dan kini dah bertiga. Dengan kehadiran anak kesayangan kami Muhammad Iqbal Nu'aim menambahkan lagi seri dalam mengharungi hidup sebagai suami isteri. Nu'aim adalah segalanya. Kasih kami padanya tak pernah berbelah bagi. Walaupun letih bekerja, namun bila tengok muka Nu'aim yang cute macam ibu dan ayahnya, hilang semua keletihan tu. Muka Nu'aim macam muka siapa ye? soalan tu selalu orang tanya. Jawapan yang kami dapat pun pelbagai. Ada yang kata macam ibunya ada juga yang kata macam ayahnya. Yang pasti Nu'aim adalah zuriat kami berdua. Dan sudah pasti sekali pandang macam muka aku dan dua kali pandang macam muka suamiku pulak.
Semoga tahun depan kami dapat menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat bersama sama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment