15 March 2005
Berbaktilah kepada orang tua selagi ada peluang
Best sangat bila terkenang zaman dulu-dulu....zaman kita masih bawah jagaan dan belaian ibu dan ayah. Aku dapat bersama ayahku selama 19 tahun...ayahanda ku meninggal semasa aku di matrikulasi Kolej Mara Kulim. Dia berusia 52 tahun, masih dikira muda ketika itu...Al-Fatihah untuk ayah tercinta...semoga rohmu berada dalam golongan orang-orang yang dikasihi Allah...bila dikira-kira sudah 6 tahun 4 bulan ayah aku pergi...kadang-kadang tu rasa macam dia masih ada...kini tinggal ibunda ku seorang di rumah...aku tahu mama sangat sunyi di sana...sentiasa menanti kepulangan kami adik beradik..."Mama maafkan ati andainya mama ada terasa hati dengan ati...ati tahu mama sentiasa menunggu kepulangan ati... ati juga sentiasa mengharapkan ada rung masa untuk kita bertemu...ati sangat merinduimu mama...rindu nak menatap wajahmu...entah berapa tahun lagi kita dapat bersama...semoga dirimu tabah menghadapi hidup ini." 3 daripada 5 adik beradikku dah berumah tangga...tingga 2 lagi...sorang adik di UKM bangi dan yang bongsu berada di tingkatan 2...masa ayah aku meninggal adikku yang bongsu baru darjah satu...baru nak kenal dunia...aku masih ingat dengan jelas hari ayah aku meninggal tu, bila kami adik beradik nangis sebab ayah pergi meninggalkan kami, yang bongsu ni pun menagis sebab ikut kami menangis...yang sebenarnya dia masih belum tahu erti mati...iaitu pergi buat selama-lamanya...bagi mereka yang masih ada kedua-duanya, berbaktilah selagi ada peluang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment