13 March 2005

Jika Sekadar Ada Bintang Tidak Mungkin Akan Berjaya dan Menang

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Apabila menyebut bintang, ramai yang mengatakan dia mesti perfect, hebat dan sempurna. Jika individu bergelar bintang ini wujud, tak kiralah di organisasi, pasukan bola, persatuan dan sebagainya ramai yang mengatakan 'Kami akan berjaya sebab kami ada bintang'. Tunggu dahulu....! Tak semestinya ada individu bergelar bintang sesuatu organisasi ataupun pasukan itu akan berjaya. Sebab bintang bukan penentu kejayaan dalam organisasi. Saya dahulu pernah dianggap bintang dalam Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Ramai yang menyangka kalau ada Fauzul pasti sesuatu projek ataupun aktiviti akan berjaya. Ini dibuktikan oleh banyak projek besar PMUM yang dikatakan mustahil berjaya dilaksanakan dengan penuh gilang gemilang. Ini silap, kalau hanya ada Fauzul seorang takkan wujud organisasi. Tanpa organisasi bagaimana Fauzul nak menjalankan aktiviti? Kejayaan sesuatu organisasi itu adalah hasil usaha semua ahli dalam gerak kerja tersebut. Bukannya seorang. Kita ambil pandangan global sedikit, pasukan bola sepak Manchester United dan Real Madrid. Dua pasukan yang mempunyai ramai bintang. Sebut sahajalah Ruud Van Nistleroy, Mike Rooney, David Beckham, Ronalo, Zinedine Zidane dan ramai lagi. Ini adalah bintang-bintang yang dikatakan menjadi penentu kejayaan pasukan mereka. Tunggu dahulu. Kita lihat Man U dan Real Madrid ada juga kalah, dan kadangkala kekalahan yang amat memalukan. Kalah dengan pasukan divisyen bawah. Apakah faktornya? Tidakkah mereka ada banyak bintang. Common lah. Bukan faktor bintang tetapi Teamwork ataupun kerja berpasukan. Itu faktor utama selain keberkatan bersama. Ini yang kita akan bincangkan seterusnya.