07 May 2005

DAKWA ATAUPUN DAKWAH?

Aku teringat semasa pertemuan aku dengan Ustaz Haji Ahmad di Johor Bahru ketika berada di sana atas jemputan memberikan ceramah penulisan untuk JIM Johor Bahru dan Pensyarah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat (KUiTTHO). Ustaz Haji Ahmad adalah Naib Kadi Daerah Kulai dan juga ayah kepada kakak angkat aku Norhadayah. Pertemuan ini sekitar Julai 2004. Dia berkata,"Fauzul! Daripada tarikh 1 Januari 2004 hinggalah sekarang (Masa aku berjumpa dengannya). Saya sudah menikahkan 200 pasangan yang mana pada masa dinikahkan mereka sudah mengandung lebih daripada empat bulan. Dan daripada 1 Januari 2005 hingga sekarang, saya sudah menikahkan lebih daripada 200 pasangan yang mana pada masa dia dinikahkan itu ada walinya tetapi perlu berwali hakim" Tersentak aku mendengar pernyataannya itu. Johor merupakan negeri yang mana jumlah penduduk Melayunya antara yang terbesar di Malaysia. Kes-kes mengandung luar nikah. "Tahun lepas (2003), Jika dikumpulkan keseluruhan Johor Bahru berlaku 200 ke 300 kes yang sama." Inilah realitinya, bahawa masyarakat kita sudah lama rosak. Berdasarkan maklumat yang diberikan di atas, ia menunjukkan gejala zina ini sudah berlaku lama dahulu. Sebelum dunia IT dan siber lagi. Mengapa aku berkata begitu? Cuba lihat statistik kedua yang mengatakan bahawa lebih daripada 200 pasangan yang pada masa dinikahkan ada wali tetapi berwali hakim. Ia menunjukkan bahawa ayah dan ibunya dahulu sudah melakukan zina dan dia adalah anak luar nikah. Satu lagi pengalaman yang aku hadapi pada ketika isteriku melahirkan anakku di Hospital Manjung, Sitiawan, Perak. Pada waktu itu dalam wad yang sama, terdapat seorang budak yang pada pengamatan aku masih muda berada di wad bersalin di katil berhadapan dengan katil isteriku. Mengapa aku kata begitu?Aku lihat budak perempuan ini tersenyum seperti budak-budak yang memang tidak matang wakaupun tubuhnya besar. Suatu pagi semasa aku sampai ke hospital selepas bertahan menahan isteriku ketika beliau bersalin malam sebelum itu. Letihnya masih terasa, kepada para suami sepatutnya masuk ke dalam bilik bersalin bersama isteri kita mereka hendak bersalin. Pengalaman itu amat berguna untuk semua. Barulah kita menghargai isteri kita, mereka menghadapi saat-saat yang amat getir ketika itu. Dengan kesakitannya yang tidak dapat digambarkan oleh kita lelaki. Aku berada di dalam bilik bersalin dan berhadapan dengan keadaan air ketuban yang pecah serta darah yang keluar. Memang agak menjijikkan tetapi dah tak terfikir dengan kejijikan pada masa itu. Memang pengalaman yang membuka minda. Cukup dulu. Ketika sampai di hospital dan berjalan ke arah wad bersalin. Ada seorang makcik berlari-lari ke arahku dengan memegang bayi, beliau memanggil aku. "Dik! Dik! Tolong makcik!" katanya. "Adik boleh tolong azankan cucu makcik tak? Ayahnya entah ke mana" dia mengeluarkan permintaan dengan air mata di mata. Aku sebak seketika, "Ya! Makcik, berilah kepada saya" Aku pun azankan bayi lelaki itu. Keadaan itu membuatkan ku tertanya-tanya apa yang berlaku. Kemudian aku serahkan kembali kepada makcik itu. Terus ke wad bersalin dan menemui isteri serta anakku yang masih belum bernama ketika itu. Barulah aku sedar bahawa anak yang diazankan tadi adalah anak kepada budak perempuan mentah yang aku ceritakan tadi. Kelihatan makcik tadi meletakkan anak tersebut di sebelahnya. Budak itu memegang anak itu seperti memegang Teddy Bear. Aku membuat sedikit risikan dan baru aku tahu bahawa budak perempuan tersebut baru berusia 13 tahun. Dia sudah 3 kali keguguran anak, dan ini anak yang keempat. 3 kali keguguran itu disebabkan rahimnya masih belum bersedia untuk mengandungkan anak. Ayahnya entah ke mana dan siapa. Astaghfirullahalazim! Dalam satu pertemuan lain dengan Fellow Kanan IKIM, En. Azarudin di IKIM. Beliau ini ingin membincangkan buku yang ingin diterbitkan dengan PTS. Dalam perbincangan itu beliau memberitahu aku bahawa beliau sedang mengendalikan 11 kes pelajar IPTA yang sedang mengandung anak di luar nikah. Ada daripada UM, UIAM, UKM dan UPM. Dan beliau juga memberitahu berkenaan satu kes pelajar yang murtad di KL. Dia sedang berusaha membawa budak itu kembali kepada Islam. Maklumat yang saya terima juga dia mengatakan di Jalan Duta ada satu asrama menempatkan pelajar Melayu yang murtad di bawah pembiayaan Kristian. Segalanya diberikan. Makan, minum, tempat tinggal,pendidikan dan sebagainya didana oleh gereja. Kesemua statistik ini amat menggerunkan. Bagaimana semua ini berlaku? Salah siapakah kesemua ini berlaku? Adakah kita ingin membiarkan ia berlaku dari hari ke hari. Kebarangkalian anak-anak kita, adik beradik kita adalah sebahagian daripada statistik itu. Adakah kita perlu mendakwa ataupun berdakwah kepada masyarakat? Dakwa hanya dilakukan selepas kes itu berlaku. Tetapi kerja dakwah perlu dilakukan sebelum sesuatu kes berlaku. Kita harus jadi pendakwah untuk memastikan tiada lagi gejala sosial sebegini berlaku. Adakah kita suka generasi akan datang rosak di atas kesalahan kita tidak melakukan dakwah kepada mereka? Dalam hal yang sebegini, pendekatan dakwah perlu lebih kreatif dan luar biasa. Golongan mad'u kita sudah canggih dan luar biasa. Jadi tidak boleh berdakwah cara biasa. Bagaimana? Nanti kita bincangkan dalam artikel lain. Gambar di bawah dicuri ambil ketika aku, isteri dan keluarga maksu aku makan tengah hari di Pizza Hut di The MALL. Ketika ini Pesta BukuAntarabangsa Kuala Lumpur 2005 berada pada hari akhir. Dua pasangan remaja belasan tahun Melayu keluar berdating di The Mall. Remaja perempuan dalam pakaian yang amat tidak menyenangkan mata dan lelaki yang merenyeh kepadanya. Anak siapakah ini? Adik siapakah ini? Adakah mereka sebahagian daripada statistik di atas? Fikir-fikirkanlah!Posted by Hello

06 May 2005

DAKWAH! OH DAKWAH!

Apabila bercerita mengenai berdakwah, ramai yang melihat skop dakwah ini dengan skop yang amat kecil dan sempit. Mereka melihat bahawa berdakwah perlu ada ilmu agama yang tinggi baru boleh berdakwah. Jadi ramai yang tidak menjalankan tugasnya sebagai pendakwah. Masing-masing merasakan mereka masih tidak cukup ilmu. Betulkah hanya mereka yang mempunyai ilmu agama sahaja yang boleh berdakwah? Betulkah apabila sudah cukup baru boleh berdakwah? OK! Mari kita lihat definisi dakwah. Dakwah daripada sudut bahasanya, suatu kegiatan yang menyeru dan membimbing serta meyakinkan secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran agama yang sebenar iaitu Islam. Panjangnya definisi Kamus Dewan ni. Kalau kat PTS, gunakan Kamus Dewan ni kami tak pandanglah. Bagilah definisi sendiri. OK! Definisi yang mudah difahami, apa sahaja kegiatan yang menunjukkan Islam itu cantik, indah dan unggul itu yang dikatakan sebagai dakwah. Definisi bagi kedua-duanyanya tidak jauh beza. Dalam memahami pengertian itu, dakwah adalah amat luas dan perlu dilihat dengan hati serta minda terbuka. Dalam kegiatan seharian pekerjaan, perbuatan, perlakuan, pertuturan, tulisan dan sebagainya adalah ruang terbaik sebagai pendakwah. Namun begitu, kita seharusnya berniat bahawa apa sahaja yang aku lakukan adalah kerana Islam dan ingin menunjukkan bahawa Islam Is The Way Of Life. Dalam hal ini tidak perlu kita berceramah ataupun berusrah sahaja sebagai jalan dakwah. Lebih daripada itu caranya. Rasulullah adalah role model yang terbaik pendakwah. Beliau bertutur, bermuamalah, berperang, berdiplomasi dan sebagainya secara berdakwah. Apabila orang bertemu dengannya terus tertarik dengan Islam. Itu yang kita perlu lakukan. Teringat satu peristiwa semasa di Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya. Ketika itu aku masih di Asasi Sains lagi. Aku bersama rakan-rakanku ke dewan makan kolej. Selepas mengambil makanan aku duduk satu meja dengan seorang abang senior yang kami panggil Pak Man. Aku memang selalu meletakkan mind set bahawa dalam setiap masa, jangan berada dalam kelompok sendiri. Perlu berada dalam kelompok lain. Maksud kelompok adalah rakan yang sebaya dan daripada pengajian yang sama. Ini nasihat daripada seorang abang yang aku hormati. Mengapa begitu? Apabila kita berada dalam kelompok kita, kita tidak berkembang pemikiran, cara melihat dunia, isu dan kawan. Jadi apabila berada dalam kelompok lain, kita boleh belajar banyak daripada mereka. Berbalik kepada meja kami tadi, sedang kami bersarapan dan bersembang sekejap. Ada seorang mahasiswa berbangsa Cina yang juga kenalan Pak Man duduk di meja yang sama bersebelah dengan aku. Dalam keadaan makan itu, tiba-tiba Pak Man bertanya kepada rakannya itu " Chi! Apa itu Iman?" Aku terkejut! Bagaimana seorang yang beragama Islam boleh bertanya kepada agama lain mengenai Iman. Chi tersenyum sahaja. Beliau berkata "Awak lebih tahu mengenai iman daripada saya. Cubalah terang" katanya dalam dialek Melayu bercampur Cina. Pak Man terus menerangkan mengenai iman dengan panjang lebar dan kami semua mendengarnya dengan penuh minat. Fuhh! Pada fikiran aku, aku sendiri tak berani bertanya begitu. Dalam hal dakwah ini, kita perlu berikan dakwah kepada bukan Islam walaupun satu ayat. Tidak kiralah dalam bentuk penulisan, percakapan ataupun apa cara sekalipun. Asalkan kita berikan. Mana tahu dengan satu ayat yang diberikan itu boleh mengubah diri orang tersebut bagi mendapat hidayah Allah. Saya teringat kata-kata Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah dalam pertemuan kami tempoh hari. "Air pada 99.9999 darjah celcius masih berada di dalam keadaan air. Jadi 0.0001 darjah celcius yang perlu diberikan bagi menukarkan air itu menjadi wap. Jadi kita perlu berikan 0.o001 darjah celcius tersebut" Dalam keadaan tertentu, hidayah sudah hampir sampai kepada seseorang itu. Namun begitu tanpa penggalak yang betul hidayah tak sampai. Jadi kita perlu berikan penggalak itu kepada ummah. Agar kita menjadi egen penggalak yang menyebabkan hidayah itu sampai. Jadilah orang yang asing (ghuraba') kerana yang asing itulah THE CHOSEN ONE!

Nu'aim Yang Ceria Kembali

Gambar ceria Nu'aim yang baru baik demam. Kesian dia, ibu dan ayah dia keluar jam 8 pagi balik jam 11 malam sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sekarang dah kembali seperti sedia kala. Alhamdulillah Posted by Hello

Bolehlah! Ayah Aku Sporting, OK Try Lagi Sekali

Jom naik lagi! Posted by Hello

Rasa Macam Nak Try Se'round' Lagi!

Syoknya! Posted by Hello

Bestnya Tak Dak Orang Kacau

Dah sampai! Posted by Hello

Terus Lungsur

Go! Posted by Hello

Bersedia di Atas Papan Lungsur Kapal Terbang

Get Set Posted by Hello

Gambar Nuaim yang Dah Sihat di KLIA

On your mark! Posted by Hello

04 May 2005

Nama Fauzul Na'im Dah Glamor di Idealis Mahasiswa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera! Aku baru je dapat berita daripada salah seorang adik-adik mentee aku yang nama aku dah jadi glamor di laman Idealis Mahasiswa. Sesiapa nak tengok boleh guna URL ni http://www.idealis-mahasiswa.net/editor/suratpelayar601.html. Hebat sungguh diorang ni. Dapat je hidu mana-mana skop menarik yang nak dibuat. Jawatan aku pun salah diletakkannya. Nampak sangat ingin mencari kesalahan dan peluang. Bagi aku ia tidak menjadi satu masalah besar. Ia adalah adat resam perjuangan. Ada aje yang nak melaga-lagakan pejuang Islam. Dalam hal ini, aku nak betulkan beberapa persepsi yang timbul selepas membaca laman idealis mahasiswa itu. Ada yang mengatakan Fauzul mesti dah lari daripada perjuangan, Fauzul dah tak wala' kepada pimpinan dan sebagainya. Fauzul dahulu dan Fauzul sekarang masih belum berubah. Masih meneruskan perjuangan Islam dan dakwah Islam. Konflik yang berlaku antara aku dan PMI bukanlah konflik perjuangan, ia hanyalah persoalan dakwah. Aku yakin dengan perjuangan murni PMI, namun begitu yang aku tak setujunya kurangnya usaha dakwah mendekatkan diri golongan Non Muslim dan yang dikatakan tidak 'Islami' kepada PMI. Dalam silibus usrah pun tiada segmen berkenaan perkara itu. Kita seharusnya mendekatkan diri kepada masyarakat bagi memperkenalkan Islam. Sepertimana yang dibuat oleh Rasulullah dahulu. Zaman dahulu mana ada perbezaan kelas. Yang Islam dididik cara Islam, yang bukan Islam diajak dekat dengan Islam. Itu sebenarnya aku nak perjuangkan. Jadi perjuangan tetap diteruskan. So aku sedikit sebanyak menjawab persoalan sebenar pertikaian itu. Pendekatan dakwah perlu lebih terbuka dalam hal ini. Kita tidak boleh hanya mementingkan "Kita, kita aje". Semua orang hendak tahu berkenaan ISlam. Jadi apabila pejuang Islam tidak melakukannya di mana lagi letak muka kita sebagai pejuang Islam. Apabila pejuang Islam tidak menjadi pendakwah, maka bagaimana Islam nak berkembang. Itu yang harus difikirkan. Dalam dakwah pun ada dua prinsip penting iaitu 'hikmah' dan 'hasanah'. Jadi apa-apa pendekatan selagi berada dalam pipeline yang ditetapkan oleh Islam dibenarkan. Nabi Muhammad itu sendiri mempunyai kelebihan itu, hinggakan dengan melihat perwatakan nabi pun orang dah boleh masuk Islam. Sebab apa jadi camtu, kerana Nabi ini social friendly. Jadi sebagai pendakwah kita perlu ikut cara Rasulullah. Jangan kita nak ego bahawa kita ni pejuang Islam selagi tak menjadi pendakwah yang baik. Dalam satu seminar anjuran JIM Ampang, Seminar Dakwah dalam Masyarakat Majmuk, Brother Shah Kirit ada menyampaikan mesej yang penting kepada semua pendakwah dan pejuang Islam. Begini bunyinya : "Ibarat orang Islam dan orang bukan Islam adalah seperti ibu bapa dan anak yang tersayang. Cuba bayangkan kita ini seorang ibu ataupun bapa yang ingin membawa anak tunggal kesayangan kita ke satu kawasan pergunungan yang indah. Apabila sampai, kita biarkan anak kita itu berlari-lari di atas kemuncak gunung tersebut. Manakala kita pergi berjalan bersama isteri ke hujung tebing kemuncak tersebut bagi menikmati pemandangan indah itu. Hujung kemuncak itu tidak mempunyai pagar. Kemudian anak kita tadi berlari-lari hingga ke samping kita, tiba-tiba semasa menghampiri tebing dia tergelincir jatuh. Kita pula yang berada di tepi anak itu boleh menyelamatkannya dengan hanya menghulurkan tangan. Jika kita hulur tangan sedikit sahaja anak itu terselamat, namun begitu kita tidak hulurkan tangan. Anak itu terjatuh ke dalam gaung dengan hanya kita melihat sahaja. Ibu bapa itulah kita orang Islam, dan anak itulah golongan bukan Islam ataupun golongan Islam yang tidak dekat dengan Islam" Marilah kita fikirkan bersama wahai sahabat-sahabatku. Betapa ramai orang di luar sana yang mahukan input Islam yang kita ada, namun begitu kita ini tidak berusaha untuk menyampaikannya. Tidak kiralah biah kita bagaimanapun kita perlu keluar kepada biah perjuangan sebenar iaitu dakwah Islamiyyah. Masyarakat kita sudah banyak yang keliru dengan isu-isu pelbagai yang bernanah dalam jiwa sanubari masyarakat kita. Isu tidak boleh nahi mungkar hanya amar makruf (kes Jeslina Hashim), Imam Wanita (Amina Wadud), azab kubur (Astora Jabat) dan sebagainya. Jika dakwah tidak sampai kepada mereka ini, bagaimana mereka hendak mendapat input sebenar. Wahai pejuang Islam marilah kita betulkan iktikad dan niat. Kita berjuang bukanlah kerana nama ataupun politik sahaja. Tetapi kerana Islam. Jika semua orang dalam Malaysia ini faham kepada Islam, tidak perlu ada PAS, UMNO, KEADILAN, JIM, ABIM dan sebagainya. Kita bersatu di bawah satu bendera dan perjuangan iaitu Islam. Namun begitu apabila niat itu tidak dibetulkan, maka masyarakat akan lebih keliru dan makin keliru apabila melihat sesama Islam kita tidak bersatu. Marilah kita membawa bendera dan syiar Islam ke seluruh nusantara melalui segala alat yang ada. Pertubuhan NGO, politik, perniagaan dan sebagainya. Niatnya hanya satu kembali kepada Islam, memperhambakan diri kepada Allah. Walaupun apa berlaku kepada diriku, selagi NADI berdenyut, selagi itu akan ku teruskan perjuangan ini hingga ke hembusan nyawa yang terakhir. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd!

03 May 2005

Insurans Sosial (Social Insurance) Penting dalam Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Apabila aku membaca input Mira dalam blognya dan pernyataan dalam blog ini. Aku lihat dunia dulu dan sekarang masih tak berubah. Masih wujud pandangan pesimis daripada orang yang mengatakan mereka pejuang Islam kepada orang yang agak berbeza dengan mereka. Ini yang menjadikan aku ini aku. Inilah juga yang mewujudkan kerenggangan hubunganku dengan PMIUM semasa aku menjadi Exco MPMUM dulu. Gap yang dihasilkan ini menyebabkan dakwah daripada golongan pejuang Islam ini dengan mad'u mereka. Apabila da'ie mula bercakap itu salah ini salah dan membeza-bezakan antara engkau dan aku, ramai yang takut mendekati orang agama. Ketika aku masih lagi memegang jawatan sebagai Pengerusi Biro MPMUM, pelbagai program aku anjurkan bagi mengurangkan gap ini. Alhamdulillah ramai yang mula mendekatkan diri. Namun begitu menimbulkan prejudis kepada golongan yang so call 'Pejuang Islam' ini. Dakwah tidak memilih siapa, semua mahukan Islam. Namun begitu cara dan kaedah berbeza-beza. Cukup dulu! Isu utama adalah Insurans Sosial kat sini. Aku teringat salah satu kata-kata yang diucapkan oleh Makcik Ainon ibu kepada sahabat aku Arief (Ainon itu adalah Puan Ainon Mohd. Chairman PTS sekarang, Arief GM PTS) ketika kami masih berada di UM. Masa itu aku masih di tahun pertama Kejuruteraan Letrik dan memegang jawatan Exco MPMUM. Beliau berkata begini begini "Saudara! Saudara adalah seorang pemimpin pelajar dan bakal menjadi pemimpin rakyat satu masa nanti. Satu pesanan saya, banyakkan Social Insurance (Insurans Sosial). Apakah Social Insurance? Ia adalah banyakkan kawan. Kita tidak tahu apa yang akan jadi kepada kawan-kawan kita satu masa nanti. Ada yang akan jadi menteri, jadi businessman, jadi penyangak, jadi peguam. Kesemua ini adalah Social Insurance saudara. Mereka inilah yang akan membantu saudara di masa saudara susah nanti." Kata-kata itu tersemat erat di hati sanubari aku hingga sekarang. Kata-kata itu juga yang membuatkan aku mahu berkawan dengan semua orang. Tak kira jantina dan bangsa. Dan akhirnya membuahkan hasilnya sekarang. Kata-kata itu juga yang menjadikan aku aku sekarang. Sekarang ini pun aku menjadi Pengurus dan Pengarah Eksekutif PTS disebabkan kata-kata itu. Jadi dalam berkawan, jangan memilih siapa kawan kita. Tidak kira lelaki ke perempuan. Namun begitu batasan agama perlu diikut. Jangan sampai kita terleka mengenai perkara itu. Aku dulupun mempunyai ramai kakak angkat dan adik-adik angkat perempuan. Tak mempunyai masalah. Itulah Social Insurance kita. Jangan runsing berkawan. Sambil berkawan sambil berdakwah. Inilah ruangan kita berdakwah dengan baik. Teruskan perjuangan. InsyaAllah Tuhan akan memberikan kita petunjuk dan hidayah.

Berposing Dalam Keletihan! Syabas PTS

Masih berposing, sebenarnya semua dah letih masa ni. Namun begitu disebabkan rasa persaudaraan, masing-masing bantu membantu. Letih jadi rasa gembira dan seronok disebabkan ukhuwwah terbina sekian lama di sekolah latihan PTS Posted by Hello

Packing Jangan Tak Packing

Semua staff perempuan PTS memberikan posing sebelum packing buku. Ukhuwwah di antara staff PTS memang mengkagumkan. Terima kasih semua Posted by Hello

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2005 Sudah Berakhir.... Tunggu Tahun Depan Pula

Ini masa mengemas untuk memasukkan buku dalam kotak balik. Semalam adalah hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2005. Alhamdulillah jualan tahun ini meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas. Posted by Hello

02 May 2005

Program PTS Millennia bersama Dato' Mohd Fadzillah Kamsah Berjaya!

Inilah keadaan sebenar gerai PTS semasa kehadiran Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah di Gerai PTS. Orang menyerbu masuk. Memang hebat aura Dato' ni. Alhamdulillah kami dapat kerjasama Dato' dalam penerbitan buku. Posted by Hello

Dato' yang Mempunyai Stamina Luar Biasa

Dato' ni memang hebat. Dia menandatangani buku tanpa henti daripada 10.30 pagi sampai 12.30 tengah hari. Bukan sekadar tandatangan tetapi siap bagi kata-kata motivasi. Di sebelah kirinya Ahmad Naim dan Ahmad Fadzli, juga penulis bersama buku-buku Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah Posted by Hello

Gerai PTS Diserbu

Gerai PTS diserbu peminat Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah. Hebat betul penangan Dato' ni. Ramai peminat dia Posted by Hello

Aku bersama Penulis-penulis Prolifik Kumpulan PTS

Gambar penulis-penulis prolifik Kumpulan PTS. Di kiri aku tu, En. Samsudin Wahab. Penulis buku-buku pengurusan pejabat dan protokol majlis. Dia ni orang Kedah. Memang istiqamah dalam penulisan. Di sebelah kanan, En. Jeniri Amir. Penulis lebih daripada 50 buah buku. Orang Sarawak, dan memang terkenal di sana. Dia ni boleh menulis 16 jam tanpa henti kalau naik syeikh. Itu katanya Posted by Hello

Program Mewarna PTS One di PBAKL 1005

Aktiviti mewarna dan melukis kanak-kanak di booth Kumpulan PTS. Ini adalah program anjuran PTS One Sdn Bhd. Alhamdulillah! Sambutannya di luar jangkaan. Ramai betul yang menyertainya. Suka tengok budak-budak berbakat besar ini menunjukkan kebolehan. Aku dulu bab melukis, maaflah. Memang tangan keras. Posted by Hello

28 April 2005

PTS Sebesar Kumpulan Karangkraf Sepuluh Tahun Lagi ? InsyaAllah!!

Apabila melangkah tahun demi tahun, daripada pesta buku ke pesta buku tahun yang seterusnya. Perkembangan PTS amat memberangsangkan. Namun begitu walau seberangsang mana PTS berkembang. Masih lagi ketinggalan jauh di belakang Kumpulan Karangkraf. Tahun ini, Karangkraf mempunyai 33 buah booth berbanding PTS hanya 3 booth di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Aku bertekad satu masa nanti PTS akan menjadi sebesar ataupun lebih besar daripada Karangkraf. Itu visi dan misi aku sepuluh tahun daripada sekarang. Ini adalah gambar kenangan aku semasa berkunjung ke Karangkraf membawa staff-staff PTS yang lain tahun lepas. Dalam gambar kelihatan dari kiri Kak Sri Diah, Kak Sharah Ibrahim kedua-duanya editor pengurusan di Kumpulan Karangkraf. Siapa tak kenal Sri Diah, novelis terkenal Alaf 21, Kemudian Ketua Pengarang Kumpulan Karangkraf En. Abdul Jalil Ali, Aku dan Faris, pegawai promosi PTS. Ya Allah, berikan rahmat dan keberkatan kepada perjuangan kami ini. Amin! Posted by Hello

27 April 2005

Inferiority Complex 2 (Macam Cerita Buli Pulak Ada 1 dan 2)

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan Kolej Kediaman Kelima (Asrama Dayasari) adalah langkah pertamaku mengenal erti kehidupan. Dahulu aku tak kenal apa itu makna hidup siswa sisiwi, disko, keluar malam, maple (Makan Place) dan sebagainya. Di sini juga aku kenal apa itu usrah yang sebenar, sebelum ni aku cuba tubuhkan usrah kat Sains Machang, Alhamdulillah berjalan. Masa itu aku jadi Ketua Unit Usrah dan Dakwah Persatuan Pelajar Islam (PPI), hanya sekadar ambik modul usrah dan jalankan. Ia dibuat tanpa belajar dengan sesiapapun. OK berbalik kepada cerita yang lalu mengenai abang senior bertemu dengan aku tu. Nama abang senior ni Muhammad Nawar Ariffin, Presiden Jawatankuasa Bersama Pusat Pelajar 1995/96. Persatuan yang menaungi pelajar-pelajar Pusat Asasi Sains. Aku tak pernah kenal dia sebelum ni, tapi mungkin sebab kami ni sama-sama orang utara jadi kami mudah menjadi mesra. Beliau datang ke bilik aku di Kolej Kediaman Kelima (5th RC) UM. Aku ketika itu tinggal di tingkat 4 dan dia tinggal di tingkat 2. Namun begitu aku takdak, dan dia tinggalkan pesanan pada roomate aku Nazri untuk ke biliknya. Apabila balik dan menerima mesej tersebut, aku terus ke biliknya. Nawar ni tinggal bersama seorang senior yang lain, Mohd Nizam Sahad namanya. Nizam ni glamor sebab jadi striker 5th RC. Kira striker ganaslah pada masa tu. Dia ni mahasiswa Tahun 3 Usuluddin Akademi Pengajian Islam UM. Ada cerita menarik juga antara aku dan Nizam ni. Itu kita citer kemudian. Nawar menawarkan aku menjadi pengarah projek terbesar Pusat Asasi Sains UM iaitu Malam Emas Asasi. Ait! Aku pun terkejut, mengapa boleh dia memilih aku sebagai pengarah sedangkan dia sendiri tak kenal aku? Aku pun bertanya dengan dia soalan tu. Dia beritahu bahawa instinct (firasat) dia mengatakan aku ni orang yang paling sesuai untuk jadi pengarah projek tu. Macam ada 6th sense pulak dia ni. Aku bertanya dengan dia berapa kos projek tu dan siapa tanggung kos? Dia beritahu, projek itu kosnya RM 15 K dan Pusat Asasi hanya menanggung RM 3k je. Cuba bayangkan pada masa tu apa yang bermain di hati aku? Seorang yang tak pernah pegang jawatan besar masa di sekolah, tak pernah kenal projek U, tak pernah kendalikan organisasi besar diberikan tanggungjawab sebesar tu. Aku menarik nafas panjang pada masa itu. Senyap tanpa bicara. Kemudian aku meminta masa untuk berfikir dan akan memberikan jawapan dalam masa 3 hari. Nawar bersetuju. Sambung.....

Inferiority Complex.... Aku Pun Dulu Macam tu...

Ada adik-adik mentee aku bercerita berkenaan inferiority complex ataupun dalam bahasa Melayunya rasa rendah diri yang amat sangat. Aku teringat kembali masa aku muda-muda (masih muda lagi sekarang ni), masa aku berada di tingkatan satu hingga tingkatan lima. Masa tu aku sendiri tak mengenal apa itu estim diri dan motivasi. Tak pernah aku baca buku berkenaan meningkatkan diri dan sebagainya. Naif betul aku masa tu. Pada masa tu aku melihat kawan-kawan aku lain mempunyai banyak kelebihan. Hensem, badan tough, glamor, banyak kakak angkat, banyak adik angkat, banyak awek angkat (ada ke istilah tu?) dan pelbagai keistimewaan lagi. Aku pula gemuk, tak pandai bercakap, tak berkepimpinan, takdak peminat, hodoh, tak hensem dan sebagainya. Perbandingan yang dijadikan kayu ukur ni menjadikan aku merasa amat rendah diri. Apabila melihat kelemahan diri tersebut aku selalu bertanya kepada Tuhan, adakah aku ni tak layak menjadi seperti mereka. Pada masa itu pula ramai kawan-kawan aku yang diberikan jawatan pelbagai. Ada yang dilantik menjadi pengawas, ketua kelab, ketua persatuan dan banyak jawatan hebat lain. Aku? Aku mana adalah pegang jawatan. Paling tinggi pun ketua unit je. Pada masa itu pelbagai persepsi negatif kepada keadaan dan takdir. Namun begitu, aku berusaha untuk buktikan bahawa aku sebenarnya boleh sama dengan mereka. Aku berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran, main bola keranjang untuk sekolah dan pelbagai lagi. Namun begitu masih tak menjadi. Aku tetap tidak dipandang oleh mereka. Aku cuba mengubah pendirian aku selepas habis SPM, semasa transisi zaman persekolahan daripada Sekolah Menengah Sains Machang ke zaman praU, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya. Aku ingin mengubah diri aku. Ketika itu aku berfikir untuk membuat keputusan bagi kemasukan ke U. Aku menilai dan mencongak di Universiti mana aku nak sambung belajar. Borang UPU masih tidak di isi. Kemudian aku melihat satu artikel mengenai seorang bekas tokoh pemimpin mahasiswa yang hebat iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Artikel tersebut membakar semangat aku, dan aku memilih untuk masuk ke Universiti Malaya. Pada masa itu ramai kawan aku yang tak mahu masuk UM. Kata diorang susah nak masuk UM dan kalau masuk memang mudah nak kena tendang. Sejarah silam memang begitu. Ah! Aku kata, ini cabaran kepada diri aku. Terus aku memilih UM sebagai pilihan pertama dan Alhamdulillah aku dapat masuk ke sana. Dua minggu selepas minggu orientasi (kami panggil Minggu Haluan Siswa), aku didatangi oleh seorang abang senior yang merupakan titik perubahan kepada diri aku. Ia menjadi salah satu faktor penggalak kepada aku sekarang. Nak tahu lanjut? Tunggu........

26 April 2005

Mari Kita Jaga Booth....

Isteriku bersama Adilah di booth PTS. Tahun ni PTS ambik tiga booth. 3012, 3013 dan 3014. Pihak PTS tempoh hari ingin menambah satu lagi booth bagi memudahkan aktiviti dijalankan di dalam booth. Di samping itu memudahkan meletakkan buku-buku PTS dan Mizan Publishing House Indonesia partner penerbitan kami di Indonesia. Tapi nak buat camna. Booth dah penuh.Posted by Hello

Promosi Baik Tapi....

Tahun ni Pesta Buku daripada sudut promosinya lebih baik. Namun begitu masanya tidak tepat. Seharusnya mengambil kira beberapa faktor terutamanya cuti sekolah. Nak buat camner. Bukan aku penganjurnya. Posted by Hello

PBAKL 2005 muncul kembali. Mari kita membeli buku...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2005 di PWTC daripada pandangan tingkat 5 PWTC Posted by Hello

Bengkel Training Of Trainers Modul Kesihatan Reproduksi Remaja.... Aku nak jadi trainer berjaya dalam bidang ni

Ini semasa aku menghadiri TOT Modul Kesihatan Reproduksi Remaja anjuran Wanita JIM pada 23 dan 24 hb. April lalu. Dr. Harlina Halizah Siraj sedang memberikan input di hadapan. Ini program pertama aku selepas menjadi ahli JIM. Aku sudah bertekad untuk berjuang atas platform ini disebabkan ia selari dengan apa yang aku ingin lakukan iaitu dakwah. Selama ini aku mencari platform yang betul-betul memenuhi tujuan ini. Selama ini aku berperang dengan diri untuk berjuang. Semasa aku menjadi ahli Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) aku sering berperang pendirian dan pemikiran. Aku nampak bahawa PMIUM tidak mementingkan dakwah kepada muslim dan Non Muslim. Semasa aku menjadi Pengerusi Biro Perpaduan dan Kemasyarakatan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya 97/98 aku menganjurkan beberapa program besar bagi mendekatkan diri PMUM dan PMIUM dengan masyarakat. Tujuan utamanya adalah dakwah. Pendakwah tidak boleh hanya sekadar berada dalam kelompok sendiri. Tentu ada yang marah dengan pernyataan ini. Itu realiti yang perlu ditelan oleh semua ahli. Tidak ada satu modul pun dalam usrah PMIUM yang bercakap mengenai dakwah Non Muslim. Kebanyakannya hanya bertujuan meraih sokongan. Ini menyebabkan aku membawa beberapa pendekatan baru semasa aku menjadi Exco MPMUM 97/98. Ini membawa satu konflik antara aku dengan kepimpinan PMIUM masa tu Zaharudin Abdul Rahman. Hinggakan aku tidak dipilih lagi bagi sesi kedua walaupun aku masih lagi layak sebab aku baru tahun dua masa tu. Bukanlah aku kecewa tidak terpilih. Ia bukan perjuangan aku. Kalau sekadar nak jadi ketua banyak lagi tempat lain. Apa yang aku kesalkan kerana pandangan yang berbeza boleh menyebabkan cantas mencantas. Lebih kurang sama aja dengan politik UMNO. Jadi aku rasa JIM adalah wadah yang terbaik bagi aku. Selama aku membuat kajian kepada gerakannya, selama aku muhasabah diri. Aku mendapatkan banyak pandangan daripada sahabat-sahabat terutamanya mereka yang membuat dakwah. Aku berkawan dengan Dr, Danial, Kak Har (Dr. Harlina), Prof Hatta dan beberapa tokoh dalam JIM. Aku rasa ini jiwa aku. Dan aku sudah memilih. Namun begitu perjuangan aku dalam jemaah dulu masih aku teruskan. Jangan susah hati rakan-rakan seperjuanganku. Aku tetap teruskan selagi ada hayat dan selagi nadi berdenyut. Posted by Hello

Sambutan Anniversary lagi

Daku dalam keadaan penuh selamba. Selama Rock kata orang. Masa ni kami perlu menguruskan author's talk kat MPH Alpha Angle. Jadi mencuri masa ke selepas program di Restoran Johnny di Jaya Jusco Alpha Angle. Itulah nasib orang berjuang dan buat bisnes. Kerja 7 hari seminggu. Mujurlah ada isteri yang memahami. Posted by Hello

Sambutan Anniversary di Restoran Johny Alpha Angle Wangsa Maju

Ini gambar masa sambutan Anniversary kami yang ketiga tempoh hari. Mencuri masa dalam kesibukan bagi menghayati keindahan perhubungan cinta kami berdua. Hasilnya si Nuaim yang comel. Terima kasih wahai isteriku, dikaulah anugerah terhebat bagiku dalam dunia ini Posted by Hello

23 April 2005

Perjuangan Oh Perjuangan...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur muncul lagi. Ini adalah tahun keempat pihak PTS menyertai pesta buku di Putra World Trade Centre (PWTC) ini. Seingat aku daripada tahun pertama PTS mengambil satu booth takdak buku, tahun kedua satu booth mula nampak buku, tahun ketiga dua booth dah mula penuh dan tahun ini tiga booth juga makin berlambak buku. Alhamdulillah itulah hasil perjuangan murni PTS. Dahulu semasa tahun pertama daku di dalam PTS, sesiapa melihat PTS semuanya senyum sinis. Ada banyak faktor yang menyebabkan begitu : Faktor 1 Mereka melihat PTS ini membuat kerja gila, sebab menerbit buku-buku ilmu Melayu yang pada pandangan umum tiada market value. Kata mereka tak lama PTS ni, tengoklah setahun dua lagi pasti tutup Faktor 2 Mereka melihat para eksekutif masa tu semuanya muda-muda. Takda pengalaman dalam dunia penerbitan buku. Macam aku pada masa tu, dahlah budak'engine' tak habih mengaji. Pegi jumpa diorang heret satu beg hitam dan naik motor kapcai. Faktor 3 Mereka melihat PTS sebagai penerbit picisan sebab kecik, kata diorang PTS tak mampu nak menerbitkan buku-buku profesor sebab kecik. Seingat aku satu peristiwa pada tahun pertama bersama PTS, aku mengejar satu appointment di Universiti Malaya. Dahlah naik kapcai, hujan lebat, basah kuyup dan buku-buku yang ada dalam beg pun basah. Harapan menggunung untuk mendapat manuskrip bagi tujuan penerbitan. Apabila masuk sahaja ke dalam bilik seorang perofesor, dengan pandangan sinis dihalau keluar daripada bilik sebab dikatakan kami memang tak layak untuk menerbit karyanya sebab dia mempunyai karya yang pasti hit. PTS penerbit kecik dan picisan. Masa tu, sebak tuhan sahaja yang tahu. Itulah realiti hidup, Alhamdulillah berkat kesabaran semua tenaga di dalam PTS, kami mengorak langkah. Dengan tekad memperjuangkan Bahasa Melayu untuk memandaikan bangsa sendiri dan memastikan input Islam sebagai bahan panduan utama umat manusia. Sekarang PTS sudah mula menjadi sebutan di kalangan penulis, pembaca, penerbit dan penjual buku. Rak-rak buku Melayu di kedai-kedai buku besar Malaysia seperti MPH, Kinokuniya, Popular, Rhythm dan yang terbaru Borders sudah dimasuki oleh buku-buku PTS. Tahun pertama, kedua dan ketiga PTS hanya ada satu anak syarikat sekarang sudah ada empat, dahulunya staf hanya enam orang sekarang sudah ada dua puluh lapan. Itulah nama perjuangan, selagi kita percaya kita membuat perkara baik. InsyaAllah Tuhan memberikan kejayaan dan keredhaanNya. Yakinlah bahawa itu memang janji Tuhan. Sekarang ini PTS sudah dijemput-jemput masuk ke dalam bilik pensyarah, dalam maktab, IPT dan sebagainya. Sekarang penulis sudah tersenyum kepada PTS berbanding menyinga apabila PTS bertemu. Hai Perjuangan Oh Perjuangan....

15 April 2005

Pengajaran Hidup: Hikmah & Pengajaran Tersembunyi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Lama betul aku tak menulis dalam ni, bukan taknak tetapi pelbagai kekangan berlaku. Semalam berakhir Kem Penulisan Remaja Intensif 1 (KEMPRIT1). Kem ini aku wujudkan sebagai aktiviti tahunan PTS Millennia Sdn Bhd bagi membina satu kumpulan mujahid dan mujaddid pena di Malaysia. Pelbagai perisitiwa dan cerita digambarkan di dada-dada akhbar mengenai situasi remaja sekarang. Pada pandanganku kita tidak boleh seratus peratus meletakkan kesalahan kepada para remaja terhadap apa yang berlaku. Kesalahan ini patut ditanggung oleh semua. Pada pandanganku kesemua terjadi disebabkan hilangnya cinta dan kasih sayang di hati umat Islam sekarang. Dalam hadis yang disampaikan oleh Nabi Muhammad "Kasihilah diri sahabatmu sepertimana dikau mengasihi diri sendiri" Hadis ni kurang dikaji oleh para Umat Islam. Masing-masing menjaga kepentingan diri sendiri tanpa mengira apa yang berlaku kepada orang lain. Itu yang aku katakan kita sudah hilang cinta dalam hati kita. Islam adalah agama percintaan di mana kita semua disuruh bercinta dan berkasih sayang. Cinta kepada tuhan, cinta kepada rasul, cinta kepada kekasih, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada anak dan sebagainya. Kesemuanya disuruh oleh Tuhan, namun begitu apabila bercerita berkenaan dengan cinta semuanya memandang serong. Katanya dah mula hilang akal dan sebagainya. Itu yang aku ingin melawan arus bagi memastikan dakwah melalui cinta ini dijalankan. Aku sudah meletakkan tekad ku sendiri bagi menghasilkan sebanyak mungkin bahan sebagai panduan orang bercinta Sasaranku dua buku pada bulan Jun 2005. Kedua-duanya bercerita persoalan cinta. Terima kasih wahai isteriku kerana memahami perjuangan daku ini. Aku kadangkala sedar bahawa masa aku banyak disumbangkan kepada perjuangan dan terlupa tanggungjawab aku sebagai suami dan ayah. Namun begitu isteri yang memahami adalah sinar mentari yang menyinari perjuangan suaminya. Sokongan isteri ku amat aku hargai, tanpanya siapalah aku. Penulis muda yang dihasilkan melalui KEMPRIT 1 diharapkan dapat meneruskan usaha dakwah terutamanya kepada para remaja. Mereka ini adalah harapan negara dalam membanyakkan bahan yang dapat dijadikan panduan oleh remaja. ISh! Apsal aku ni dah mula ngarut. Mata dah mula mengantuk, badan memanggil untuk direhatkan. 4 hari 3 malam lepas betul-betul menyerap segala tenaga dan minda aku. InsyaAllah aku harapkan penat lelah ini akan membuahkan hasil yang baik dan berkualiti. Stoplah dulu! Nak releks mata dan otak. Wasalam

14 April 2005

Mencuri Masa dalam Kesibukan

Lama betul aku tak posting dalam laman ni, petang tadi baru habih program Kem Penulisan Remaja Intensif. OKlah aku nak posting balik. Ini gambar isteriku dan anakku semasa konsert kat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Masa ni tengah makan kat kantin. Pada paginya aku mengendalikan bengkel penulisan untuk Persatuan Bekas Mahasiswa Lepasan Timur Tengah. Inilah mencuri masa membawa keluarga untuk menonton konsert Hijjaz di malam harinya. Aku merasakan ini masih tak cukup, namun begitu realitinya perjuangan ini.Posted by Hello

29 March 2005

Daku bersama mentorku Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah yang banyak memberikan semangat kepada perjuangan ku. Orang yang pada pandanganku antara yang paling positif di Malaysia Posted by Hello